Sirrun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Michael Ang, dibintangi oleh barisan pelakon ensembel terdiri daripada Zarina Zainoordin, Anzalna Nasir, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Amar Asyraf, Kathy Azean, Zaidi Omar dan Fazlina Ahmad Daud. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Azalea TV3 dari 14 Jul 2021 hingga 30 Jul 2021.[1][2]

Sirrun
GenreDrama, keluarga
Pencipta
  • Rohayah Ibrahim
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
Ditulis olehAmor Rizan
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tentang Cinta" oleh Marsha Milan
Lagu penutup"Tentang Cinta" oleh Marsha Milan
PenggubahAjai
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Megat Junid
  • Megat Jufri Megat Junid
PenerbitZiela Jalil
Lokasi
SinematografiMohd Rakis
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Syarikat pengedaran
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal14 Jul 2021 – 30 Jul 2021

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Kisah bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.

Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.

Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.

Kisah seakan-akan sama yang berlaku sepuluh tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Drama terbaru TV3, Sirrun bakal disiarkan 7 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam". Sinar Harian. 3 Ogos 2012. Dicapai pada 1 Julai 2013 – melalui Facebook.
  2. ^ Budiey (30 September 2012). "Episod akhir drama Sirrun TV9". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2013.
  3. ^ Sirrun (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 Oktober 2018.