Fauzi Nawawi
Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, penerbit dan pengarah lelaki Malaysia.[1] Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.[2] Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[3]
Fauzi Nawawi | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi 7 Mac 1973 |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengarah |
Tahun aktif | 1998—kini |
Pasangan | Lisdawati (k. 2007) |
Anak | 8 (termasuk Fareez Fauzi) |
Ibu bapa |
|
KerjayaSunting
Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.[4]
Pada tahun 2001, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.
Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.
Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada 2007. Beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.[1]
Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[5] Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.[6]
Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan.[7] Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[8]
Kehidupan peribadiSunting
Fauzi dilahirkan dan dibesarkan Pantai Remis, Perak. Beliau berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada 9 September 2007.[9] Pasangan ini dikurniakan 8 anak, Fauzi mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[10][11]
Anak beliau, Muhammad Fareez Hazwan merupakan peserta Mentor Milenia[12] dan menjadi protege Hazama.[13]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Orang Minyak | Malik Kumbo | Jamal Maarif & C.K. Karan | Filem pertama |
Anak Halal | Jeffri | Osman Ali | ||
2008 | Tipu Kanan Tipu Kiri | Zul | Sharad Sharan | |
2011 | Songlap | Chipun | Effendee & Fariza Azlina | |
Mayhem | Fauzi | Syed Zulkifli | Filem pendek | |
2014 | Kelibat | Kamal | Hashim Rejab | |
2015 | Chowrasta | Jali | A. Razak Mohaideen | |
2016 | Pelepas Saka | Ustaz | Hashim Rejab | Penampilan khas |
Bo-Peng | Inspektor Anwar | Helmi Yusof | ||
2017 | Pak Pong | Kadir Handsome | Dirinya sendiri | Juga sebagai penulis skrip |
2018 | Badang | Taiko | A. Razak Mohaideen | |
Munafik 2 | Umar | Syamsul Yusof | ||
2020 | Tyickoouns | Ayah Long | Izan Hailmey Mokhtar | Penampilan khas |
2021 | Polis EVO 3 | Inspektor Farouk | Syafiq Yusof | Pos-produksi |
Bakara | Adrian Teh | Pos-produksi |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Aku, Dia & Cape Town | TV3 | ||
2006, 2016–kini | Gerak Khas | Pelbagai | TV2 | Watak berulang |
2007 | Dewi Cinta | TV1 | ||
2008 | Sari Maya | Dali | TV9 | |
2008–2009 | Puaka Niyang Rapik | Ahmad Fathil | TV3 | |
2009 | Dua Marhalah | Amran | Astro Oasis | |
Sari Maya 2 | Dali | TV9 | ||
Cinta Untuk Ain | Kamal | TV3 | ||
Matahari | ||||
E.Toyol. com | Hamidi | |||
2010 | Na O Mei | Ayie | ||
Jidin | Antar | |||
2011 | Ustaz Amirul | Salleh | ||
You Saka... Pergi Jauh-Jauh | Ibrahim | |||
Jiwa & Lara | Jiwa | |||
2012 | Saiful Nita | Fendi | ||
2013 | Janji Shirah | Zali | ||
Kerana Sarah | Azman | |||
Dia Suamiku | Myrza | Astro Prima | ||
2014 | Miranda | Fezrul | TV3 | |
Fajar Aiman | Suffian | |||
2015 | Kifarah Mistik | Bono | Episod: "Gelandangan" | |
Ya Solihin | TV2 | |||
2016 | Kerambit | Baim | ||
2017 | Joni Togo | Astro Prima | Episod: "Tumpang" | |
2018 | Teratai Kemboja | Saufi | TV3 | |
Bahagia Bukan Bidaan | Paksu | |||
Aku Cinta Dia | Dr Azhar | |||
2019 | 4 Penjuru | TV1 | ||
Iktibar | Rosli | TV3 | Episod: "Taubat Seorang Samseng" | |
Cemburu Seorang Perempuan | Sufian | Astro Ria | ||
2020 | Memoir Karmila | Imam Muhardi | TV1 | |
2021 | Rindu Awak Separuh Nyawa | Kasim | Astro Ria |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Igau: Aspirasi Mimpi | VCD | |
2010 | Sebelum Akhirat | Mubarak | TV3 |
Taubat Nasuha | Syamizi | ||
Bagaikan Sumayyah | |||
Terbuang Di Malam Raya | Shidi | TV1 | |
2011 | Sudu & Garpu | Andy | TV3 |
Yang Terpuji | Ustaz Mokhtar | ||
Pusara Di Lebuh Raya | Hakimi | ||
Rebah Di Hujung Taubat | Firman | Astro Prima | |
2012 | Ruqyah Rocker | Adam | Astro Oasis |
2013 | Takbur Mama | Azman | TV3 |
2014 | PI (Private Investigator) | Razman | |
Cikgu Bidan | Cikgu Roslan | ||
Kemelut Dosa | Zainuddin | ||
2015 | Kasyaf | Inspektor | TV1 |
Adik Tak Tipu | TV3 | ||
Kaabah Depan Rumah | Astro Oasis | ||
2016 | Lari Lagi | TV2 | |
Ayah Tak Pernah Kalah | Badrul | TV9 | |
2017 | Mahram | Zamarul | |
Ketupat Buat Nenek | Imran | ||
Anak Kerak | Sani | Astro Citra | |
2018 | Uniknya Cinta | Kamil | TV3 |
Qalbu | Toyu | ||
Sayang Suria | |||
Cucu Atuk | Zamani | ||
Khalifahkah Aku | Datuk Amran | ||
Hanya Sesenggam Setia | Unifi TV | ||
2019 | Takkan Gentar | Amer | TV3 |
2020 | Jihad Ramadan | Razali | |
Baju Merah Jambu | Talib | TV1 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Masak Apa Tu? | Dirinya sendiri bersama isteri | TV3 |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2011 | Semerah Padi | Taruna |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Anugerah Skrin 2010 | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
Anugerah Seri Angkasa 2010 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Menang |
RujukanSunting
- ^ a b Impi watak Dara Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2014.
- ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2015). "Fauzi Nawawi tak kisah dianggap jahat". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' masih relevan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ Bintang Fauzi Nawawi makin cerah Info Gallery. Diperoleh pada 1 Februari 2011.
- ^ Pressreader (20 Februari 2017). "Akhirnya 'Pak Pong' masuk panggung". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ "Fauzi Nawawi buka bisnes hotel bajet". Astro Awani. 17 Julai 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Farhana Ab. Rahman (29 Ogos 2018). "Fauzi minta nasihat ibu berlakon Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
- ^ Budiey (27 Oktober 2007). "Gambar Lisdawati Fauzi Nawawi Bersanding Perkahwinan RM1 juta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi timang anak kelapan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Hanisah Selamat (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi dapat anak kelapan". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mac 2016). "Fareez tidak bertingkah dengan bapa". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Farhana Ab. Rahman (18 Januari 2016). "Anak Fauzi Nawawi terpilih sebagai protege Hazama". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.