Ustaz Amirul merupakan siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Mazri Mustafa (Ayie) terbitan Excellent Pictures. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Eira Syazira dan Siti Saleha ia mengisahkan tentang perjalanan emosi Ustaz Amirul yang berdepan dengan pelbagai cabaran.[1] Siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 7 Januari 2011 sehingga 1 April 2011 menggantikan Ahmad Durrah.[2]

Ustaz Amirul
GenreDrama, keagamaan
Ditulis olehSiti Jasmina Ibrahim
PengarahMazri Mustafa (Ayie)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Di Hati Ini" - Eira Syazira
Lagu penutup"Di Hati Ini" - Eira Syazira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit
Tempoh siaran38–39 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal7 Januari 2011 – 1 April 2011
Kronologi
MengikutiAhmad Durrah
Diikuti olehKeranamu Laila

Sinopsis

sunting

mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul. Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Muzik dan runut bunyi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Siti Azira Abdul Aziz (29 Disember 2010). 'Ustaz Amirul' Papar Kisah Ustaz Berpoligami mStar Online. Diperoleh pada 17 Mei 2011.
  2. ^ Budiey (30 Disember 2010). Ashraf Muslim & Eira Syazira dalam Ustaz Amirul Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 17 Mei 2011.

Pautan luar

sunting