Adam Lee
Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee[1] (Jawi: محمد عريف ادم بن محمد فدلي); lahir 26 Oktober 1994[2] merupakan seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian sejak membintangi drama bersiri Lara Aishah. Adam juga pernah membintangi filem seram bertajuk Ia Wujud yang ditayangkan pada 2014.[3]
Adam Lee | |
---|---|
Kelahiran | Muhamad Arif Adam bin Mohamed Fadlee 26 Oktober 1994 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2014–kini |
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) |
Pasangan | Sweet Qismina (k. 2022) |
Saudara | Janna Nick (sepupu) |
Kerjaya Sunting
Adam memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana tidak yakin dengan potensi dalam bidang berkenaan. Sepanjang tempoh itu, beliau melibatkan diri dengan bidang kecergasan. Adam turut mempelajari seni bela diri Muay Thai.
Beliau menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya dalam bidang seni lakonannya. Adam juga pernah menghadiri Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2016/2017. Nama Adam kian meningkat sejak membintangi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Sejak itu juga tawaran berlakon diterima meningkat.
Kehidupan peribadi Sunting
Adam Lee ialah sepupu kepada pelakon Janna Nick. Pada 24 Oktober 2022, beliau berkahwin dengan pelakon, Sweet Qismina.[4][5]
Diskografi Sunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2022 | "Tercipta"
|
2023 | "Izin"
|
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ia Wujud | Arif | Dharma Aizat | Filem pertama, dikreditkan sebagai Ariff Adam |
2019 | Garang | T. Kanageswaran | ||
2022 | Seratus | Feroz Kader | Penampilan khas |
Drama Sunting
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Dorm | ||
Aku dan Adik | Izman | TV3 | |
2017 | Cinta Bae Kicap | Astro Ria | |
2019 | Infomasi Terkorban | Azrul | Astro Ria, Suria |
2019 | Mek Bunga | Mat Noor | TV2 |
2020 | Ara | Arman | TV3 |
2017 | Mr Maid, Suami Ibu | Adli |
Anugerah dan pencalonan Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Artis Baru Lelaki Popular | Menang |
Rujukan Sunting
- ^ Biodata Adam Lee Encik Shino (24 Oktober 2017). Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ 10 trivia mengenai pelakon Adam Lee, sepupu Janna Nick yang diramal bakal jadi hero TV baru Media Hiburan.
- ^ Adam Lee banyak belajar dengan Janna Nick Sinar Harian.
- ^ Farhana Abd Rahman (5 Ogos 2019). 'Janna Nick tak pernah kongkong langkah saya': Adam Lee Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2019.
- ^ Sepupu Janna Nick belum sedia jadi hero bimbang dilabel 'kayu' mSTAR Online (7 Mei 2018). Dicapai pada 10 Ogos 2019.