The Hantus ialah telefilem komedi seram Malaysia 2018 yang ditayangkan menerusi saluran Astro melalui slot Astro First Ekslusif pada 15 Jun 2018,[1] diarahkan bersama oleh Helmi Yusof dan Nabil Ahmad terbitan Kuman Production, dibintangi oleh Alif Satar, Hannah Delisha, Faizal Hussein dan Khatijah Tan. Ia merupakan sebuah antologi yang mengandungi lima cerita pendek yang berdasarkan dari lagenda urban.[2][3]

The Hantus
Genre
  • Seram
  • Komedi
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitKhairil Muzamil Abdul Rahman
Lokasi
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Kuman Production
Penyiaran
Saluran asalAstro First Ekslusif
Siaran asal15 Jun 2018

Sinopsis sunting

The Hantus dihasilkan dalam lima bab yang berhubung kait di antara satu sama lain.[4]

Bab 1 sunting

Menceritakan kisah seorang individu yang dilahirkan pekak dan bisu, Din Pekak. Beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas ekspres telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands, melalui lebuh raya Karak. Kemalangan tersebut telah menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (Alif Satar). Fami, ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah dan mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan.

Bab 2 sunting

Menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’, yang diinspirasikan dari sebuah kisah misteri yang dikatakan sering menganggu pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya Karak. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi telah melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuh raya tersebut, namun tiada satu pun berhenti untuk membantu. Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (Faizal Hussein) merupakan jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti beliau tidak menyedari yang beliau kini berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia dan alam barzakh.

Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan beliau dengan ‘rakan-rakannya’, yang mana salah seorang darinya adalah ‘Kak Pon’ atau Pontianak (Khatijah Tan), yang diinspirasikan dari cerita Hantu Kak Limah.

Bab 3 sunting

Menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan barunya’ ini di sebuah taman yang digambarkan seakan-akan taman tema pertama di Malaysia, Taman Mimaland yang dikatakan berhantu kerana pelbagai perkara misteri berlaku di situ sejak ianya ditutup pada tahun 1994. Di situ, Fami berkenalan dengan Dhiya (Hannah Delisha).

Bab 4 sunting

Dhiya merupakan seorang gadis cantik yang terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta. Secara kebetulan, Fami dan Dhiya kini perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab. Setelah mengenali Dhiya dengan lebih rapat lagi, Fami kini mendapat tahu bahawa Dhiya merupakan penyumbang organ hati untuk beliau. Hati Fami telah mengalami kerosakan sepenuhnya oleh kerana kemalangan nahas yang dialaminya.

Bab 5 sunting

Menyorot kembali kisah Fami sendiri dan bagaimana beliau berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan jatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ beliau ke alam ghaib.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon undangan sunting

Penerbitan sunting

The Hantus ialah telefilem pertama arahan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad dan diarahkan bersama oleh Helmi Yusof di bawah KUMAN Productions.[8] Penggambaran dijalankan sebahagiannya di Kuala Lumpur, Gombak dan Genting Highlands.[9][10]

Rujukan sunting

  1. ^ The Hantus (Astro) MyInfoTaip (10 Jun 2018). Dicapai pada 24 November 2018.
  2. ^ Zaidi Che (20 Jun 2018). The Hantus - filem komedi seram pertama arahan Nabil Ahmad Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  3. ^ Michelle Gun (12 Jun 2018). Sisi berbeza makhluk halus Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  4. ^ The Hantus: Koleksi kisah hantu seram viral dan popular dizahirkan dalam satu naskhah hebat Backstage (11 Jun 2018). Dicapai pada 24 November 2018.
  5. ^ Syahirah Mokhtazar (10 Jun 2018). #Showbiz: “I was scared of my life!” - Alif Satar on spine-chilling experience on set of The Hantus New Straits Times. Dicapai pada 24 November 2018.
  6. ^ Michelle Gun (10 Jun 2018). Kritikan jadi pedoman Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2018.
  7. ^ Nadia Azam (14 Jun 2018). Rindu Faizal terubat dengan The Hantus Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2018.
  8. ^ Syahirah Mokhtazar (29 Jun 2018). #Showbiz: Nabil's challenges in producing his first telemovie New Straits Times. Dicapai pada 24 November 2018.
  9. ^ Angelin Yeoh (26 Jun 2018). In Nabil Ahmad’s The Hantus, the ghosts just have fun The Star Online. Dicapai pada 24 November 2018.
  10. ^ Budiey (9 Jun 2018). Nabil Ahmad jadi pengarah filem komedi seram The Hantus Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 November 2018.