Nelydia Senrose

Pelakon wanita Malaysia

Hajah Nik Zaris Nelydia Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Hajah Nelydia Senrose[1] ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon.[2] Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah berlakon dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa (2012) sebagai Ersalina.[3]

Nelydia Senrose
Kelahiran
Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen

(1994-07-30) 30 Julai 1994 (umur 29)
PendidikanPsikologi
Pusat pendidikanUniversiti SEGI
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian1.68 m (5 ka ​6 18 in)
PasanganMohd Hafez Halimi Abdul Hamid (k. 2019)
IbuRosmizai Mohd Noor
BapaNik Sen Mat Rifin
SaudaraNelissa Senrose (Kakak Kandung)
Uqasha Senrose (Kakak Kandung)
Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Oktovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)

Nelydia juga terkenal dengan pelbagai peranan lakonan di televisyen termasuk Friday I'm In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.[4]

Kehidupan awal sunting

Nelydia dilahirkan pada Sabtu, 30 Julai 1994 Masihi bersamaan 21 Safar 1415 Hijrah di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Nik Sen Mat Rifin dan Rosmizai Mohd Noor, kakaknya ialah Uqasha, juga bergiat aktif sebagai pelakon dan model. Melalui ibu bapanya, beliau mewarisi darah campuran Siam dan Melayu. Adik kandung seibu beliau ialah bekas Juara Dewi Remaja 2014/15 iaitu Raysha Rizrose yang juga seorang model dan pelakon.[5] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya dan berkelulusan dalam bidang psikologi di Universiti SEGi.[6]

Kerjaya sunting

2007–2011: Permulaan kerjaya sunting

Nelydia atau lebih mesra disapa Nely mula berlakon pada usia 13 tahun menerusi watak sebagai Melissa dalam Spa Q[7] yang dibintangi oleh Norish Karman, drama terbitan Global Station Sdn. Bhd itu disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 22 Oktober 2007 hingga 26 Mac 2009.

Nelydia kembali membawakan semula watak lakonannya dalam Spa Q musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria dengan judul baru Spa Qistina selepas dua musim disiarkan di TV3. Beliau muncul dalam telefilem pertamanya, Anak Aku Artis arahan Ghaz Abu Bakar lakonan Didie Alias yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 8 Mei 2009.

Pada tahun 2011, beliau muncul dengan peranan yang tidak dinamakan dalam drama Pak Suman di TV AlHijrah. Ia menandakan penampilan TV pertama adik tirinya, Farza Naquraisha (Raysha Rizrose). Kredit telefilem beliau termasuk Si Tudung Tweet dan Mistik Alam Hitam.

2012–2014: Kejayaan arus perdana sunting

Beliau memegang watak sebagai Nisha dalam siri drama komedi Friday I'm In Love lakonan teman lelakinya ketika itu, Qi Razali, Aiman Hakim Ridza, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman dan Bella Dally,[8] drama ini disiarkan di TV9 bermula 19 April 2012 hingga 18 Julai 2012.[9] Nelydia melakonkan watak sebagai Jannah dalam siri drama Cinta Jannah arahan Azmi Hatta bersama pasangan pelakonnya, iaitu Aeril Zafrel,[10] drama ini mengisahkan tentang Jannah yang melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua.[11]

Nelydia mencapai kejayaan meluas dalam bidang lakonan dengan berpasangan bersama Amar Asyraf menerusi drama Setia Hujung Nyawa yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21,[12] di mana beliau melakonkan watak sebagai Ersalina. Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 24 Disember 2012 hingga 7 Februari 2013 dan mendapat sambutan komersial daripada penonton dengan jumlah penonton untuk tayangan episod akhir mencecah 3.5 juta.[13] Kejayaan drama ini membawa kepada penerbitan telefilem edisi khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang diberi judul Setia Hujung Nyawa Raya yang disiarkan pada 8 Ogos 2013,[14] Nelydia dan Amar membawakan semula peranan mereka.

Penampilan pertama Nelydia di layar lebar hadir apabila beliau diberi peranan utama bersama Fizo Omar dalam filem Cinderella arahan Ahmad Idham di mana beliau memegang watak sebagai Nurul, seorang gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Filem ini ditayangkan pada 19 Disember 2013. Pada tahun 2013 juga, Nelydia memenangi Astro On the Go Fans Choice Award bagi Favourite Fuyoo Actress.

Beliau digandingkan bersama Sharnaaz Ahmad menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diterbitkan oleh Ziela Jalil menerusi syarikat Pena Creative dan ditulis oleh Rozie Rashid dan Chinta Nadeesha. Nelydia melakonkan watak sebagai Hannah Mastura, drama ini ditayangkan di Astro Mustika HD dari 9 Disember 2013 hingga 22 April 2014.[15] Pada tahun 2014 juga, beliau bersama Harith Iskander dan Lisa Surihani meminjamkan suara bagi versi bahasa Melayu filem animasi Amerika Syarikat 2013, Despicable Me 2 untuk siaran di HBO Asia. Nelydia meminjamkan suaranya bagi watak Margo untuk versi bahasa Melayu, di mana beliau mengambil alih watak itu dari Miranda Cosgrove untuk versi bahasa Inggeris.[16]

Beliau kemudian muncul dalam filem kedua lakonannya, Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Fizz Fairuz dan Izzue Islam, Nelydia melakonkan watak Zizie. Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014, diterbitkan oleh Showbiz Productions.[17]

2015–kini: Peningkatan kerjaya dan kesinambungan kejayaan sunting

Pada Mei 2015, Nelydia menjayakan kembali watak Aunty Lisa dalam siri televisyen kanak-kanak, Strawberi & Karipap musim kedua yang bersiaran di Astro Ceria, bersama Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar.[18]

Beliau seterusnya membuat penampilan khas sebagai Wanita Misteri bernama Jasmin dalam siri drama waktu perdana adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan kakaknya, Uqasha dan Hafidz Roshdi yang bersiaran di Slot Akasia TV3 dari 17 Februari hingga 7 April 2016.

Nelydia menjadi bintang utama bersama Hafeez Mikail dan Nazrief Nazri dalam siri drama waktu perdana TV3, Lara Terindah; di mana beliau menjayakan watak sebagai Elena. Siri ini disiarkan dari 31 Ogos hingga 22 September 2016.[19]

Pada 15 Januari 2018, beliau menjayakan watak sebagai Tengku Aqilah, seorang gadis yang tersisih dari keluarganya menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaludin yang diadaptasi daripada novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail. Beliau digandingkan bersama Dato’ Farid Kamil yang melakonkan watak Tengku Ryan dan pelakon Singapura, Nadiyah Shahab yang memegang watak Tengku Natasha.[20][21]

Pada Mei 2018, Nelydia menceburi rekaan fesyen dengan terlibat dalam sebuah projek khas baju raya di bawah jenama sendiri. Selain itu, beliau juga melancarkan koleksi pakaian tidur.[22][23]

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, Nelydia digandingkan bersama Aedy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime dalam drama adaptasi dari telenovela Filipina iaitu Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa, yang diberi judul Cinta Tiada Ganti.[24] Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan liku akibat dosa lampau ibu bapa mereka. Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal menyebabkan berlakunya beberapa insiden kecil dan akhirnya mereka jatuh cinta.[25][26]

Selepas berehat dalam tempoh jangka pendek daripada kerjaya lakonan, Nelydia kembali ke skrin TV menerusi drama adaptasi novel karya Cik Tet, Encik Iman Ekspres yang menggandingkan beliau bersama Fikry Ibrahim. Ia mengisahkan tentang Diya lakonan Nelydia, pulang ke Malaysia selepas sekian lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.

Media melaporkan bahawa Nelydia bakal membintangi drama Nur 2, dengan memegang watak Juita sebelum menarik diri dan digantikan oleh Azar Azmi. Beliau memegang watak sebagai Daliya dalam drama adaptasi novel karya Farah Darianna, Lelakimu Yang Dulu yang mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul meringkuk dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. Drama ini kembali menggandingkan beliau bersama Sharnaaz Ahmad.

Pada September 2020, Nelydia bersama Sharnaaz kembali menjayakan peranan masing-masing sebagai Hannah Mastura dan Jebat dalam filem adaptasi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat yang ditayangkan pada 3 September di Astro First.[27] Beliau seterusnya memegang watak Amanda dalam drama Cinta Sekali Lagi lakonan bersama Saharul Ridzwan.

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar 2013 hingga 2016, Nelydia pernah menjalin hubungan dengan pengacara dan pemuzik yang juga ahli kumpulan OAG, Qi Razali ketika sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love, bagaimanapun, hubungan mereka berakhir kerana tiada persefahaman.[28][29][30][31][32] Nelydia juga berharap peminat tidak mengaitkannya dengan Qi lagi.[33]

Nelydia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Beliau juga pernah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya.[34][35] Pasangan ini berkahwin pada 6 April 2019 dengan sekali lafaz.[36] Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di KL.[37][38]

Kontroversi sunting

Waran tangkap LHDN sunting

Pada 30 April 2017, Nelydia telah dikenakan waran tangkap oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas lima pertuduhan termasuk gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi tempoh lima tahun. Beliau turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.[39][40] Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LHDN:

“Penama (Nelydia Senrose) dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu menghendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir”.[39] Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,”[39]

Bagaimanapun, Nelydia telah menjelaskan cukai pendapatan dan waran tangkap yang dikenakan ke atas beliau telah ditarik balik oleh LHDN pada 24 Mei 2017.[41][42][43]

Kes saman syarikat kosmetik sunting

Pada 7 Julai 2020, Nelydia dikenakan tindakan saman oleh syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn. Bhd. kerana didakwa melanggar kontrak sebagai duta produk pada 2019. Pengasas dan Pengarah Urusan Chriszen Mandy Leong, dilaporkan hanya mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi. Beliau enggan mengulas mengenai tuntutan berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah. Perbicaraan dijadualkan akan disambung pada 16 Julai 2020.[44][45]

Aktiviti sunting

Pada Julai 2013, Nelydia ​​bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Aiman Hakim Ridza, Tasha Shilla dan Neelofa telah dilantik oleh TV3 sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3, "Pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal".[46][47][48]

Di luar kerjaya lakonan, Nelydia telah menubuhkan kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels yang dilancarkan pada 20 Januari 2020 dan beroperasi di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas. Nelydia mengakui teruja apabila dapat berkongsi minat yang sama khususnya kepada kaum hawa yang menyukai emas dan batu permata. Beliau berkata: "Saya tidak menjangka perniagaan emas yang baru diusahakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak serta menyatukan saya dengan peminat dan kawan wanita kerana masing-masing obses dengan barangan kemas. Lagipun, barangan kemas ini juga dekat dengan jiwa setiap wanita. Ia diibaratkan seperti kawan baik. Justeru, saya nekad untuk mengusahakan perniagaan ini dan bersyukur mendapat maklum balas dan sambutan luar biasa daripada semua pihak,".[49][50]

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 14 April 2020 memberi ruang kepada Nelydia menikmati kehidupan bersama suami, selepas penggambaran ditunda. Kesibukan menjadi penghalang buat Nelydia dan suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid untuk sering menghabiskan waktu berdua bersama.[51]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Cinderella Nurul Filem pertama
2014 Mat Tudung Zizie
Despicable Me 2 Margo Suara latar (versi bahasa Melayu)
2020 Jebat Hannah Mastura

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Spa Q Melissa TV3 Drama pertama
2008 Spa Q 2
2009 Datin Wan Abe
2010 Spa Qistina Melissa Astro Box Office
Ahmad Durrah Anisa TV3
2011 Pak Suman Aisyah TV AlHijrah
2012 Puaka Bunga Tanjung Mayang Bidari TV9
Friday I'm In Love Nisha
Naziha Vina TV3
Setia Hujung Nyawa Ersalina Imani
2013 Cinta Jannah Jannah
Strawberi & Karipap Aunty Lisa Astro Ceria
Sesuci Cintamu Aishah TV1
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Hannah Mastura Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Darmia TV9
2015 Strawberi & Karipap 2 Aunty Lisa Astro Ceria
2016 Jasmine Jasmine TV3
Tundukkan Playboy Itu Jasmin
Strawberi & Karipap 3 Aunty Lisa Astro Ceria
Pergilah Air Mata Sabrina TV1
Lara Terindah Elena TV3
2017 Pergilah Air Mata: 4 Episod Khas Sabrina TV1
Encik Suami Mat Salih Celup Iman Amani TV3
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Aqilah Astro Ria
Cinta Tiada Ganti Arabella/Ara Astro Prima
2019 Encik Iman Ekspres Diyana Aqilah Astro Ria
Lelakimu Yang Dulu Daliya TV3
2020 Cinta Sekali Lagi Amanda
2021 Kampung Kolestrol Teratai TV9
2022 Khilaf Asmara Irma Sufia Amri TV3
2023 Bunga, Aku Tunggu Bunga

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Anak Aku Artis Astro Ria
2010 Hati Seorang Perempuan Julia TV1
2011 Iqra' TV3
Khalifah Siti Mariam
Si Tudung Tweet Kamariah TV9
2013 Andai Itu Takdirnya TV3
Setia Hujung Nyawa Raya Ersalina Imani
Hi Papa Aleeya Astro Ceria
Cinta Laila Majnun Laila Astro Oasis
2014 Bibik I Artis Bibik Mek TV3
Ada Apa Dengan Raya Astro Ria
Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris Aunty Lisa Astro First Ekslusif
2015 Strawberi & Karipap Hello Gold Coast
Cik Puan Bibik TV1
2016 Crush Next Door Hani Astro Ria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Ketuk Ketuk Ramadhan Artis Jemputan TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Astro On the Go Fans Choice Favourite Fuyoo Actress Menang
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Sharnaaz Ahmad) Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Bintang Filem MeleTOP Menang
Pelakon TV MeleTOP Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Wanita Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad)[52] Menang
Anugerah Lawak Warna 2015 Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2016 Anugerah Melodi 2016 Personaliti Media Sosial Tercalon
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Artis Online MeleTOP Tercalon
Fesyen MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Telenovela 2019 Pelakon Telenovela Prolifik Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (Lelakimu Yang Dulu; bersama Sharnaaz Ahmad) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Dan Profile Nelydia Senrose Dicapai 24 Januari 2013.
  2. ^ Syahrul (14 Jun 2020). 10 popular celebrity siblings in Malaysia you need to know Hype.my. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  3. ^ Nelydia Senrose kini Popular Dengan Drama Setia Hujung Nyawa, Dicapai pada 23 Januari 2013.
  4. ^ Siti Athirah Dzulkifli (11 Januari 2015). "Nelydia Senrose: Terpulang pada Qi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-24. Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  5. ^ Biodata Nelydia Senrose Aka El Diarkibkan 2013-12-24 di Wayback Machine. Dicapai pada Januari 2013.
  6. ^ Nelydia Senrose (Ersalina) Sepupu Emma Maembong Erazfadli. Dicapai pada 28 Januari 2013.
  7. ^ # Nelydia Senrose from Kuala Lumpur, Malaysia - Beauteous # 1, Retrieved on 22 January 2013.
  8. ^ Budiey (19 April 2012). "Drama Bersiri Friday I'm In Love". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  9. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (20 April 2012). "Friday I'm In Love naskhah istimewa-Faizul". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  10. ^ "'Cinta Jannah' Temukan Aeril Zafrel & Nelydia Senrose". Malaysian Digest. 13 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  11. ^ Budiey (16 Ogos 2013). "Drama Cinta Jannah Lakonan Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  12. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (9 Februari 2013). "Setia Hujung Nyawa... Satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  13. ^ "3.5 juta tonton drama Setia Hujung Nyawa". Utusan Malaysia. 16 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-09. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  14. ^ "Amar Asyraf, Nelydia Senrose Dalam Setia Hujung Nyawa Raya". Perak Today. 4 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  15. ^ "Bukan Kerana Aku Tak Cinta Gandingkan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose". Sinar FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-24. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  16. ^ Zaidi Mohamad (16 Mei 2015). "Angan-angan Nelydia Senrose". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  17. ^ Nurfarhana Mohamed (15 Julai 2014). "Mat Tudung, buat pecah perut". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  18. ^ Zaidi Mohamad (13 Mei 2015). "Strawberi & Karipap kembali di Astro Ceria". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2018.
  19. ^ Loong Wai Ting (19 September 2016). "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. Dicapai pada 29 November 2016.
  20. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  21. ^ Najiy Jefri (27 Januari 2018). "Berlakon sepenuh hati". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  22. ^ Zaidi Mohamad (6 Mei 2018). "Nelydia serius ceburi dunia fesyen". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  23. ^ Zaidi Mohamad (9 Januari 2017). "Nelydia Senrose bakal muncul koleksi pakaian tidur". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  24. ^ Amri Hassan (10 Ogos 2018). Bergandingan dengan Aedy Ashraf? Seronok! - Nelydia Senrose Astro Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
  25. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  26. ^ Drama Cinta Tiada Ganti lakonan Nelydia Senrose dan Addy Ashtaf Diarkibkan 2018-08-02 di Wayback Machine Kepalabergetar (10 Julai 2018). Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  27. ^ Actor Sharnaaz Ahmad and Nelydia Senrose back together fpr film Jebat The Star Online. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  28. ^ Nelydia jaga hubungan bersama Qi Razali Sinar Harian (22 November 2015). Dicapai pada 1 Disember 2015.
  29. ^ Zaidi Mohamed. Hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose retak? Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2015.
  30. ^ Noor Ainulyakin Mohamad Ishak dan Marina Sahabudin (6 September 2015). Nelydia - Qi Razali nafi hubungan berakhir Sinar Harian. Dicapai pada 8 September 2015.
  31. ^ Qi Razali, Nelydia Senrose Tidak Sehaluan? Malaysian Access (29 Ogos 2015). Dicapai pada 31 Ogos 2015.
  32. ^ Qi Razali, Nelydia Senrose Bahagia diulit Cinta Malaysian Access (4 September 2015). Dicapai pada 5 September 2015.
  33. ^ Jangan Kaitkan Saya Dengan Qi Razali Lagi – Nelydia Senrose Diarkibkan 2017-06-22 di Wayback Machine Penmerah.com (29 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  34. ^ Spotlight: Nelydia Senrose MStar Online (13 Januari 2019). Dicapai pada 13 Januari 2019.
  35. ^ Nelydia beri bayangan kahwin tahun ini Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  36. ^ Zaidi Mohamad (6 April 2019). "Nelydia selamat bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 6 April 2019.
  37. ^ "Nelydia Senrose kini bergelar isteri ahli perniagaan". Astro Awani. 6 April 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  38. ^ "Nelydia Senrose kini isteri Hafez Halimi". Utusan Malaysia. 6 April 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  39. ^ a b c Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap Rotikaya (21 April 2017). Diperoleh pada 30 April 2017.
  40. ^ IRB withdraws case against actress Nelydia Senrose New Straits Times (24 Mei 2017). Dicapai pada 4 Ogos 2017.
  41. ^ "LHDN tarik balik kes terhadap Nelydia Senrose". Astro Awani. 24 Mei 2017. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  42. ^ "IRB withdrews case against actress Nelydia Senrose". New Straits Times. 24 Mei 2017. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  43. ^ Khairul Azran Hussin (24 Mei 2017). "Waran tangkap Nelydia Senrose dibatalkan". Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  44. ^ Norhayati Nordin (7 Julai 2020). Nelydia Senrose berdepan saman Harian Metro. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  45. ^ Tan Mei Zi (8 Julai 2020). Actress Nelydia Senrose slapped with RM160,000 lawsuit for allegedly breaching contract with cosmetics brand Chriszen The Malay Mail. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  46. ^ Kemalia Othman (25 Julai 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 25 Julai 2013.
  47. ^ Marina Sahabudin (August 4, 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada August 5, 2013.
  48. ^ "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. August 15, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada August 15, 2013.
  49. ^ Najiy Jefri (23 Januari 2020). "Impian Nelydia buka kedai emas tercapai". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  50. ^ Tahir Alhamzah (24 Januari 2020). "#Showbiz: Nelydia's glittering business brings her closer to fans". New Straits Times. Dicapai pada 1 Mac 2020.
  51. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2020). Tempoh PKP erat hubungan suami isteri Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
  52. ^ Zaidi Mohamad (22 Mac 2015). Bukan rezeki saya di DFKL 2015 Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2015.

Pautan luar sunting