Farouk Hussain

Pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia

Farouk Hussain (lahir di Pulau Pinang) ialah pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia. Farouk Hussain, sinonim dengan drama TV Anak Mami dan filem boxoffice Anak Mami The Movie serta watak-watak komedinya dalam filem dan drama2 Melayu tempatan. Sebelum menceburi bidang seni, Farouk Hussain pernah bertugas sebagai Receptionist di Shangri La Inn Penang (sekarang Jen Hotel) pada tahun 1986- 1989.. Pada tahon 1990 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pramugara hingga pertengahan 1994. Dan pada tahon 1994 juga beliau telah menjadi Hos RANCANGAN REALITI YANG PERTAMA di Malaysia, yang disiarkan Secara Langsung dari Studio C, Jalan Liku Bangsar, terbitan TV3, iaitu SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN, bersama dengan Sharifah Norhaslinda(Lynn) dan Jai Johari. Rancangan SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN menjadi hit dan telah melonjak nama Farouk Hussain didalam bidang seni dan dari situ bermulalah kerjaya beliau didalam bidang hiburan, pengacaraan, lakonan serta Voice Over utk iklan sehingga kini.

Farouk Hussain
Kelahiran1967 JANUARY 01
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, pramugara (bekas)
Tahun aktif1994—kini
PasanganLina
Anak-anak1

Kerjaya

sunting

Farouk Hussain mencipta nama sebagai pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 pada tahun 1994. Tahon 1995 beliau mula mengacara/menjadi emcee utk Majlis2 makan malam /Annual Dinner utk syarikat2 Korporat dan sektor Kerajaan sehingga kini. Beliau byk mengendali rancangan2 sebagai Hos utk program2 di TV3, Astro dan RTM, seperti WARUNG KITA di Astro, D'Hati - RTM, program kuiz Teka Tekan di saluran Hypp Sensasi di Unifi TV bergandingan dengan tiga pengacara lain iaitu Acong Sweetchild, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu.[1][2][3][4] Farouk merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang berlangsung pada 2012.[5]

Farouk Hussain juga merupakan artis yg sering dijemput sebagai artis undangan utk rancangan komedi kumpulan Senario, yg ditubuhkan pada tahon 1996.

Pada 1999, album pertamanya berkonsep komedi yang bertajuk Kupintal Sarung Bantal berjaya dipasarkan dengan 10 lagu di dalamnya. Lagu-lagu tersebut ialah Kupintal Sarung Bantal, Kumbang Malaya Berbunga Jawa, Baby, Mami Barang, Pak Din Sekupang, Joget Hati Kecewa, Sendi Yang Hilang, Pilih Menantu (duet dengan Iwan Dasri), Dondang Cucuku Sayang dan Mari Balik Kampung adalah lagu duet bersama Shamsul Ghau Ghau.[6] Namun begitu, albumnya kurang mendapat sambutan di pasaran disebabkan kurang promosi di saluran2 radio dan stesen TV oleh pihak Ambang Klasik dan Gong Klasik TV3.[7]

Kini tahon 2025, Farouk Hussain masih terus aktif didalam bidang hiburan sebagai Pengacara/Emcee dan juga Showime Performance utk majlis2 Korporat sambil menyanyi lagu2 Evergreen Classics.. Walaupon sudah 30 tahon berkecimpung dalam bidang seni dan hampir mencecah usia 60 tahon, Farouk Hussain masih sihat, bertenaga, kelihatan muda dan terus mewarnai bidang hiburan dan lakonan tanahair.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Tarzan Alih suara BM
2002 Anak Mami The Movie Aniq Filem pertama
2003 Iskandar Man Stering
2022 Kalut Nak Kahwin Tok Kadi
2024 Pemburu Saka
Jadi Raya Tak Jadi

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Anak Mami TV3
1997 Menantu Mami
Mengejar Bintang
2002 New Boyz the Telemovie Siti Payung VCD
2003 Apa Nak Dikata? Saiful / Rahmat
2004 Lubuk Puaka Saad
2012 Lemang Sebatang Astro Prima
2014 Ini Harta Haji Nana Yang Punya Pak Nana TV3
2016 Misi Arjuna En. Malik
2017 Si Kijang Merah Coach
Ada Apa Dengan Ramadan Astro Ria
Namaku Bedah Dr. Asri TV9
2023 Pinang Durian Maidin Tonton
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1996 Senario Pelbagai watak TV3 Drama pertama, sitkom
2000 Cak Cak Aidilfitri Astro Ria Episod: "Menantu Raya"[8]
Pi Mai Pi Mai Tang Tu TV3 Episod: "Ane"
2013 Bujang 40 Bujang Astro Warna
2016 Awak Sangat Nakal Pak Mat Astro Ria
2017 Dia Pak Hashim TV3
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Astro Ria
Cinta Koko Coklat Pak Yusof ntv7
2020 You Kat...? Maidin Awesome TV
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kader Salem Astro Ria
2022 Republic Gombak Din Serai TV3

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Sinaran Pasport Kegemilangan Pengacara TV3 bersama Ani Maiyuni
2001 Cabaran Teh Tarik F&N TV1
2008–2009 Warung Kita Astro Prima bersama Azrul Zaidi[9]
2012 MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 1) Peserta Astro Ria Tersingkir Minggu 7, Diterima 5 Teratas, Tersingkir Separuh Akhir
2013 Primadona Artis undangan Astro Prima
Betul ke Bohong? (Musim 3) Artis Jemputan Astro Warna Episod 3&13 (Akhir)
Liga Lawak Superstar Peserta TV3 Kumpulan Spy Kampung bersama Zalif Sidek dan Syafiq Kyle[10]
Lawak Minggu Ini Artis undangan
Konsert Jubli Emas 50 Tahun TV Malaysia TV1
2014 Ikon Siarawan Artis undangan TV2
Redah Kasi Pecah Extravaganza Peserta Astro Warna
Cu-bits Hari Raya Artis undangan TV3 Artis undangan bersama dengan Adibah Noor
2018 Teka Tekan Pengacara Hypp Sensasi bersama Acong Sweetchild, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[11]

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • Kupintal Sarung Bantal (1999)

Single

sunting
  • Selamat Hari Raya (1996) (duet bersama Artis Ambang Klasik)
  • Sekadar Menghargai (1996)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Actor Farouk Hussain is back after quitting showbiz 6 years ago". star2. 25 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-16.
  2. ^ "Farouk Hussain berlakon untuk jumpa kawan lama". Utusan Melayu. 3 Februari 2018.
  3. ^ "'Buang masa fokus lakonan'". Harian Metro. 20 Januari 2018.
  4. ^ "Bengang Soal Bayaran, Farouk Hussain Serik Berlakon". mStar. 18 Mei 2015.
  5. ^ "Farouk Hussain Tidak Takut Untuk Bersaing". mStar. 25 Ogos 2012.
  6. ^ "Farouk jadi penyanyi". Utusan Melayu. 24 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
  7. ^ "Gagal tidak bermakna hilang pengaruh". Utusan Melayu. 13 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
  8. ^ "Cak Cak Aidilfitri di Astro Ria". Utusan Melayu. 18 Disember 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-16.
  9. ^ "Farouk tidak makan nasi tujuh tahun". Utusan Melayu. 12 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
  10. ^ "Sudah rezeki". Karangkraf. 22 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
  11. ^ "Rezeki tahun baru". Harian Metro. 17 Januari 2018.

Pautan luar

sunting