Intan Ladyana
Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara Malaysia.[1] Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).[2]
Intan Ladyana | |
---|---|
Kelahiran | Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya 2 Jun 1982 |
Pekerjaan | Model, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2006–kini |
Kehidupan awalSunting
Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[3] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah kacukan Melayu dan Siam.[3] Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom.[3] Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan sebelum pulang ke Malaysia.[4]
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.
Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.[5] Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[6]
Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.[7]
Pada 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia.[8] Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[9]
Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.[10][11]
Pada tahun 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.
Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.[12]
Pada tahun 2020, Intan telah diberi amanah oleh AG Nutrition sebagai Duta rasmi pertama produk kecantikan popular itu. Pemilihan tersebut dibuat dek kerana wajah Intan yang tidak seperti dimamah usia.[petikan diperlukan]
Kehidupan peribadiSunting
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri[13] dan juga pelakon, Kamal Adli.[4] Pada hujung 2020 beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Harris Alif.[petikan diperlukan]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Tipah | Filem pertama |
2007 | Jangan Pandang Belakang | Rose / Suri | |
2008 | I'm Not Single | Lisa | |
2010 | Adnan Sempit | Nadia | |
V3 Samseng Jalanan | Lisa | ||
2011 | Kembar Siang | Ana / Ani | |
Flat 3A | Fiqah | ||
Bini-Biniku Gangster | Riana | ||
2012 | Adnan Sempit 2 | Nadia | |
X | Arisa | ||
Halim Munan | |||
Apa Celop Toqq... | Laila | ||
2013 | Pada Suatu Cinta Dahulu | Azura | |
Kecoh Hantu Raya Tok Chai | |||
Adnan Sempit 3 | Nadia | ||
Aku Pilih Kamu | Qesya | ||
2014 | Adnan Sempit Sawadikap | Nadia | |
2015 | Abang Lejen | Intan | |
Hantu Bungkus Ikat Tepi | Nadia | Penampilan khas | |
Misi Rayyan Dan Danish: Jangan Ambil Rumah Kami | Katrina | ||
Banglo Berkunci | Penjaga Banglo | ||
2020 | Town Mall | Maria |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Puteri | Nadia | TV3 | |
2007 | Jelatang | |||
2008 | Sutera Maya | Maya Karina | ||
2009 | Suria Kasandra | Suria | ||
Bio-Nik | Aina | |||
Jangan Pandang Belakang The Series | TV2 | |||
2010 | Sepuluh | |||
Blogger Boy | Cindy | 8TV | Episode 34 | |
2011 | Kekasihku Puyu | Bidasari | TV3 | |
Terowong | Nadia | Episod: "Penunggu" | ||
2012 | Bini-Bini Perkasa | Riana | ||
Beruk Tok Ayah | Junaidah | |||
2013 | Dewi Lasak | Dewi Seri | ||
Fira Ayuni | Rozita | |||
Tanah Kubur (Musim 4) | Astro Oasis | Episod: "Fitnah" | ||
2014 | Jika Itu Takdirku | Seri Umairah | TV3 | |
2015 | Quddus | TV2 | ||
2017 | Semusim Rindu | Hajar / Nani | Astro Prima | |
Dia | Michelle | TV3 | ||
2019 | Rumah Siti Khadijah | Zara | ||
2020 | Ironi Kasih | Emilia | ||
Cinta Itu Fairytale | Serena | Iflix | Web drama | |
U-Turn Ke Syurga | Indah | Awesome TV | ||
One Two Hantu | ||||
Bougainvillea | Aryanna | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Taxi Driver | ntv7 | |
2009 | Puaka Topeng Putih | Suzy | Astro Ria |
Naik Hantu | |||
Kekasihku Is Setan | |||
Tuah Kembali | |||
2010 | Denai Berbisik | ||
Madu Sorok | Sara | TV3 | |
2011 | Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang | Astro Warna | |
2012 | Diari Suami 9 Bulan | TV3 | |
Blueberry Cafe | Melati | TV1 | |
2013 | 7 Dulang Asam Pedas | ||
Pengancam Perkahwinan[14] | Arianna | Astro Ria | |
2014 | Misteri Bulan Madu | Hana / Nina | Unifi TV |
Gugurl Propa | Melda | ||
2015 | Sayang Awak Sangat-Sangat | Hana / Nina | |
2017 | Anda Telah Di Prank | ||
2018 | Ustaz Evo The Movie | Astro Warna | |
2019 | Anak Syurga | Azah | TV3 |
Antara Dua Deru | Hana | TV2 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Hello Minda | TV1 | |
2017 | Sepahtu Reunion Live | Astro Warna & Astro Mustika HD | Artis jemputan |
2020 | Studio Drama Sangat | TV3 | Artis Jemputan |
2020 | TravGang | Youtube Mermaid Studios | Host |
2020 | MPop | TV3 | Artis Jemputan |
2020 | Glam ke Ten'Glam | Awesome TV | Artis Jemputan |
2020 | Sinema | YouTube FINAS | Interview episod pertama |
2020 | The Sherry Show | TV3 | Artis Jemputan episod pertama |
2020 | Jenaka Kampung Kalut | TV3 | Artis jemputan , Episod kedua |
2020 | Huru Hara | HyppTV | Artis Jemputan |
AktivismeSunting
Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[15]
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Bini-Biniku Gangster | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Mei 2017). Intan masih minat berlakon Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2017.
- ^ Syahirah Mokhtazar (13 Mei 2017). Keeping things under wraps New Straits Times. Dicapai pada 18 September 2017.
- ^ a b c Biodata Intan Ladyana Azhan.co. (19 September 2016). Dicapai pada 19 September 2016.
- ^ a b Wanda Idris (17 Mei 2009). Kamal istimewa - Intan Ladyana Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Tipah Tertipu judul filem yang mengelirukan Utusan Malaysia (13 Jun 2006). Dicapai pada 8 September 2010.
- ^ "Pergolakan cinta terlarang dalam Jelatang". mStar Online. 26 Jul 2007. Dicapai pada 26 Apr 2010.
- ^ "Jangan Pandang Belakang made history. artisglamer.fotopages.com. Retrieved 9 May 2007.
- ^ "Mat Rempit and drag queens OUT". AsiaOne. 19 Jul 2009. Dicapai pada 18 Feb 2010.
- ^ Rozdan Mazalan (10 Jan 2010). "Adnan Sempit Bukan Sekadar Kisah Mat Rempit Sahaja". Berita Harian. Dicapai pada 18 Feb 2010.
- ^ ""Bini-bini Perkasa" – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?". Oh Bulan!. 21 September 2010. Dicapai pada 25 Mac 2014.
- ^ Nina Farzuin Md. Sharom (6 September 2012). "Bini-Bini Perkasa: Aksi komedi luar biasa". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2014.
- ^ Aqmar Mustaza (13 Januari 2014). Percaturan Intan Ladyana Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
- ^ Wahida Asrani (29 April 2009). Cinta Intan-Kevin retak bukan kerana orang ketiga mStar Online. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan Kosmo Online. (26 September 2013). Diperoleh pada 28 September 2013.
- ^ "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. April 7, 2012. Dicapai pada April 7, 2012.