Cinta Bukan Kristal

Cinta Bukan Kristal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 8 Ogos 2018 hingga 14 September 2018 menggantikan Jangan Benci Cintaku.[1]

Cinta Bukan Kristal
Genre
Ditulis oleh
PengarahShuhaimi Zulkefli
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi
Lagu penutup"Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Datuk Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Penyunting
  • Mohd Ashri
  • Nana Rahim
  • Fikry Cholan
  • Sarah Enjos
  • Akmal Hayat
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Ogos 2018 – 14 September 2018
Kronologi
MengikutiJangan Benci Cintaku
Diikuti olehVila Ghazara

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya atas desakan Mak Su Faridah (Ayu Raudhah) yang gila harta. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan (Esma Daniel). Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya (Farzana Latiff) dan Hakim (Syed Muhammad Irfan). Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Cinta Bukan Kristal (TV3) My Infotaip (7 Ogos 2018). Dicapai apda 8 Ogos 2018.
  2. ^ Cinta Bukan Kristal (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 September 2018.
  3. ^ Haryani Ismail (28 April 2018). Ayda Jebat mahu perkukuh nama dalam industri seni serantau Berita Harian Singapura. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  4. ^ Nor Asyikin Mayudin (13 April 2018). Kisah itu buat Raja Afiq putus rezeki, 6 bulan jual pemanis mulut mStar Online. Dicapai pada 14 April 2018.
  5. ^ Hazman Al-Idrus masih boleh hidup tanpa WhatsApp Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2019.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang
Sebelumnya Cinta Bukan Kristal Berikutnya
Jangan Benci Cintaku Vila Ghazara