Dato' Norzilah binti Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Ziela Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A. R. Badul menerusi filem humor, Mr. Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Z. Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).


Ziela Jalil

Kelahiran
Norzilah binti Abdul Jalil

(1970-11-14) 14 November 1970 (umur 53)[1]
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit
Tahun aktif1986–kini
PasanganTan Sri Megat Junid bin Megat Ayob (k. 1991; m. 2008)
Dato' Syed Osman bin Syed Omar Al-Habshee (k. 2019)
Anak-anak3 (termasuk seorang anak angkat)[2]

Beliau turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.

Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama-drama TV.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob dan sempat bermadu dengan Puan Sri Faizah Shuaib. Selain itu, pada 2016 beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah yang ketika itu bergelar KDYTM Tengku Mahkota Pahang kerana keakrabannya dengan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Dato' Hajah Aishah, kekanda kepada Sultan Pahang.

Beliau juga khabarnya,bernikah kali kedua pada tahun 2019 dengan pasangannya iaitu Dato' Syed Osman bin Syed Omar Al-Habshee. Untuk pernikahan kali ini, beliau juga sekali lagi hidup berpoligami dan menjadi isteri kedua kepada suaminya.[3]

Diskografi sunting

  1. Eee... takut (Solo - Titra Records 1986)
  2. Samarinda (Kompilasi 1998 - termasuk Liza Abdullah dan Renggo)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1987 Mr. Os Ziela
1988 Perawan Malam Perawan
Ujang Asma
1989 Tarzan, King of the Jungle Karina Filem Indonesia
Pancasona Pratiwi
Kembar Siam
Pendekar Mata Satu Filem Indonesia
Jurus Dewa Naga Madusari
Balada Tiga Jagoan Frieda
1990 Rentak Desa
Driving School Faridah
1991 Harry Boy Julia
1992 Konstabel Mamat Mimi
2007 Kayangan Tengku Aleya
2010 2 Hati, Satu Jiwa Ibu Lana dan Lina
2020 Jebat Sebagai penerbit

Drama sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Penerbit
2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu     Dirinya sendiri TV3 Episod: "Berita"
Dalam Hati Ada Cinta     Astro Ria Sebagai penerbit eksekutif
2005 Dalam Hati Ada Cinta 2    
2008 Akukah Tanggang     TV3
2009 Matahari    
Ceplos     TV9
2010 Sayang Cendana     TV3
Janji Kekasih    
2011 Cinta Antara Kita    
Tahajjud Cinta     Qadirah
Hilang     Dirinya sendiri TV9
Laila Manja     Zainab TV3
Karma     Puan Sri Waheeda TV9
2012 Sirrun    
Saiful Nita     TV3
2013 Duri Di Hati    
Kalau Bukan Aku     Puan Zalia
Jodoh Itu Milik Kita     Puan Marina Astro Mustika HD
Ariana Rose     Datin Asra TV3
2013–2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta     Astro Mustika HD
2014 Kusinero Cinta     Normah
Setitis Kasih Darmia     TV9
Jauh Dari Cinta     Astro Prima
2015 Dia Isteri Luar Biasa     Umi Sakinah TV3
Tuan Anas Mikael     Puan Sri Tengku Anansa Astro Ria
2016 Suami Tanpa Cinta     Ibu Ain
2016–2020 7 Hari Mencintaiku     TV3
2019 Senafas Rindu     Astro Ria
Ajari Playboy Itu     TV3
Pesan Pada Hati    
2020 Bukan Kahwin Paksa     Dayana
Janda Kosmopolitan     Khaleeda Awesome TV
2021 Ahli Bapak Bapak Club     Mak Mertua Astro Ria
2023 Bukan Cinta Sempurna     Sahara
2024 Terlanjur Cinta     Mak Lang Viu Pelakon undangan

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Penerbit
1989 Lembah Maut     TV3
1996 Putih Gaun Pengantin    
2007 Suara Saleha    
2019 Lelaki Kelas Sebelah    
2021 Syurga Tanpa Dosa     TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 1993
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 1995
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 2006
  • Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008
  • Drama Komedi Terbaik Anugerah Skrin
  • Drama Terbaik Media Sosial Anugerah Skrin 2014
  • Drama Terbaik Anugerah Drama Festival KL 2016

Penghargaan sunting

Penghargaan Malaysia sunting

  •   Pahang :
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2016)[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Khadijah Ibrahim (22 November 2005). "Ziela Jalil dapat pejabat sempena hari lahir ke-35". Utusan Online. Dicapai pada 10 Mac 2014.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Julai 2013). "Ziela Jalil Akui Sukar Bergelar Ibu Tunggal". mStar Online. Dicapai pada 10 Mac 2014.
  3. ^ Wawann Mohd. (4 Januari 2021). [1]. Sinar Harian.
  4. ^ "Three artists receive datukship in conjunction with Sultan of Pahang's birthday". Bernama. New Straits Times. 6 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.
  5. ^ "Hans, Ziela, Norman kini Datuk". MyMetro. 7 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.

Pautan luar sunting