Lelaki Itu ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Along Kamaludin dan Nur Ain Sharif terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Dato' Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda dan Nur Fazura. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 dari 19 Mac hingga 29 April 2024, menggantikan Rindu Kasih 2.[1]

Lelaki Itu
GenreKeluarga
Melodrama
Konflik
Ditulis olehEirma Fatima
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dulu, Kini & Akhirnya" - Marsha Milan
Lagu penutup"Cinta Makrifat" - Roni ft. Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Samarinda)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Mac 2024 – 29 April 2024
Kronologi
MengikutiRindu Kasih 2
Diikuti olehRacun Rihanna

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Sinopsis

sunting

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.

Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.

Syed Mirza meninggal dunia dan pada hari pengebumian , Imani , CFO syarikat Syed Mirza muncul bersama bayi lelaki , anaknya bersama Syed Mirza. Sharifah Qaidah menolak untuk pembahagian harta melalui faraid jadi mereka membuat tuntutan di mahkamah. Perkahwinan Imani di Thailand telah disahkan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, anak Sharifah Qaidah , Sya telah berkahwin di luar negara dengan Khai. Setelah ibu Khai datang ke KL untuk bertemu Sharifah Qaidah, rupanya Khai dan Sya adik beradik sebapa. Khai terpaksa menceraikan Sha tetapi Sha mengandung. Dia terpaksa mengugurkan kandungannya dan mengalami tekanan jiwa. Sharifah Qaidah mengurung Sya di rumah rehatnya, tetapi keadaan Sya semakin teruk sehingga mengancam untuk membunuh diri.

Khai cuba mendapatkan sijil nikah ibunya untuk mendapatkan tuntutan faraid dari bahagiannya dalam harta Syed Mirza.

Sya aka Sharifah Batrisya melarikan diri dan dirogol beramai-ramai sehingga meninggal dunia.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting
 
Dato' Adi Putra memegang watak sebagai Syed Mirza dalam drama ini.
 
Che Puan Sarimah Ibrahim memegang watak sebagai Sharifah Qaidah dalam drama ini.
 
Nur Fazura memegang watak sebagai Irsa Imani dalam drama ini.
 
Aedy Ashraf memegang watak sebagai Khairullah dalam drama ini.
 
Nabila Huda memegang watak sebagai Sarina dalam drama ini.
 
Sophia Albarakbah memegang watak sebagai Sharifah Bahiya dalam drama ini.

Penampilan istimewa

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Nina KSC sebagai Christine
  • Ameerul Ashraf sebagai Imran
  • Mizy Radzuan sebagai Sufian
  • Munir Khairuddin sebagai Adib
  • Taufik Salleh sebagai Pian
  • Zaleha Kadir sebagai Kak Mun
  • Sunny Shahros sebagai Pengawal Peribadi 1
  • Nurul Fakhri Aziz sebagai Pengawal Peribadi 2
  • Khai NS sebagai Kawan Khai
  • Alif Ilman sebagai Kawan Khai
  • Zizi Hazira sebagai Betty
  • CT Seha sebagai Adele
  • Mutalib Mubin sebagai Tunang Bahiya
  • Schawall Tazen sebagai Dato Majid
  • DG. Rozyta Abang sebagai Datin Kamariah
  • Mastura Norohim sebagai Datin Dolly

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Jumaat (Sepanjang Ramadan dan Raya), 10:00 malam
Sebelumnya Lelaki Itu Berikutnya
Rindu Kasih 2 Racun Rihanna

Rujukan

sunting
  1. ^ Rostam, affan (15 April 2024). "Impak drama pelakon gred 'A'". Berita harian. Dicapai pada 18 April 2024.