Azma Aizal Yusoof

Pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia

Muhamad Ismaizal bin Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia.[1] Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.

Azma Aizal Yusoof
Kelahiran
Muhamad Ismaizal bin Yusoof

(1982-08-12) 12 Ogos 1982 (umur 41)
Nama lainIsma Yusoof
PendidikanFilem Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • pengarah
  • penulis lirik
Tahun aktif2006–kini
Ibu bapaHamidah Abdullah (ibu)

Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009.[2] Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Kehidupan peribadi sunting

Azma pernah terlibat dengan penyalahgunaan ganja dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen selama dua minggu pada 2009. Azma turut pernah dimasukkan ke wad psikiatri akibat gangguan bipolar tahap satu pada tahun yang sama. Blok 404 ialah filem arahan pertama Azma pada 2018.

Kontroversi sunting

Pada tahun 2015, Azma bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara. Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh Azma.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Filem
Pengarah Pelakon Nota
2009 Setem Tidak Ya Sebagai Aryanto
2011 Dilarang Masuk Tidak Ya Sebagai Ronnie
2013 Tanda Putera Tidak Ya Sebagai Mohamed Tawfik Ismail
2014 Dollah Superstar Tidak Ya
2018 Blok 404 Ya Tidak Filem arahan pertama

Telefilem sunting

  • Sutun 2 (2006) sebagai Fitri
  • Antara Garisan (2009) sebagai pengarah
  • Hajar Aswad (2011)
  • Kashaf Imani (2011) sebagai Pengarah
  • Amarah Hawa (2012)
  • Pelarian (2012) sebagai Pengarah
  • Fatihah Untuk Abah (2012) sebagai Pengarah
  • Mencari Nurfitri (2012) sebagai Pengarah
  • Menunggu Hujan Teduh (2014)
  • Olin dan Ecan (2015)
  • Cubaan Bahagia (2018) sebagai Pengarah

Drama sunting

Teater sunting

  • Hamlet (2005)

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Festival Teater Kuala Lumpur 2004 (Pelakon Lelaki Terbaik)
  • Anugerah Skrin 2010 (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama) - "Antara Garisan"
  • Anugerah Tribute P. Ramlee 2014 (Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik) - "Menunggu Hujan Teduh"[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Isma Yusoof Tukar Nama Kepada Azma Aizal Yusoof". Budiey. 18 Oktober 2009.
  2. ^ "Dari Penghidap Bipolar Disorder, Kini Isma Yusoof Bangkit". hangat.com. 4 Disember 2017.
  3. ^ ""Ada Sebab Saya Pukul Ika Nabella" - Azma Aizal". mStar. 5 November 2015.
  4. ^ "'Menunggu Hujan Teduh' karya terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2014". Astro Awani. 20 April 2015.

Pautan luar sunting