Drama ini sebuah adaptasi novel Eksperimen Cinta Karya Anjell

Eksperimen Cinta
GenreDrama
Cinta
Komedi
Romantik
PengarahEmi Suffian Sabhe
Dibintangi oleh
Fahrin Ahmad
Izreen Azminda
Mira Filzah
Lagu pembukaanMungkin Kamu - Sissy Iman
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 episod
Syarikat penerbitan
(Zeel Production Sdn. Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3, (Slot Dahlia)
Siaran asal13 Jun 201523 Ogos 2015
13 Januari 201725 Februari 2017 (ulangan)

SinopsisSunting

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yang cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia,selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

Barisan PelakonSunting

Lagu TemaSunting

  • Mungkin Kamu - Sissy Iman