Klik! Pengantin Musim Salju
Drama adaptasi novel Klik! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana di Astro Ria. Mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Disiarkan bermula 14 Mei 2018, setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadhan HD (122). Drama yang dibintangi oleh Alif Satar & Siti Nordiana sekali lagi berjaya menarik perhatian para penonton dengan lakonan mereka yang bagus & bersahaja selepas drama Dia Semanis Honey
Klik! Pengantin Musim Salju | |
---|---|
Genre | Cinta Kekeluargaan Pahit manis |
Ditulis oleh | Suri Ryana |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | ![]() |
Bilangan episod | 20 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis 7:00 malam |
Syarikat penerbitan | Filmscape Sdn Bhd Juita Viden Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Ria HD Astro Ramadhan HD |
Siaran asal | 14 Mei 2018 - 14 Jun 2018 |
SinopsisSunting
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.
Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.
Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.
Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?
Lagu Tema TerkiniSunting
Tajuk : Sebenarnya
Penyanyi : Alif Satar & Siti Nordiana
Runut bunyiSunting
No. | Tajuk | Artis | Masa |
---|---|---|---|
1. | "Sebenarnya" | Siti Nordiana & Alif Satar | 3:31 |
Jumlah masa: |
3:31 |
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Tonton di Pencintaan pada luar biasa Klik! Pengantin Musim Salju