Forteen merupakan kumpulan penyanyi padu suara berkonsepkan pop balada Malaysia di bawah syarikat rakaman KRU Records. Mereka mula aktif dalam industri muzik Malaysia pada tahun 2011.

Forteen
Berasal dariMalaysia
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Records
Ahli
Bekas ahli

Sejarah sunting

Kumpulan Forteen menonjolkan penampilan berbentuk smart kasual, dan tidak memberi penekanan pada tarian, sebagaimana pengaruh muzik dari Korea, sebaliknya memberi penekanan pada kekuatan vokal. Ahli anggota kumpulan Forteen juga berkemampuan bermain alat muzik lain, antar lain Izzue boleh bermain gitar, bass dan dram, Ammer (gitar, drum) dan One (piano).

2011–2015: Tahun terawal dan Konsert 20Forteen sunting

Syarikat rakaman Forteen iaitu KRU Music mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi .menghargai peminat mereka [1] [2]. Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian MH370 yang menimpa negara baru - baru ini [3] [4].

Selepas menunda konsert tersebut, Forteen akhirnya mengadakan konsert 20Forteen yang bertempat di Kl Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail pada 29 April 2014 [5]. Konsert yang diadakan buat julang kalinya berjaya menarik peminat seramai 1,000 orang. Sebanyak 18 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu yang antaranya ialah Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, hati Terluka dan Kita.

Dalam pada itu, menerusi segmen khas memperingati golongan-golongan kurang berkemampuan, Forteen telah menyampaikan lagu Dikau Saja diiringi dengan klip video mereka melawat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah dekat sini.

Secara keseluruhannya, konsert Kita 20Forteen membuktikan kumpulan itu bukan sekadar menjual rupa semata-mata tetapi sekali gus menaik taraf kerjaya nyanyian mereka yang selama ini diragui terutamanya kemampuan mereka dalam menyanyikan lagu secara langsung. [6]

Pada tahun 2015, Kumpulan Forteen kembali dengan single berjudul Linangan Terakhir yang menceritakan tentang kisah percintaan yang terputus tengah jalan. Single ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh peminat Forteen di seluruh Malaysia. [7]

2016: Teater dan "Dekat Tapi Jauh" sunting

Ahli kumpulan Forteen iaitu Izzue, Ariz dan One akan berlakon dalam teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April sehingga 1 Mei 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater arahan Aris Kadir ini bakal dibintangi juga oleh Keith Foo, Uqasha Senrose dan ramai pelakon lain lagi. [8] [9]

Kumpulan Forteen mengumumkan mereka akan mengeluarkan single terbaru berjudul Dekat Tapi Jauh [10] [11] [12] pada 21 Februari 2016 dan lagu ini juga akan menjadi OST bagi drama TV3 berjudul Mr Boss Miss Stalker.

2017–kini: Single terbaru, Gegar Vaganza 5 dan pengunduran Izzue sunting

Forteen mengumumkan akan mengeluarkan single terbaru bertajuk Apa Ini Cinta yang akan mula diperdengarkan kepada peminat pada 13 Februari 2017.[13] [14] Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana beliau merasa ragu-ragu adakah perasaannya itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan. Selain itu, lagu ini juga akan dijadikan lagu tema untuk drama yang bertajuk ‘Menanti Februari’ lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd yang akan dimainkan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 27 Mac 2017 nanti. [15]

Pada 18 November 2018, Izzue Islam mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar November lalu.

Izzue memberitahu keputusan menarik diri daripada kumpulan Forteen tiada kaitan dengan kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5. Sebaliknya, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[16]

Dalam satu kenyataan lain, Forteen bagaimanapun menafikan dakwaan Izzue dipulaukan oleh anggota lain sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu.

Pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu One, Ameerais dan Ariz. Menurut Ariz Lufias, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.

Pada 23 November 2018, kontroversi antara pelakon Izzue Islam bersama tiga anggota Forteen yang lain memasuki episod baharu apabila mereka akhirnya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dan ia disiarkan secara langsung menerusi segmen Suria Petang di Suria FM pada Jumaat.

Pertemuan itu bagaikan sebuah drama apabila keempat-empat mereka berpelukan dan masing-masing menangis selepas selesai ditemubual. Perbincangan di antara mereka yang pada awalnya berlangsung dengan tenang bagaimanapun mula bertukar tegang sehingga ada dalam kalangan mereka yang menitiskan air mata.

Pun begitu, pertemuan itu disifatkan sebagai berjaya merungkai beberapa persoalan yang terbuku dalam hati masing-masing namun mereka masih perlu duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah berbangkit antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka yang renggang dek perselisihan faham kembali terjalin dalam pertemuan yang sungguh mendebarkan dan menyentuh hati. Pertemuan diantara Izzue dan kumpulan Forteen di sambutan ulang tahun ke 11 Suria FM akhirnya menemui jalan damai.

Walaupun telah berdamai, Izzue Islam nekad dengan pendiriannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut.[17]

Ahli kumpulan sunting

Ahli terkini sunting

  • One Sharifuddin (2011-kini)
  • Ameerais Azhar (2011-kini)
  • Ariz Lufias (2011-kini)

Bekas ahli sunting

Diskografi sunting

EP sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Kedudukan Nota
ERA FM
[18]
Hot FM
[19]
Muzik Muzik
[20]
JOOX
[21]
2011 "Berdua Bersatu" - - - -
2012 "Seperti Dulu" - - - - OST : 29 Februari [22]
2013 "Kita" - - - - OST : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
"Tidak Pernah Berjumpa" - - - -
"Ketika Ini" - - - -
" 10 Jari Aidilfitri " - - - - Erti Aidilfitri
2014 " Dikau Saja " - - - -
2015 " Linangan Terakhir " - - - -
2016 "Dekat Tapi Jauh" - 18 [23] - 73 OST : Mr Boss Miss Stalker
2017 "Apa Ini Cinta " - - - - OST : Menanti Februari
2019 "Diam Saja " - - - - OST : Cinta Non Grata
" Raya! " - - - -
2024 " Nokhtah Epilog Cinta " - - - -

Videografi sunting

Muzik video sunting

Sebagai artis utama

Tahun Muzik video Durasi Catatan
2011 Berdua Bersatu 3:36
2012 Seperti Dulu 4:41 OST Filem 29 Februari
2013 Kita 3:47 OST Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Tidak Pernah Berjumpa 3:45
Ketika Ini 4:04
10 Jari Aidilfitri 3:31 Erti Aidilfitri
2014 Dikau Saja 4:18
2015 Linangan Terakhir 5:27
2024 Nokhtah Epilog Cinta 4:11

Video lirik sunting

Tahun Muzik video Durasi Catatan
2016 Dekat Tapi Jauh 3:40 OST Mr Boss Miss Stalker
2017 Apa Ini Cinta ? 4:02
2019 Diam Saja 3:40 OST Cinta Non Grata

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2012 Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik [24] Menang
2016 Anugerah Pilihan Online Grup Pilihan Online Tercalon
2017 Anugerah MeleTop Era 2017 (AME) Grup/Duo MeleTop Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Forteen Anjur Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat Rotikay.Com
  2. ^ Konsert 'Kita 20Forteen' SinarHarian.Com -Hiburan
  3. ^ KONSERT FORTEEN DITUNDA KE 26 APRIL 2014[pautan mati kekal] MediaHiburan.MY
  4. ^ Konsert Forteen ditunda Sinarharian.Com
  5. ^ Kejutan Forteen Buat Peminat di Konsert Kita 20Forteen Budiey.Com
  6. ^ Terhibur Dan Sebak Dalam Konsert Forteen Mstar.Com
  7. ^ Forteen Gigih Promosi Lagu LINANGAN TERAKHIR Budiey.Com
  8. ^ Status Forteenagersfan di Twitter Twitter.Com
  9. ^ Tiada masalah tanpa Izzue Hmetro.Com
  10. ^ LIRIK DEKAT TAPI JAUH - FORTEEN Rafzantomomi.Com
  11. ^ Forteen Pertaruhkan Single Terbaru DEKAT TAPI JAUH Budiey.Com
  12. ^ Dekat Tapi Jauh Membuktikan Forteen Masih Bersatu Diarkibkan 2016-05-08 di Wayback Machine Sinar.Fm
  13. ^ Single Apa Ini Cinta Forteen Official Fanpage : facebook.com
  14. ^ Single release facebook.com
  15. ^ FORTEEN Kembali Demi Cinta Apa Ini Cinta Hiburan.Us
  16. ^ Isu pertukaran lagu punca perbalahan Izzue Islam, Forteen. Berita Harian. Diterbitkan pada 21 November. Dicapai pada 31 Disember 2018.
  17. ^ Izzue, Forteen berdamai namun tetap dengan keputusan keluar kumpulan. Kosmo. Diterbitkan pada 23 November. Dicapai pada 31 Disember 2018.
  18. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  19. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2016-04-23.
  20. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  21. ^ "Player Ranking". JOOX APP.
  22. ^ Muzik Video Terbaru Forteen Seperti Dulu 29 Februari Budiey.Com
  23. ^ "Mega Muzik Hot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-30. Dicapai pada 2016-04-23.
  24. ^ Forteen Minta Jangan Prejudis Dengan Kemenangan AIM19 Mstar.Com

Pautan luar sunting