Cemburu Seorang Perempuan
Cemburu Seorang Perempuan merupakan drama adaptasi novel karya Siti Hazneza yang di ditayangkan di Slot DramaVaganza, saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amyra Rosli, Amar Baharin dan Emma Maembong. Drama ini mula ditayangkan pada 29 Oktober 2019 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria.
Cemburu Seorang Perempuan | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza |
Pengarah | Eyra Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Meluruh" (Alyah) |
Lagu penutup | "Meluruh" (Alyah) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Dato' Ramly Zetty Adila Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal |
|
Siaran asal | 29 Oktober 2019 – 25 November 2019 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Rindu Yang Terlarang |
SinopsisSunting
Zikri (Amar Baharin) dan Dhiya (Amyra Rosli) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri kurang menyenangi hubungan tersebut kerana Dhiya berasal dari keluarga yang bukan berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.
Zikri kemudian berkahwin dengan Emilia (Emma Maembong). Hidup mereka bahagia tetapi setelah Emilia mengalami keguguran anak pertama mereka, Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang. Namun Emilia menyuruh agar Dhiya merahsiakan perjanjian tersebut daripada pengetahuan keluarganya.
Bagaimanapun, anak pertama yang dilahirkan Dhiya mengalami kecacatan dan Emilia tidak dapat menerima keadaan bayi tersebut lalu memaksa Dhiya mengandung sekali lagi. Bermula kelahiran anak kedua Dhiya dan Zikri membuatkan emosi Emilia menjadi semakin semakin tidak stabil dan mula mencemburui dan mendendami Dhiya. Ditambah lagi dengan hasutan kakaknya, Nad yang dalam diam menyimpan perasaan iri hati akan kebahagiaan adiknya itu. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta tiga segi diantara Dhiya, Zikri dan Emilia? Berjayakah Emilia mengawal emosi dan perasaan cemburunya terhadap Dhiya?
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Emma Maembong sebagai Emilia
- Amyra Rosli sebagai Dhiya
- Amar Baharin sebagai Zikri
Pelakon pembantuSunting
- Fauzi Nawawi sebagai Sufian
- Lisdawati sebagai Lea
- Amir Nafis sebagai Badri
- Sabrina Ali sebagai Nad
- Mior Darwish sebagai Ian
- Dini Schatzmann sebagai Najib
- Nazrief Nazri sebagai Shah
- Bella Dowanna sebagai Kila
- Danial Dashuki sebagai Adam
Pelakon tambahanSunting
- Elmy Moin
- Dayang Areeda
- Rashidah Jaafar
- Ismail Yaacob
- Carolina Binur
- Hushairy Hussein
- Silfeny Osman
- Fateha
- Khalida Balqis
- Nur Qistina Raisah
- Alisha Zahira
Muzik dan runut bunyiSunting
No. | Tajuk | Artis | Masa |
---|---|---|---|
1. | "Meluruh" | Alyah | 04:02 |
2. | "Aku Bukan Malaikat" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | 04:06 |
3. | "Tahajjud Cinta" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | 05:12 |
4. | "Kau Gadis" | Katahati | 03:02 |
5. | "Tak Akan Pernah Jauh" | Katahati | 03:53 |
6. | "Wahai Kekasih" | Katahati | 03:56 |
7. | "Lara Lagi" | Adira | 04:40 |
8. | "Sahabat" | Najwa Latiff feat. Sleeq & Syamkamarul | 03:08 |
9. | "Jadikan Aku Yang Halal" | Zulin Aziz & Iqa Nasra | 04:13 |
10. | "Engkau (Sahabat)" | Eenaz Mokhtar | |
Jumlah masa: |
-:-- |