Bukan Kahwin Paksa
Bukan Kahwin Paksa merupakan siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Kamal Adli dan Hannah Delisha.[1] Diadaptasi daripada novel 2013 dengan tajuk yang sama karya novelis terkenal Syamnureizmil. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 7 Februari 2020 menggantikan Titian Takdir.
Bukan Kahwin Paksa | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Syamnuriezmil |
Ditulis oleh | Baizura Kahar |
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | Hannah Delisha Kamal Adli |
Lagu pembukaan | Hello - Ismail Izzani feat Andi Bernadee |
Lagu penutup | Hello - Ismail Izzani feat Andi Bernadee |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Ramly Zetty Adila Ramly |
Penerbit | Zaitun Mohd Jiwa |
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 TV9 (ulangan) |
Siaran asal | 7 Februari 2020 – 6 Mac 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Titian Takdir |
Diikuti oleh | Budak Tebing |
Sinopsis
suntingIa mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.
Izz Rizqin atau Uda (panggilan dalam keluarganya) merupakan akauntan yang diberi tugasan membuat akaun syarikat Vee Florist milik Veena (Jasper Supayah) untuk jangka masa lama. Veena atau Vee yang merupakan kawan baik kepada Dara Safiya menerima cadangan Dara untuk mencari akauntan buat syarikatnya.Dara pula seorang pemilik DS Butik, sebuah butik pengantin. Selepas Dara dikhianati oleh bekas kekasihnya, Ryan (Danial Dashuki) atas disebabkan kecurangan lelaki itu bersama wanita bernama Nita (Oktovia Manrose), dia tidak percaya pada cinta. Dia hanya mahu membujang sehingga tua menjaga mama dan papanya. Mama (Ziela Jalil) dan papanya (Shah Rezza) bertindak untuk mencadangkan calon suami pilihan mereka untuk Dara.Akan tetapi,Dara menetapkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.
Manakala Izz pula,yang merupakan anak ketiga daripada 4 beradik dan anak lelaki kedua dalam keluarganya,terpaksa mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak.Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta.Bila berkorban,bermakna dia seoarang pencinta yang sejati.Demi pengorbanannya,dia perlu menerima calon isteri cadangan mummy (Liza Abdullah) dan daddynya. Dia membawa diri selepas kekasihnya Ariyana (Alya Iman) ditunangkan dengan abang longnya, Azz Rizqin (Afiq Muiz).
Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga,bukan bermakna mereka kahwin paksa,kerana mereka sudah pun jatuh cinta.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Kamal Adli sebagai Izz Rizqin
- Hannah Delisha sebagai Dara
- Afiq Muiz sebagai Azz Rizqin
- Alya Iman sebagai Ariyana
Pelakon pembantu
sunting- Oktovia Manrose sebagai Nita
- Husna Mustaffa sebagai Tiz
- Jasper Supayah sebagai Vee[2]
- Liza Abdullah sebagai Datin Asyiqin
- Shah Rezza sebagai Sulaiman
- Watie Sadali sebagai Sara
- Ziela Jalil sebagai Dayana
Pelakon sampingan
sunting- Danial Dashuki sebagai Rayyan
- Chiwan Chilok sebagai Eunos
- Izzeandra DFKL sebagai Manja
- Qistina Khaled sebagai Liz
- Adam Malek sebagai Joe
- Dhia Irdina sebagai Elly
Runut bunyi
sunting- "Hello" - Andi Bernadee dan Ismail Izzani
- "Lara" - Adam Malek
- "Menolak Hatiku" - Along
- "Dirimu" - Bimasakti
- "Haruskah" - Asmidar
- "Leraikan" - Black
- "Aku Cinta Mati" - Adi Priyo Sambodo
- "Engkau (Sahabat)" - Eenaz Mokhtar
Rujukan
sunting- ^ Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3) My Infotaip. Dicapai pada 24 Februari 2020.
- ^ Norhayati Nordin (18 Disember 2019). Jasper makin berani Harian Metro. Dicapai pada 24 Februari 2020.