Bougainvillea (drama)

Bougainvillea ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Ayie Mustafa dibintangi oleh Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 28 Disember 2020 menggantikan Misteri Mona.[1]

Bougainvillea
GenreMelodrama
Ngeri
Misteri
Keluarga
Ditulis olehLynnda Sharudin
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Boneka" oleh Ernie Zakri
Lagu penutup"Boneka" oleh Ernie Zakri
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sha's Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Disember 2020 – 20 Januari 2021
Kronologi
MengikutiMisteri Mona
Diikuti olehTakdir Yang Tertulis

Sinopsis sunting

Kehidupan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah (Ziema Din) dan Mimie (Nora Danish) tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keluarga Adrian dan Aryanna. Hazira (Hanna Aqeela) sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak Adrian dan Aryanna.

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha (Wan Nor Azlin). Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula jatuh cinta pada Adrian dan berniat menjadikan Adrian miliknya. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Bougainvillea (TV3) MyInfoTaip 27 Disember 2020. Dicapai 28 Disember 2020.