Mimi Lana

Pelakon dan model Malaysia

Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin (lahir 21 November 1995)[a] atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana (Jawi: ميمي لان) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama televisyen termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa (2015), Sein dan Luna (2016), dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).[2][3][4]

Mimi Lana
Mimi Lana.jpg
Mimi Lana pada Ogos 2012.
Kelahiran
Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin

(1995-11-21) 21 November 1995 (umur 25)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)

KerjayaSunting

Mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era P. Ramlee,[5] Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid, Fify Azmi dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.[6] Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna[7] sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.[8]

Mimi membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Pusaka (2019).[9]

Kehidupan peribadiSunting

Mimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.[10][11]

Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya." Menurut laporan Star2, Mimi kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.[5]

Pada Jun 2020, Mimi mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle telah berakhir selepas lima tahun menjalin hubungan.[12]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Pusaka Nur Razaisyam Rashid Filem pertama

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Kisah Cinta Kawan Huzir TV3
Cinta Jannah Wanda
AKU Yana
2015 Papa Chef TV1
Eksperimen Cinta Setiausaha TV3
Mencari Mubarak TV1
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Riana Astro Mustika HD
2016 Sekali Aku Jatuh Cinta Izzati TV3
Sein Dan Luna Luna
2017 Cinta Samar TV1
2018 Suamiku Mat Piun Atikah TV3
Halalkan Hati Yang Ku Curi Salima
Cinta Koko Coklat Darwina ntv7
Mawar Murni Mawar TV3
Dian Syafiqa ntv7
2019 Cari Aku Di Syurga Mira TV3
Bukan Cinta Aku Qisha
2020 Chandelier Keisha Edlina Astro Ria
Hati Yang Tersakiti Farah Azira TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Aidil Click TVi
2015 Kek Batik Cheese Leleh Atira TV9
2016 Air Mata Xinjiang TV2
Cinta Viral TV1
2017 Hanya NamaMu Ayu TV3
Fatihah Untuk Mama Fatihah
Dodol Untuk Menantu Noni TV9
Menantu Second Class Fatin
Opah Dot Com Lydia
Gadis Kosmos Lily Astro Citra
2018 The Hantus Cinta Astro First Eksklusif
Maya Mila Maya/Mila ntv7
Wish List Raya Alia TV9
Selirat Huda TV3
Terlakur Cinta Suci Aleyna
Neraka Kasih Maisarah Maisarah
Kau, Aku, Hantu Raya Fifie TV2
2019 Viral Alam Maya Intan TV3
Dulang Boy Rosyatimah
Sahur Terakhir TV Okey
7 Netizen Nadia Astro Citra
2020 Mufariq TV3
Racun Suami Jahanam Astro Citra

Web dramaSunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2015 Dan Calonnya Adalah (Musim 2) Yasmin Tonton
2016 Cinta Tangkap Muat Emilia HyppTV
2017 Ana Kleopatrena Ana

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014–2015 Dewi Remaja Peserta Astro Ria
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019
Anugerah Skrin ke-23
Pelakon Wanita Terbaik Drama Neraka Kasih Maisarah Tercalon

CatatanSunting

  1. ^ Beberapa sumber memberikan tahun kelahiran beliau sebagai 1996, namun bertentangan dengan keseimbangan bukti.

RujukanSunting

  1. ^ Biodata Mimi Lana, Peserta Dewi Remaja Kini Bergelar Pelakon encikshino.com
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (12 Februari 2017). "Mimi Lana bangkit mendepani hari". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 29 Mei 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  3. ^ Ahmad Isyafiq Md Desa (19 April 2019). "Falsafah seni Mimi Lana". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 18 Julai 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ No shortcut to success, says Mimi Lana The Star Online (2 Oktober 2019). Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  5. ^ a b Mumtaj Begum (8 Mei 2019). Mimi Lana wants to be challenged and won’t settle for anything less Star2. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  6. ^ 20 Finalis Pencarian Dewi Remaja Selongkar10 (20 Disember 2014). Dicapai pada 20 Februari 2017.
  7. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (4 Januari 2017). New acts on the block: Syazuwan Hassan and Mimi Lana, join a growing number of Malaysian talents New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2017.
  8. ^ Nur Asikin Hassan (19 Mei 2017). "Lambat pun tak apa - Mimi Lana". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 20 September 2018. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  9. ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  10. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (11 Oktober 2015). Saya bukan penagih dadah - Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  11. ^ Pelakon Mimi Lana Ditahan Polis Kerana Miliki Ganja? My News Hub (19 September 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  12. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Jun 2020). Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.

Pautan luarSunting