Nur Shafinaz Mokhtar "Eenaz" Mokhtar ialah seorang penyanyi, penulis lirik dan penulis skrip di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya seawal 2006 sebagai ahli kumpulan trio Luscious yang turut dianggotai oleh Nadia Aqilah dan Ruzana Ibrahim.[1] Beliau ialah anak kepada penyanyi veteran Orchid Abdullah dan Mokhtar Omar.

Biografi sunting

Beliau merupakan anak bongsu kepada empat beradik kepada ibu bapanya, Orchid Abdullah, penyanyi veteran terkenal dan Mokhtar Omar. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia pada 2011.

Eenaz menyertai program TV realiti, Gang Starz musim pertama (2007) menerusi trio Luscious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Ruzana Ibrahim dan terkenal dengan lagu "Khabarkan".

Kerjayanya sebagai penulis skrip bermula pada 2004, beliau telah menulis skrip untuk 40 drama TV. Antara karya terkenal beliau ialah Perempuan Tanpa Dosa, Cita & Cinta dan Cemburu Seorang Perempuan

Rujukan sunting

  1. ^ Wanda Idris (10 Julai 2007). Luscious mengejar kerlipan bintang Diarkibkan 2018-07-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 17 Mac 2010.

Pautan luar sunting