Mas Khan

Pelakon lelaki Malaysia

Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan (lahir 10 April 1994)[1] ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Beliau terkenal menerusi watak Inspektor Kamal dalam drama kepolisan Gerak Khas (2014–18).[3][4]

Mas Khan
KelahiranMas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan
(1994-04-10) 10 April 1994 (umur 26)
Melaka, Malaysia
KediamanTaman Melawati, Shah Alam, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian6 ft 0.5 in (1.84 m)

Kerjaya lakonanSunting

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mas Khan mengeluarkan modal untuk menghantar profil beliau di 20 syarikat penerbitan. Bakatnya telah dikesan oleh Skop Productions milik Yusof Haslam, lalu menawarkan beliau peluang untuk mencipta nama sebagai pelakon.

Selepas menjadi pelakon undangan Roda-Roda Kuala Lumpur musim terakhir pada 2013, beliau menjadi salah seorang pelakon utama siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Kamal. Beliau meninggalkan siri itu pada 2018 selepas empat tahun.

Kerjaya filem beliau hadir pada 2015 menerusi filem Biasan arahan Sandosh Kesavan. Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Mas Khan memegang watak Rudy dalam filem Abang Long Fadil 2 (2017) lakonan Zizan Razak, Wak Doyok, Syamsul Yusof, Achey Bocey dan Tania Hudson.

Beliau seterusnya muncul dalam filem muzikal arahan Syed Khairul Fariz, Busker (2018), lakonan bersama Hafeez Mikail dan Daiyan Trisha, di mana beliau memegang watak sebagai Daniel. Mas Khan kembali meneruskan kerjasamanya dengan Syafiq menerusi filem seram psikologi Misteri Dilaila di mana dalam filem itu, beliau memegang watak sebagai Farid, adik kepada Dilaila lakonan Elizabeth Tan.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Biasan Harris Filem pertama
2017 Abang Long Fadil 2 Rudy
2018 Busker Daniel
2019 Misteri Dilaila Farid
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Awang

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Roda-Roda Kuala Lumpur (Musim 6) TV2 Pelakon undangan
2014–2018 Gerak Khas Detektif Kamal
2016 Menongkah Kasih Ismail TV3
Suri Hati Mr. Pilot Daniel Sein Astro Ria
2018 Andainya Takdir 2 Nizam TV3
Dia Anak Jeneral Nukman TV2
Oh My Prince Daniel Hypp Sensasi
2019 Cindai Farouk TV3 Pelakon undangan
2020 Bukan Gadis Biasa Amirul

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Misteri Maria Adam ntv7

RujukanSunting

  1. ^ Biodata Mas Khan, Artis Handsome Kacukan Melayu, Pakistan Dan Cina Azhan.co. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  2. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (21 Ogos 2016). "Pengorbanan Mas Khan berbaloi". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (27 April 2018). Anak ikan, merepeklah - Mas Khan Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Ogos 2016) Mas Khan lebih yakin Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2016.

Pautan luarSunting