Buka menu utama

Izzue Islam

Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Izzul Islam bin Mazlan, lebih dikenali sebagai Izzue Islam (lahir 2 Jun 1990)[a] ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon Malaysia. Memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen.[1] Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah "Pelakon Terbaik[2] Festival Filem Malaysia ke-25" dan "Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2". Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.[3]

Izzue Islam
KelahiranMuhammad Izzul Islam bin Mazlan
(1990-06-02) 2 Jun 1990 (umur 29)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian1.75 m (5 ka 8+78 in)
Berat55 kg (121 lb; 8.7 st)
PasanganAwin Nurin (k. 2013)
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Studios
Kegiatan berkaitan
Forteen (2011-18)

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1990 sebagai Muhammad Izzul Islam bin Mazlan di Kota Bharu, Kelantan dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ForteenSunting

Rencana utama: Kumpulan Forteen

Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011. Kumpulan ini turut dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz) dan Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais). Forteen mula dikenali umum setelah muncul bersama single "Berdua Bersatu" yang dkeluarkan pada 27 Ogos 2011.[4]

Album EP sulung mereka, Kita dikeluarkan pada 19 Disember 2013 diterbitkan oleh KRU Records,[5] mengandungi 6 lagu. Pada 2014, KRU Music mengumumkan bahawa Forteen bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi menghargai peminat mereka[6][7] Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.[8][9] Pada Disember 2016, Izzue menafikan khabar angin mengatakan beliau keluar dari Forteen. Beliau muncul dengan single solo solo ciptaan sendiri berjudul "Bimbang". Izzue berkata: "Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.[10][11]

Pada 18 November 2018, Izzue mengumumkan pengundurannya daripada Forteen selepas 7 tahun bersama. Keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[12]

Kerjaya lakonanSunting

Izzue Islam memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan. Beliau menjayakan peranan undangan dalam tiga episod siri drama Pintu Taubat di Astro Oasis pada 2010.

Beliau membuat penampilan filem pertama melalui watak tambahan dalam filem Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan pada 13 Januari 2011. Izzue menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama Cita & Cinta arahan Azma Aizal Yusoof lakonan Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Chomel Fana, Nadia Aqilah Bajuri dan Kefli Idir. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur, ia bersiaran di TV9 pada 19 April 2011.[13]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.[14] Kumpulan nasyid Nowseeheart turut mempersembahkan lagu "Ku Harap Cinta" dalam majlis tersebut.[15]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Pengunjung kelab malam Syamsul Yusof Filem pertama
Songlap Rizal Effendee/Fariza Azlina
2012 29 Februari Razak Edry Abdul Halim
Hantu Kapcai Man Greng Ghaz Abu Bakar
2013 Hantu Tok Mudim Borhan Waan Hafiz
Ular Saiful Jason Chong
Chikaro Mukhriz Nizam Zakaria
2014 Kami Histeria Pitt Shamyl Othman
Mat Tudung Azhar/Azharina Waan Hafiz
Ribbit Labah Labah Mamat Khalid Filem animasi
2015 Sunti @ Facebook Asyiq Ismail James Lee
Suami Aku Ustaz Johan Ghaz Abu Bakar
Transformers: Age of Extinction Drift Michael Bay Alih suara BM
2016 Jurassic World Zach Mitchell Colin Trevorrow
Aliff Dalam 7 Dimensi Aliff Faisal Ishak
2019 XX Ray 3 Rayyan Aziz M. Osman
Bella & Jamie Reza Fairuz Nizam Ablah

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Pintu Taubat Astro Oasis
2011 Papa Nak Kahwin Astro Warna
Gemilang Halim TV3
Cita & Cinta Azlan TV9
Aishiteru Ammar
2012 Aku Tak Percaya Cinta Irshad TV1
Mimpi Cinderella Haikal TV3
Jangan Ambil Padang Kami Roy Astro Ria
Duri Hazim Astro Prima
2013 Maskara Joe TV1
Bunga Merah Punya! Merah TV9
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Firash Arshad TV3
Sahabat Toi Astro Ria
2014 Aku Isterinya Mikail TV3
2015 Suami Sebelah Rumah Dr Amar
2016 Antara Dua Dunia Azman TV AlHijrah
Dia Semanis Honey Fairuz Astro Ria
Dia Semanis Honeymoon Fairuz
Patahnya Sebelah Sayap Amzar TV3
2017 Ops Cinta Din Sardin Din Sardin
Kisah Yang Hilang Fattah Aqil
2018 Tok Adi Haikal Astro Oasis
Solat: Dekatkan Kami DenganMu Ali TV3
Jangan Benci Cintaku Syazwi
2019 Kereta Sewa
30 Pesanan Suara Zalif
Curi-Curi Cinta Suratman Suparjo Astro Ria
Suami Yang Kubenci Tengku Muiz

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Si Tudung Tweet Suhaimi TV9
Sebelum Lima Perkara Ikmal TV3
Azam Ala Kazam Fuad
Cintaku 120 km/j Aril
2012 Senyuman Di Kuala Lumpur Ismadi Astro Prima
Cik Paris Diva Kampung Sufian
Jidin Puasa Lagi TV3
Lepas Raya Harap Balas Syawal
Getaran Jiwa Nas TV1
2013 Oh My Ganu! Aiman Astro TVIQ
2014 Aira Airil Airil TV2
Ya Habibi Habibi
Kisah Hidup Jai Jai TV3
Kerana Seorang Ammar Ammar TV AlHijrah
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Firash Arshad TV3
Sedalam Mana Cinta Ashraf
Tingkat Atas Tingkat Bawah Hakimi TV9
Oh My English: Villa Isabellaaa! Aiman Astro TVIQ
Hantu Langsir Rizal TV3
2015 Bila Kau Datang Izman Astro Ria
Din Sardin Din Sardin TV9
Lintang Pukang Izat Astro Prima
Imam Kacak Pakwe Kami Danial TV1
Cinta Bulan Disember TV3
Mr. Maid, Suami Ibu Hadi
2016 Dia Semanis Honey Raya Fairuz Astro Ria
Rantai Faizal TV2
Oh My Ganu! 2 Aiman Astro TVIQ
2017 Hujan Panas Di Inderasabah Basir TV2
Peah Singa Aifan TV9
Cinta Latah Mokhtar TV2
Dengan Lafaz Bismillah Lokman
Mek Minyak Ismail
Ke Pintu Kaabah Farid TV1
Jongkong Wan Yusof Astro Citra
Kesempatan Kedua Taufik TV3
Pengemis Itu Saudaraku Danish
2018 Mr Smiley Rafiq TV2
Abang Kandung Saiful TV3
Din Sardin Beraya Din Sardin
Selirat Azrul
Matilahnak Izzue Astro Citra
Hidayah Itu Milik Ilahi Farish TV1
Dilema Tengku Nafrin ntv7
Detektif Danish Bapa Danish Astro Ceria
2019 Karma Cinta Mustaqim TV1
Resort Berhantu Keyell TV3
Kampung Batu 120 Astro Citra
Sahur Terakhir Haikal TV Okey
Wakaf Dosa Daniel Muhaimin TV3
Kau Langit Aku Laut Anas
Tetamu Iman RTM

Web dramaSunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 KOPI: Secangkir Kopi Bersama Dia Johan Tonton

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Haa.. Kan Dah Kena Tetamu undangan Astro Ceria
2014 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria
2015 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
Harta Dalam Stor Tetamu undangan Astro Ria
2016 Da'i Musim 4 Artis jemputan TV3
2017 CCTV Tetamu undangan Astro Ria
Perang Bibir Peserta TV9
2018 ExpeRIAnce: Ready Set Action di London Dirinya sendiri Astro Ria
Drop The Beat Peserta ntv7
I Can See Your Voice Malaysia Artis jemputan
Gegar Vaganza Musim 5 Peserta Astro Ria
Super Spontan Xtravaganza Peserta Astro Warna

DiskografiSunting

Rencana utama: Kumpulan Forteen

SingleSunting

Tahun Tajuk Catatan
2016 "Bimbang" OST Tak Beli Tak Cinta
"Sahabat" OST Megat Extend
2018 "Muzik Tiduranku"
2019 "Salamun Alaika"
(bersama Saujana & NowSeeHeart)
"Kau" OST XX-Ray 3

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–26
Artis Baru Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era 2014
Couple MeleTOP (bersama Awin Nurin) Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25
Pelakon Harapan Lelaki 29 Februari Menang
Anugerah Skrin ke-17
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Blokbuster ke-2
Anugerah Hero Baru Terhebat Hantu Kapcai Menang
2014
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Dicalonkan
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Tiz Zaqyah) Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–27
Gandingan Serasi di Layar (bersama Tiz Zaqyah) Dicalonkan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3
Aktor Pilihan Suami Sebelah Rumah Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4
Antagonis Pilihan Patahnya Sebelah Sayap Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2018
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5
Aktor Pilihan Ops Cinta Din Sardin Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki Popular N/A Dicalonkan

Nota kakiSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Intan Ladyana yang 8 tahun lebih tua daripadanya.

RujukanSunting

Pautan luarSunting