Encik Suami Mat Salih Celup

Encik Suami Mat Salih celup ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Hashim Rejab, di bintangi oleh Nelydia Senrose, dan Daler Yusuf. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 25 Jun 2017 mengantikan Menantu Bilal [1]

Encik Suami Mat Salih Celup
Genre
Berdasarkan daripada
Encik Suami Mat Salih Celup
oleh Yumi Ryra
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Adam Ariez
  • Wan Zarra Rania
  • Wan Larra Armani
PenerbitWan Zamri Wan Ab Kadir
Penyunting
  • Dollah Seksi
  • Hakimi Salleh
  • Syafiq Rosman
  • Salwaluddin
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal25 Jun 2017 – 11 Ogos 2017
Kronologi
MengikutiMenantu Bilal
Diikuti olehJojie Gigil

Sinopsis

sunting

Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim , Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora. Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus.

Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya. Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua Iman meminta Iman 'memelayukan' Ian yang selama ini membesar di luar negara.

Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.

Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali. Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama.

Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman . Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana untuk membuat persediaan perkahwinan mereka.

Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang menggunung telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Encik Suami Mat Salih Celup. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021
: Dahlia, Jumaat - Ahad, 6:58 petang
Sebelumnya Encik Suami Mat Salih Celup Berikutnya
Menantu Bilal Jojie Gigil