Nazrief Nazri

Pelakon lelaki Malaysia

Mohamad Nazrief Mohamad Nazri (Jawi: نازريف نازري; lahir 19 Oktober 1991) merupakan pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali melalui program realiti Hero Remaja di mana beliau merupakan antara 23 Finalis Hero Remaja 2011/12.[1]

Nazrief Nazri
Kelahiran
Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri

(1991-10-19) 19 Oktober 1991 (umur 32)
Pendidikan
  • Integrasi Kejuruteraan Jepun
  • Ijazah Pengurusan Maritim
Pusat pendidikanUniversiti Kuala Lumpur (UniKL)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganAizatul Aqma Hamdan (k. 2019)
Anak-anak1

Kehidupan awal sunting

Nazrief dilahirkan pada 19 Oktober 1991 di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seri Menanti. Beliau memiliki ijazah berkembar Sarjana Muda Operasi Maritim dari Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT). Ketika zaman kanak-kanaknya, Nazrief pernah menggalas tanggungjawabnya sebagai bilal kanak-kanak di sebuah masjid di kampung halamannya ketika membantu ibu berniaga di bazar Ramadan.[2] Ibu bapanya bercerai pada 2016 ketika Nazrief mencapai usia 25 tahun.[3]

Kerjaya sunting

Nazrief memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir. Seterusnya beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja 2011/12 yang turut disertai oleh Hafreez Adam, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Fendy Bakry, Ben Amir dan Fattah Amin, sejak itu, bakat beliau terus digilap dan berjaya menghiasi beberapa drama dan telefilem, antaranya Maskara, Tanah Kubur dan Pengancam Perkahwinan.[4]

Nazrief memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single sulungnya, "Cinta Semalam" yang dikeluarkan pada Julai 2017.[5][6]

Kehidupan peribadi sunting

Dalam temu ramah bersama Harian Metro pada Ogos 2017, Nazrief mendedahkan beliau amat obses dengan Dato' Rosyam Nor dan mengakui telah menonton hampir kesemua filem lakonannya, beliau berkata: "Banyak perkara yang ada pada Rosyam boleh saya jadikan contoh. Selain lakonan, dia juga pandai menjaga keterampilan. Selain berjaya sebagai pelakon, Rosyam juga sangat sukses sebagai ahli perniagaan. Saya sendiri berharap satu hari nanti mampu mengikut jejak langkahnya,".[7]

Nazrief berkahwin dengan model, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019. "Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama," katanya.[8][9][10]

Beliau dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 19 Julai 2021.[11]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Filem pertama, penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur (Musim 5) Amin Astro Oasis Episod: "Sepandai-pandai Tupai"
2013 Maskara Alif Azril TV1
Pengancam Perkahwinan Astro Ria
2014 Cinta Ilahi Kojek TV3
Alam Maya Edd TV9
Misiku Kuza Ismail Astro Ria
2015 Tanah Kubur (Musim 10) Rahim Astro Oasis Episod: "Langkah Mayatku"
Suami Sebelah Rumah Azlan TV3
Lari Mira Yusof
Oh My English Cikgu Ariff Astro TVIQ
HidayahMu Ramadan Nazir TV3
2016 Demi Cinta Ain Adam
Lara Terindah Razlan
Nasi Minyak Kuah Cinta Izka / Putra
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Eddie Astro Ria
Cerita Dari Mastika Muzaffar Astro Prima Episod: "Aku Sudah Mati"
Bilo Nogori Jupo Kelate Noah TV3
2018 Air Mata Di Bumi Matador Adib TV2
Makmum Yang Paling Aku Cinta Syed Amru Hypp Sensasi
Cinta Bukan Kristal Faiz TV3
2019 Plan Cinta Ismadi
Leftenan Zana Zaidi
Utusan Cinta Buat Adam Tengku Aidit
Suamiku Mr. Blind Aidil Zafran Hypp Sensasi
2020 Rindu Yang Terindah Hazieq Wafiy TV3
Bidadari Salju Wan Hakimi
2022 Villa Kristal Ustaz Adib WeTV
Keluarga Pasar Encik Aaron TV Okey
Takdir Cinta Dhia Fikri Astro Prima
2023 Derhaka Sebuah Cinta Naufal Astro Ria
Liar Taufiq Radzlan
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Syurga Dunia"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Anak Ikan Astro Prima
2014 Al Kazzab Ustaz Ashraf Astro Oasis
2015 5 Kali Cinta Andy TV3
M.A.I.D Pun Nak Beraya Reza Astro Ria
2017 Suami Aku Jurumekap Aidan HyppTV
Malam Tanpa Yasin Imran TV3
2018 Doa Untuk Dijual Unifi TV
Permaisuri Syurga Aiman TV1
2022 Hantu Karaoke Zack TV3
Radio Atok TV9

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Sembang Terapi Pengacara TV9 bersama Akhmal Nazri dan Dayah Bakar
Lari: Misi Mencari Mr. X Peserta
Lari: Kita Kejar Dia Istimewa Hari Raya
2017 Nasi Lemak Kopi O Artis Jemputan bersama Johan As'ari dan Sabhi Saddi (9 Julai)

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2017
"Cinta Semalam"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (3 Jun 2017). Nazrief tidak terkilan lambat dikenali Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2017.
  2. ^ Hanisah Selamat (2 Jun 2018). Nazrief pernah jadi bilal di kampung Berita Harian. Dicapai pada 19 September 2018.
  3. ^ Rudy Imran Shamsuddin (12 Jun 2018). Teruja sambut raya dengan bapa baru Harian Metro. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  4. ^ Nazrief si nerda mencuba nasib Kosmo! (27 Januari 2015). Diperoleh pada 27 Januari 2015.
  5. ^ Ng See Hooi, Lee Hui Shen dan Vooi Sze Ming (26 Julai 2017). Nazrief Nazri’s dream to be a singer comes true The Star Online. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  6. ^ Izwan Mohd Isa (17 Ogos 2017). Percubaan Cinta Semalam Nazrief Nazri Diarkibkan 2018-08-29 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 29 Ogos 2017.
  7. ^ Rudy Imran Shamsuddin (20 Ogos 2017). "Kagumi lakonan Rosyam". Harian Metro. Dicapai pada 7 September 2017.
  8. ^ Ramlah Zainal (15 November 2019). Nazrief Nazri selamat diijab kabul Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  9. ^ Hanisah Selamat (16 November 2019). Nazrief pilih model sebagai isteri Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  10. ^ Nazrief Nazri sah bergelar suami Sinar Harian (16 November 2019). Dicapai pada 22 November 2019.
  11. ^ Mohd Al-Faizal Abdul Karim (20 Julai 2021). "Nazrief Nazri timang cahaya mata pertama". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2021.

Pautan luar sunting