Fira Ayuni ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azma Aizal Yusoof dengan skrip oleh Siti Soleha Abdul Ghani.[1] Dibintangi oleh Faralyna Idris sebagai watak tajuk, dan turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Azlee Khairi dan Shah Iskandar, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 24 September 2013 hingga 7 November 2013 menggantikan Asmara Luna.[2]

Fira Ayuni
GenreDrama
Ditulis olehSiti Soleha Abdul Ghani
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tiba" oleh Mafarika Akhir
Lagu penutup"Tiba" oleh Mafarika Akhir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Temenggong Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal24 September 2013 – 7 November 2013
Kronologi
MengikutiAsmara Luna
Diikuti olehTerukir Di Bintang

Sinopsis sunting

Mengisahkan ranjau perjalanan hidup seorang anak gadis berusia 21 tahun yang bernama Fira Ayuni (Faralyna Idris). Fira adalah anak tunggal kepada pasangan ahli perniagaan, Datuk Farid (Eizlan Yusoff) dan Datin Shamsiah (Fazlina Ahmad Daud). Sejak dari kecil kehidupan Fira sangat bahagia, disayangi dan dimanja sentiasa. Malah, Datin Shamsiah juga menghantar Fira ke sekolah muzik pada setiap petang sehingga muzik telah menjadi sebati dalam hidupnya.

Selain meminati muzik, Fira bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan seperti ayahnya. Untuk itu, Fira melanjutkan pelajarannya di dalam bidang pengurusan perniagan di sebuah kolej swasta di ibu negara. Walaupun sejak kecil dibesarkan dalam kemewahan, kehidupan Fira di kolej sederhana sahaja. Di kolej itu, Fira mempunyai seorang musuh ketat iaitu seniornya sendiri, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan Fira.

Duqqi Amani, 23 tahun, juga berasal dari keluarga berada yang memiliki rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara. Disebabkan selama ini dia digilai perempuan hanya kerana harta keluarganya, Duqqi sengaja merubah cara hidupnya. Dia hanya ke kelas menaiki kereta lama.

Kebahagiaan Fira mula direntap selepas Datin Shamsiah meninggal dunia akibat kanser usus. Datuk Farid tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya. Sejak itu, Datuk Farid sudah tidak mempedulikan Fira Ayuni lagi. Daripada seorang bapa yang penyayang, Datuk Farid menjadi seorang yang murung dan baran terhadap Fira.

Fira merantau dari satu tempat ke satu tempat mencari ketenangan dan cuba merawat kembali hatinya sehingga tiba di satu kawasan di pinggir ibu kota, Fira terjumpa dengan bekas pengasuhnya dahulu, Makcik Hasnah (Laila Nasir). Fira menceritakan segala apa yang telah berlaku kepada Makcik Hasnah. Makcik Hasnah sangat terkejut dan bersimpati lantas menawarkan Fira untuk tinggal bersama-sama serta berjanji akan membantu Fira mendapatkan pekerjaan.

Pertama kali dipertemukan dengan Fira, telah menerbitkan rasa cinta di hati Hadi Herwan (Shah Iskandar). Dia terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Fira selain ketangkasan Fira dalam bekerja juga turut menarik minatnya terhadap gadis itu. Sejak itu, perhatian Hadi sering dilebihkan kepada Fira berbanding pekerja lain. Keadaan ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita (Intan Ladyana).

Duqqi dan Fira telah ditangkap khalwat dari kesilapan Duqqi sendiri yang mahu mengenakan Fira. Rozita geram rancangannya tidak menjadi tetapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati kerana dapat melihat Hadi kecewa apabila Fira ditangkap khalwat dengan Duqqi. Ketika itu, barulah Fira tahu yang Duqqi sebenarnya adik Hadi.

Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, namun perasaan Hadi kepada Fira tidak berubah. Hampir setiap hari, Hadi akan memerhati Fira dari simpang ke rumah Makcik Hasnah. Setiap hujung minggu pula, dia akan menjadi tidak sabar-sabar menunggu Fira masuk kerja. Dia tahu Fira tidak bahagia, dia juga tahu bagaimana layanan adiknya terhadap Fira.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

  • Aman Nassim

Muzik dan runut bunyi sunting

  • "Tiba" - Mafarika Akhir
  • "Pintu Hati" - Mafarika Akhir
  • "Mata Ke Hati" - Pompa Bensin
  • "Lebih Dari Bintang" - Fird Alfi

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (18 September 2013). Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  2. ^ Fira Ayuni, siri drama terbaharu di Slot Samarinda TV3 Engku Muzahadin (23 September 2013). Dicapai pada 19 Jun 2014.