Rindu Awak Separuh Nyawa

Rindu Awak Separuh Nyawa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Along Kamarudin. Dibintangi oleh Uqasha Senrose, dan Shukri Yahaya, Marsha Milan. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 23 Mac 2021 menggantikan drama Marry Me Senorita. [1] [2] [3] [4]

Rindu Awak Separuh Nyawa
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah
PenciptaSiti Rosmizah Semail
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanRindu Separuh Nyawa - Naqiu & Vanessa Reynauld
Lagu penutupRindu Separuh Nyawa - Naqiu & Vanessa Reynauld
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod48 Episod
Penerbitan
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
SR One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal23 Mac 2021 – 14 Jun 2021
Kronologi
MengikutiMarry Me Senorita
Diikuti olehLove Elsa

SinopsisSunting

Kasih Maisara (Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka?

PelakonSunting

Watak UtamaSunting

Watak PembantuSunting

Watak SampinganSunting

  • Silfeny Osman sebagai Anis
  • Razman Mahayuddin sebagai Hamdan
  • Suraiya Hussin sebagai Maksu Dila
  • Azmi Ali sebagai Tok Lang
  • Elly Suhaili sebagai Kak Kiah
  • Idris Jaafar sebagai Pak Mat
  • Sofiahani sebagai Rogayah
  • Syazairul Afiq sebagai Man
  • Abang Long Sofian sebagai Adi
  • Aishah Dad sebagai Halijah
  • Nur Antasha sebagai Lela
  • Lokman Hakiem sebagai Abang Ali
  • Emerlia Feronika sebagai Haida
  • Yasmien Sakienah sebagai Halimah
  • Annasyidah sebagai Adik Munah

Watak Kanak-KanakSunting

  • Puteri Rafasya sebagai Putri Jumaah (Mah)
  • Fara Nadiah sebagai Fatin (Manja)
  • Mohd Darwish sebagai Zafrel (5 Tahun)
  • Hayfa Aliyah sebagai Kaseh (4 Tahun)
  • Muhammad Aryan Fateh sebagai Baby 1
  • Malaeka Nisreen sebagai Baby 2

Runut BunyiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Rindu Awak Separuh Nyawa MyInfoTaip. Dicapai pada 12 Mac 2021
  2. ^ Qasmari Hassin (29 Mei 2020). "Penonton Rindu Awak Separuh Nyawa Dilabel Makcik Bawang Siti Rosmizah Kecewa Kenyataan Shahrulezad Tolong Hormat Karya Orang Lain". mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  3. ^ Zulqarnain Abu Hassan (29 Mei 2021). "Drama Merepek Ini Yang Dapat Berjuta Tontonan Siti Rosmizah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  4. ^ "Rindu Awak Separuh Nyawa Ungguli Carta Drama 2021 Kejutan di Minggu Akhir". Astro Awani. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  5. ^ Lakonan Shukri Yahaya dipuji, ramai terkesan watak Nazril dalam RASN -Hiburan- mStar
  6. ^ Shukri Yahaya si hero drama ‘cintan-cintun’ -Hiburan- Kosmo !
  7. ^ Georgie Joseph (15 Mei 2021). "Kerana Nurul Huda Marsha Pula Dimaki". Kosmo!. Dicapai pada 4 Jun 2021.