Beto Kusyairy

Pelakon lelaki Malaysia

Nurkusyairy Zakuan Osman (lahir 19 Februari 1980) atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beto Kusyairy
Beto di set penggambaran filem CEO.
Kelahiran
Nurkusyairy Zakuan bin Osman

(1980-02-19) 19 Februari 1980 (umur 44)
PendidikanDiploma Perhotelannya
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–kini
PasanganTisha Shahar (k. 2008)

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), Gila Baby (2014), Bisik Pada Langit (2017), dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).[2]

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Beto bercakap mengenai asal-usul nama pentas beliau:

“Ketika terbabit dalam filem Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.". Seorang rakannya yang bernama Syed Khusairi ialah inspirasi Beto untuk menjadi pelakon terbaik dalam filem Istanbul Aku Datang!.

Kerjaya sunting

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain ketika itu, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot Along untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along terbitan 59 Communications yang disiarkan di TV1 pada 2001, ia menjadi langkah awalnya untuk menceburi dunia seni hiburan negara.[4]

Drama arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj. Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana. Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifli, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Pada tahun 2012, beliau membintangi peranan utama dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Harris. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Lisa Surihani, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, dengan sebahagian penggambaran difilemkan di Istanbul, Turki.[5][6][7]

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Cristina Suzanne yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi.

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Zahiril Adzim yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[8] Pada 12 Jun 2014, Beto memegang watak sebagai Suffian, seorang penghantar pizza lepasan UiTM dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rasyid, filem ini turut dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Remy Ishak.[9] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "...Beto (Kusyairy) tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat".[10]

Beto memegang watak sebagai Rahim, seorang pemuzik jalanan dalam drama Rubberband yang disiarkan di slot Iris TV3. Ia turut dibintangi oleh Bil Azali dan Sara Ali.[11]

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Nathuwi.[12]

Kerjaya Beto di Singapura bermula pada tahun sama dengan membintang drama Kisah Tok Kadi yang bersiaran di MediaCorp Suria.[13] Menerusi drama ini, beliau diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Malam Pesta Perdana 2017 sekali gus membuka ruang yang lebih besar di negara Kota Singa.[14][15]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Beto menjayakan peranan utama dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Dato' Adi Putra, Fattah Amin, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhian dan bintang baru, Ali Karimie.[16][17]

Beto merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; memegang watak sebagai Shah.[18][19]

Kehidupan peribadi sunting

Beto berkahwin dengan Tisha Shahar (jangan dikelirukan dengan Tisha Shamsir) pada 1 Februari 2008 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.[20]

Beto ialah seorang yang pemalu[21] dan juga bersahabat baik dengan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan Fikhree Bakar.[22] Beliau juga meminati sukan lasak seperti bungee, flying fox dan paraligding serta aktiviti permotoran.[23]

Beliau bersama penumpang dan anak kapal Penerbangan 4 Penerbangan Malaysia berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic VS251 di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, pada 23 Oktober 2018. Menerusi kenyataan di akaun Twitter miliknya, beliau bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.[24][25][26]

Penerimaan media sunting

Beto dianggap sebagai salah seorang pelakon yang berbakat di generasinya.[27] Menurut pelakon veteran Wan Hanafi Su, Beto dan Shaheizy Sam ialah antara pelakon yang berjiwa besar dan berpotensi untuk menjadi legenda, "Setiap kali ditanya soalan ini, ada beberapa nama yang saya akan sebut. Antaranya adalah Beto (Kusyairy) dan (Shaheizy) Sam. Kalau berlakon dengan mereka, keserasian itu datang dengan sangat pantas. Tak perlu ambil masa yang lama pun."[28][29]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Syaitan Mahmud Filem pertama
2008 KAMI The Movie Haron
2011 Sini Ada Hantu Farid
Nur Kasih The Movie Ustaz Wahid
Jalan Pintas Boss
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Fakri
Chow Kit Mojo
Jiwa Taiko Agos
Istanbul Aku Datang! Harris
2014 CEO Sufian
Qadr Muhammad Astro First Exclusive
Dollah Superstar Dirinya sendiri Penampilan khas
Gila Baby Bob
2015 Bravo 5 Trooper Karim
2017 Balun[30] Hassan
Bisik Pada Langit Zaidi
2019 Rise to Power: KLGU Shah
2020 Aku Bukan Gila Andre
2021 Frontliner Inspektor Zul
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Wahid
Anak Rimau The Movie Jurulatih Zainal
Seratus Penampilan khas
Halimun Zahir
2023 Imaginur Zuhal
MagiK Harris
2024 Raja Hitam Badrul Pos-produksi
Mencari Ramlee Pos-produksi
The Original Gangster Haq Pos-produksi
Telekinesis Razak Pos-produksi
TBA Reversi Pos-produksi
Musytari Ihsan Dalam perancangan
Geran 2 Inspektor Zul Dalam perancangan

Filem pendek sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2014 Hujan Panas Zaki Kickstarter.com
Sangkar
Cerita Satu Malam
2015 Nadia Jarr
PUTUS Koperal Ezir Kicapi Production Sdn Bhd
PetronasRaya 2015: Sampai Hati Petronas
2016 Buku Ayah Hamzah I&P Group Sdn Berhad
Bunga Bangsa Amin
Erti Raya Abu Maghfirah Media Group & Pintu Pictures Sdn Bhd
2020 3 Penjuru Harjo Wings RTM
2024 Misi Ainaa Ainaa Beauty
Mak

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Lima Zahim Astro Ria Drama pertama
Kekasihku Seru Dr Hakim TV3
Bilik No. 13 (Musim 2) Muzakir TV2 Episod: "Bunian"
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Rosli Dhoby Astro Citra
10: Mokhtar Dahari Ridzuan
Lembing & Layang: Senoi Praaq Bah Kati
Mencari Nur Khadijah Adib TV1
2010 Dunia Baru Reunion Darius Gua.com.my
K.I.T.A Rizal Astro Ria
Pusaka TV2
Apa Dosaku: Sybil Kathigasu Mat Yunus Astro Citra
Dendam Kesuma: Tun Fatimah
2011 Geng Surau Razif/Mayat Astro Oasis
Juvana Cikgu Ariffin TV3
Cita & Cinta Fiq TV9
Wasiat Sofiyan Abdullah Astro Prima
2012 Pelangi Kasih Zafrul TV3
Jangan Ambil Padang Kami Zain Astro Ria
Geng Surau 2 Razif/Mayat Astro Oasis
Sirrun Zaid TV9
2013 Hanya Padamu Arman TV3
2014 Roboh Ahsan TV2
Plan B King TV3
Kifarah (Musim 1) Man Episod: "Man Kedekut"
Kifarah (Musim 2) Bidin Episod: "Panjang Tangan"
2015 Rubberband Rahim
Sayap Jibril Khairul Astro Oasis
2016 Tanah Kubur (Musim 15) Osman Episod: "Aniaya Yatim"
2016–2018 Kisah Tok Kadi Ustaz/Tok Kadi Shahrul MediaCorp Suria
2018 KL Gangster: Underworld Shah Iflix
2019 Sembil9n Azim Astro Citra
2020 KL Gangster: Underworld 2 Shah WeTV
Bougainvillea Adrian TV3
2021 Lockdown Malik Astro Ria
Penghulu Interim Borhan Awesome TV
2022 Scammer 2 Taqriz Astro Ria
2023 Bunga, Aku Tunggu Kamal Iman TV3
Super Wira Kapten Gemilang / Johan Astro Ceria
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP

Videografi sunting

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2012 "Kotak Hati" Hujan
2017 "Pejamkan Mata" Malique feat Dayang Nurfaizah
2018 "Bekas Kekasih" Tomok

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Tersasar di Jalanmu Kawan Jai II TV1
2009 6 Sharifah Syed Astro Ria
Mencari Nur Khadijah
2010 Manggah Runggah TV1
Bila Merpati Terbang Malam Inspektor Suffian TV2
2011 Rel Waktu Pak Ghani
Uri Rahmat/Johnny Astro Box Office
Kashaf Imani Kashaf Astro Ria
Lari Sayang Lari
Sesungguhnya Anuar Astro Prima
Takbur Seorang Isteri Zukri TV9
Pencari Jalan Lurus Mustaqim TV AlHijrah
2012 Selagi Cinta Berzikir Fazli TV1
Runtuhnnya Sebuah Dosa Daniel TV3
Selagi Masih Ada Harith Astro Citra
Janji Jujur Sepi Danny TV9
Aku Mahu Terbang Cikgu Alif TV3
Aku, Dia dan Tong Sampah Amir Haikal TV9
Jujur Aku Dayus Edree TV3
Kampung Semarah Padi Kassim TV1
2013 Aku Bukan Malaikat TV3
Arman Arman
Bayangan Rindu Kiew Astro Box Office
Darjat Tembok Batu Zaki TV1
2014 Nota Untuk Sang Awan Arman TV2
Hitam Hitam TV3
Sekali Sayang Jamal
Kakak
Kasih Ayah Hakim TV AlHijrah
P.I - Private Investigator Sam TV3
Jahil Amal Astro Oasis
2015 Dr. Rushdi Dr. Rushdi TV2
Hantu BlueRey Zizan Astro Ria
Aku, Dia dan Tong Gas Amir Haikal TV9
3 Nota Kopak Astro Prima
Lara Perindu Mat Di @ Mursyidi Ramli
Ada Sejadah Panjang Terbentang Taufik TV9
Ramadan Berteduh Syawal Khairol TV3
2016 Bidadari Nathuwi Astro Citra
Mencari Kaamatan di Gombunan Rashid TV1
Kembali Kepada Fitrah Hisyam TV2
Dengan Nama Allah Halim Astro Ria
Sirat Al-Mustaqeem Raden Astro Maya HD
Tumbangkan Masjid Al-Ansar Alif Astro Oasis
2017 Azam Yang Terlampau Amri TV2
Burung Kertas Azrol
Kekasih Elektrik Bart Astro Citra
Gelap Hisyam TV2
Jam Aju Tanpa Jarum Amran
Aku, Mawar dan Makhluk Asing Bart Astro Citra
Dan.. Aku Jatuh Cinta Kerk
Kita Bukan Anjing Kiman
Muliakah Aku Zaidi TV9
Playboy di Mindarku Farid
13 Tiang Cinta Ustaz Imran TVi
Gadis Kosmos Bart Astro Citra
2018 Esok Untuk Kita Hisyam ntv7
Terlakur Cinta Suci Aqrudin TV3
Cinta Elevator Adam Astro Citra
2019 Sesekali Amrin TV2
2020 Karya Yang Hilang Ziyad Ibrahim TV1
2021 Sihir Pemisah Musyid Astro Citra
Hello Suria Awesome TV
Diam Tanda Setuju Astro Citra
2022 Lebai Sampan Iskandar
Rekah Di Jari Kak Long Syafik TV2
Abah Radzi / Along TV1
2023 Kum Imran tonton

Teater sunting

Tahun Tajuk
2010 Pementasan Projek KOKEN: TANDA
2012 Ramlee Festasi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001 Along Maskot TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Artis Lelaki Paling Popular Online Tercalon
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Chow Kit)[31] Tercalon
Anugerah P. Ramlee Pelakon Lelaki Terbaik (Selagi Cinta Berzikir) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Gandingan di Layar Serasi (dengan Siti Saleha) Tercalon
Gandingan di Layar Serasi (dengan Lisa Surihani) Tercalon
Artis Lelaki Stailo Tercalon
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Aku Bukan Malaikat) Menang
2015
Anugerah Lawak Warna Astro Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) Menang
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Ada Sejadah Panjang Terbentang) Tercalon
2016 Anugerah Skrin 2016 Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Ramadan Berteduh Syawal) Menang
2017 Pesta Perdana 2017 (Singapura) Pelakon Lelaki Terbaik (Kisah Tok Kadi) Menang
Anugerah Skrin 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Kembali Kepada Fitrah) Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Izara Aishah) Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Bisik Pada Langit) Tercalon
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Sesekali) Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik (Anugerah Terindah) (Salam FM) Menang
Festival Filem Malaysia ke-32 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan) Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Aktor Filem Popular Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Syanty Octavia Amry (19 September 2017). "'Watak ringan pun mencabar'". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2017.
  2. ^ Arina Azlan (19 September 2017). "Beto bertahan demi minat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-08. Dicapai pada 19 September 2017.
  3. ^ "A moment with actor Beto Kusyairy". The Rakyat Post. 25 Oktober 2015. Dicapai pada 8 November 2016.
  4. ^ "Beto Kusyairy kongsi rahsia jadi maskot rancangan Along". mStar Online. 12 Jun 2013. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  5. ^ Beto Kusyairy Hentikan Trafik Di Istanbul, Nafi Hubungan Dengan Sharifah Amani. ohbulan!. Oktober 25, 2012.
  6. ^ Istanbul Aku Datang Buka Jalan Baru Untuk Beto Kusyairy.gua. Oktober 27, 2012.
  7. ^ Istanbul Aku Datang Kutip RM1.8juta Di Pawagam. gua. November 16, 2012.
  8. ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  9. ^ "CEO cerita korporat Melayu". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2014-09-18.
  10. ^ "CEO Papar Komedi Ringan Bersahaja". mSTAR Online. 11 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-09-18.
  11. ^ "Rezeki jalanan Beto Kusyairy". Kosmo!. 24 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-19. Dicapai pada 24 Mei 2015.
  12. ^ Ahmad Shah (5 Jun 2016). "Aiman Hakim, Beto Kusyairy dan Tya Arifin terperangkap dalam cinta 3 segi". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Jun 2016.
  13. ^ "Bertahan dengan prinsip: Beto Kusyairy". Sinar Harian. 11 September 2017. Dicapai pada 8 Oktober 2017.
  14. ^ "Actor Beto bags Singapore TV award". New Straits Times. 5 April 2017. Dicapai pada 5 April 2017.
  15. ^ Juliana Sharmine Riduan (25 Januari 2018). "Beto Kusyairy dalam program Sembang Tok Kadi". Berita Harian Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-11. Dicapai pada 5 April 2018.
  16. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
  17. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  18. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  19. ^ Zaidi Che (16 Ogos 2018). "KL GANGSTER UNDERWORLD: BETO KUSYAIRY & EZZATY ABDULLAH SEBAGAI PEMERAN UTAMA". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  20. ^ "Beto Kusyairy tetap bahagia dan tiada anak bukan satu isu". Rotikaya. 30 November 2014. Dicapai pada 1 Disember 2014.
  21. ^ "Beto buang sifat pemalu". Sinar Harian. 27 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  22. ^ "10 fakta menarik tentang Beto". Sinar Harian. 21 Mei 2018. Dicapai pada 10 November 2015.
  23. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (24 Februari 2018). "Kapasiti selektif Beto Kusyairy". Kosmo!. Dicapai pada 24 Februari 2018.
  24. ^ Aqmar Mustaza (27 Oktober 2018). "Beto Kusyairy selamat". Sinar Harian. Dicapai pada 8 November 2018.
  25. ^ Aref Omar (27 Oktober 2018). "#Showbiz: Beto Kusyairy's near miss mid-air collision drama". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2018. The 38-year-old actor was on a London-bound Malaysia Airlines flight on Tuesday which almost collided with a Virgin Atlantic VS251 airplane in mid-air at Heathrow Airport in the capitol of England.
  26. ^ Amirul Haswendy Ashari (27 Oktober 2018). ""Alhamdulillah, selamat... '". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2018.
  27. ^ "Beto enggan dianggap pelakon komersial". Utusan Malaysia. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  28. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 Julai 2018). "Beto, Shaheizy 'berjiwa seni' - Wan Hanafi". Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  29. ^ Zulqarnain Abu Hassan (24 Julai 2018). "Wan Hanafi Su puji Shaheizy Sam, Beto Kusyairi". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  30. ^ “Saya Berlakon Kerana Saya Pemalu” – Beto Kusyairy Oh! Bulan (3 Oktober 2012). Dicapai pada 3 Oktober 2012.
  31. ^ Di Telapak Kaki Bonda & Bunohan Ungguli Anugerah Skrin 2012. gua. November 10, 2012.

Pautan luar sunting