Dafi
Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi (dilahirkan pada 14 Disember 1988)[nota 1][1] merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada YB Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.
Dafi | |
---|---|
Nama lahir | Gadaffi bin Ismail Sabri |
Kelahiran | 14 Disember 1988 |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2007–kini |
Syarikat rakaman | KRU Music Group |
Pengkarya berkait | Gita Gutawa |
Beliau boleh dikatakan sebagai pelajar AF yang bertuah. Sejurus selepas tersingkir, Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM2.[1] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul.[1]
Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.[1]
PendidikanSunting
Dafi,memperoleh Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dari Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, ini membuatkan beliau layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan, beliau diberi peluang untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen universiti atas penerimaan anugerah tersebut.
Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[2]
DiskografiSunting
- Seumur Hidup (2009)
- D4F1 (2014)
LaguSunting
Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU.[1] Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[3]
Dafi telah berkolaborasi dengan Shila dari One in a Million dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4
FilemografiSunting
DramaSunting
- Hotel Mania (2010) TV3
- Opah Popular @ Astro Warna sebagai Hafiz
- Dia Semanis Honey (2016) @ Astro Ria sebagai Jack
- Abang Sado Boleh Beres (2016)
- Black Belt Kaler Pink (2017 - Astro Warna) sebagai Bakar
- Mak Cun Musim 3 (2017)
- Klik! Pengantin Musim Salju (2018) @ Astro Ria
TelefilemSunting
- Dia Semanis Honeymoon (2016)
- Dia Semanis Honey Raya (2016)
IklanSunting
- Aiskrim Walls bersama dengan seorang penyanyi dari Indonesia, Gita Gutawa
- Brands
- Coca-Cola bersama dengan penyanyi dari One In A Million 8TV, Shila
CatatanSunting
- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens.
RujukanSunting
Pautan luarSunting
facebook https://www.facebook.com/pages/Dafi/26569901166
Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Rencana mengenai penyanyi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |