Ahmad Durrah merupakan siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Raja Ahmad Alauddin yang bersiaran di TV3 dibintangi oleh Rusdi Ramli, Nabila Huda, Eja, Nelydia Senrose, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafidzuddin Fazil. Drama ini menyaksikan kemunculan semula Rusdi dalam bidang lakonan.[1] Ia mengisahkan tentang suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 pada 24 September 2010 hingga 17 Disember 2010 menggantikan Janji Kekasih.[2]

Ahmad Durrah
GenreDrama
Agama
Ditulis olehMahizan Hussein
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hanyut" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Hanyut" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Ramly
PenerbitZaiton Mohd Jiwa
PenyuntingIzyan Liyana Ghazali
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 September 2010 – 17 Disember 2010
Kronologi
MengikutiJanji Kekasih
Diikuti olehUstaz Amirul

Sinopsis sunting

Mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini.

Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan. Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.

Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya dengan mesra, malah, dia berhadapan dengan dilemma apabila harus memilih antara 3 wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Riefqi Shah

Penampilan khas sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

Lagu tema sunting

Lagu sisipan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmad Durrah, pengubat rindu peminat Rusdi Ramli mStar Online (25 September 2010). Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  2. ^ Drama Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, Nabila Huda, Eja dan Qazem Nor Sensasi Selebriti (23 September 2010). Dicapai pada 1 Oktober 2010.

Pautan luar sunting