Nadiyah Shahab

Pelakon wanita Singapura

Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab (lahir 29 Mei 1991) ialah seorang pelakon, model dan pengacara televisyen wanita Singapura.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018) lakonan bersama Farid Kamil dan Nelydia Senrose.[2] Meskipun tinggal di Malaysia bersama keluarganya, Nadiyah tetap berpendirian untuk mengekalkan taraf kerakyatan Singapura beliau.

Nadiyah Shahab
Kelahiran
Sharifah Nadiyah binti Syed Fuad Al Shahab

(1991-05-29) 29 Mei 1991 (umur 32)
PendidikanUndang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti London, Singapura
PekerjaanPelakon, model, pengacara, ahli perniagaan
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
PasanganBen Ali (k. 2018)

Kerjaya sunting

Sebelum menjadi pelakon, Nadiyah terlebih dahulu menjadi pengacara rancangan travelog Lost At Sea yang bersiaran di Go Asean yang mana beliau menjelajah bandar-bandar di rantau ASEAN setiap minggu dengan beberapa petunjuk tanpa menggunakan buku panduan.[3][4]

Beliau juga pernah muncul dalam rencana bertajuk "The Women We Love Of Instagram" yang disiarkan di majalah Esquire pada April 2016.[5]

Mengikut jejak langkah ramai artis senegaranya, Nadiyah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonan.[6] Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya dalam drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup lakonan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Nadiyah mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Tengku Natasha lakonannya dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah Semail, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia.[7]

Nadiyah muncul bersama Zizan Razak dalam telefilem bertajuk Misteri Maria arahan Rusdi Ramli yang disiarkan di ntv7 pada 25 Mac 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini ialah Mas Khan dan Zila Bakarin.[8] Beliau kembali digandingkan bersama Zizan dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose.[9]

Pada tahun 2019 juga, beliau berlakon bersama Ayda Jebat dan Shukri Yahaya dalam Asalkan Dia Bahagia, memegang watak sebagai Afida. Nadiyah kemudiannya berehat seketika daripada bidang lakonan bagi menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Kehidupan peribadi sunting

Nadiyah merupakan anak sulung daripada dua beradik, adiknya ialah Syed Adni. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti London, Singapura.[10]

Pada 1 April 2018, Nadiyah dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja,[11] beliau ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, selepas tiba dari Singapura.[11]

Pada 13 Januari 2018, beliau dan bekas pelakon yang kini Exco Armada BERSATU, Ben Ali melangsungkan pertunangan di sebuah majlis di negara kelahirannya. Ia turut dihadiri oleh rakan artis, Uqasha Senrose dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose.[7][12] Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2018,[13] namun belum dikurniakan cahaya mata.

Filemografi sunting

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lost At Sea Dirinya sendiri Go Asean Travelog
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Keisha Adriana TV3
Mr. Hijab Saleha
Hikayat Cinta Si Pematah Hati Tengku Zarynn Astro Ria
Kelip-Kelip Di Kota London Jasmine TV3
2018 Shah & Zam Amyra
Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Natasha Astro Ria Slot MegaDrama
Misteri Maria Maria ntv7
Doa Ku Mohon TV3
Kek Untuk Kapten Mia Sofia MediaCorp Suria
Mama Tak Akan Sama Nasha/Aleeya ntv7
2019 Asalkan Dia Bahagia Afida TV3 Slot Akasia
Saya Jual Ye Bang Astro First Eksklusif
2020 Korban Kasih Fika TV1 Slot Widuri
Isa dan Bella Bella Awesome TV
2020–2021 Tercipta Satu Ikatan Anita Astro Ria
2021 Hujung Ke Hujung Pengacara TV Okey
2022 Roxy Roxy TV3

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Nadiyah Shahab Azhan.co (31 Oktober 2017). Diperoleh pada 19 April 2018.
  2. ^ Martin Carvalho, Allison Lai and R. Aravinthan (29 Januari 2018). "Barbie: I'm all original, not plastic". The Star (Malaysia). Dicapai pada 5 Mei 2018.
  3. ^ Mumtaj Begum (8 Disember 2015). "Model-turned-TV host Nadiyah Shahab likes to get lost". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 20 Julai 2016.
  4. ^ "Akal budi Nadiyah Shahab". Utusan Malaysia. 1 Mei 2016. Dicapai pada 20 Julai 2016.
  5. ^ "The Women We Love Of Instagram: Nadiyah Shahab". Esquire Malaysia. 16 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-08. Dicapai pada 27 April 2018.
  6. ^ Zulhilmi Jalil (25 Februari 2018). "Nadiyah takut penonton agresif". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  7. ^ a b Amirah Amaly Syafaat (28 Januari 2018). Dilema seorang wanita berwajah cantik Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 April 2018.
  8. ^ "Sinopsis Misteri Maria NTV7". Nota Info. 24 Mac 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  9. ^ Syanty Octavia Amry (14 Mac 2019). "Tak guna 'kabel' pun- Nadiyah". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (11 Januari 2020). Nadiyah Shahab bangga tamatkan pengajian selepas tujuh tahun berdepan cabaran mStar Online. Dicapai pada 11 Januari 2020.
  11. ^ a b Najiy Jefri (2 April 2018). "Nadiyah tak lepas tiada permit". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  12. ^ "Beruntung jatuh cinta dengan rakan baik sendiri - Nadiyah. Shahab". Astro Awani. 22 Januari 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  13. ^ "Pelakon Nadiyah Shahab, Ben Ali selamat disatukan". Sinar Harian. 11 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.

Pautan luar sunting