Buka menu utama

Hannah Delisha

Pelakon wanita Singapura
Nama ini merupakan gabungan nama Melayu dan Inggeris. Nama diberikan ialah Hannah Adlina dan nama keluarganya ialah Blackburne Birch.

Hannah Delisha (lahir Hannah Adlina Blackburne Birch; 27 Oktober 1996)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Singapura.[2][3]

Hannah Delisha
KelahiranHannah Adlina Blackburne Birch
(1996-10-27) 27 Oktober 1996 (umur 22)
Singapura
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif2013–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music (2017–kini)

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 27 Oktober 1996 sebagai Hannah Adlina Blackburne Birch.[4] Anak kepada pasangan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England dan Noor Ashikin Ahmad. Ibunya ialah seorang penyanyi era 1980-an.[5][6]

KerjayaSunting

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha.[7] Mereka menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah". "Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.[8] Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Pada tahun 2017, beliau mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.[9][10]

DiskografiSunting

Tahun Tajuk Catatan
2015 "Anugerah" Single
2017 "Esok Masih Ada"
"Baby Bro" OST Baby Bro
"Nova Superstar" Single promosi Huawei Nova 2i CF
2018 "Tak Perlu Kata Apa-Apa"
"Hana" (ft. Aziz Harun)

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Langsuir Suri Filem pertama

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2016 Farhana Aaliyah Suria
Kemelut Nadia
Kathy Gerenti Farah
Bingit Musim ke-4: Kurnia Ateeyah
2017 Faculty Zarina Saluran 5
7 Hari Faeqah Suria
Mencintaimu Mr. Photographer Aira Qaisara Astro Ria
2018 Kisah Paling Sulung Shafiqah Astro Go
3 Gadis Manis: Musim 2 Jo Astro Gempak
Alamatnya Cinta Ellie Farhana Astro Ria
Aku Cinta Dia Laila TV3
2019 30 Pesanan Suara Syafira

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2017 Spaghetti Kuah Kacang Ashley Astro Ria
2018 The Hantus Dhia Astro First Eksklusif
Cruise Cinta Lebaran Maria ntv7
2019 Aku Cinta Dia Raya Laila TV3
Infomasi Terkorban Syafra Astro Ria
Suria

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Siaran TV
2016 Ciptarasa Rempah Ratus Pengacara TVi

TeaterSunting

Tahun Tajuk Catatan
2017 Titaditu Watak Utama

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Pesta Perdana Singapura ke-14 Personaliti Wanita Paling Popular N/A Menang
Anugerah Planet Muzik ke-16 Artis Paling Popular – Singapura Menang
Anugerah Instafamous HurrTV Anugerah Instafamous Pujaan Hati Menang
2018
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Artis Baharu MeleTOP Mencintaimu Mr. Photographer Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik ke-17
Kolaborasi Terbaik (Lagu) "Tak Perlu Kata Apa-Apa" Dicalonkan
Ikon Media Sosial N/A Dicalonkan
Anugerah Telenovela ke-3
Pelakon Wanita Telenovela Popular Mencintaimu Mr. Photographer Dicalonkan
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs
Arts & Culture – Special Commendation N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Artis Wanita Baru Popular Mencintaimu Mr. Photographer Dicalonkan
Pasangan Serasi Drama (bersama Syafiq Kyle) Dicalonkan
2019 Pesta Perdana Singapura ke-16 Personaliti Wanita Paling Popular N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon Filem Popular Langsuir Menunggu
Artis Pasangan Popular Hisyam Hamid Menunggu

RujukanSunting

  1. ^ Amirah Amaly Syafaat (8 November 2015). Tamak itu bagus Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 November 2015.
  2. ^ Norhadiani Baharom (13 September 2017). Si cantik jadi langsuir Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  3. ^ Michelle Gun (10 Jun 2018). Kritikan jadi pedoman Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Julai 2018). Fokus satu saja Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (12 Oktober 2017). Hannah Delisha warisi bakat seni ibu Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  6. ^ Norhayati Nordin (16 Julai 2019). Belum rancang soal jodoh - Hannah Delisha Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2019.
  7. ^ Dennis Chua (28 November 2017). New song from Hannah Delisha New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  8. ^ Nur Dhuha Esoof (8 Ogos 2016). 'Kemelut' jadikan nama Hannah buah mulut Berita Harian Singapura. Dicapai pada 10 Ogos 2016.
  9. ^ Zaidi Mohamad (4 September 2017). Hannah Delisha ke KL untuk kerja Berita Harian. Dicapai pada 4 September 2017.
  10. ^ Siti Athirah Dzulkifly (3 September 2017). Hannah Delisha & Syafiq Kyle ada petanda baik Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2017.

Pautan luarSunting