Nadia Brian

Pelakon dan model wanita Malaysia

Nadia Najwa Mohamed Rashidi (Jawi: ناديا بريان ; lahir 30 Mei 1991)[a] atau lebih dikenali sebagai Nadia Brian merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3.

Nadia Brian
Kelahiran
Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi

(1991-05-30) 30 Mei 1991 (umur 32)
PendidikanDiploma Seni Teater
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini
PasanganMuizz Nasruddin (k. 2019; c. 2020)

Kehidupan awal sunting

Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis, namun dibesarkan di Kelantan. Beliau mempunyai darah campuran Melayu-Australia di sebelah ibunya kerana datuknya merupakan warga Australia bernama Brian Goldring Abdullah.[1] Nadia mempunyai kelulusan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

Kerjaya sunting

Nama Brian yang digunakan oleh Nadia untuk nama komersial beliau telah lama digunakan dalam keluarga dan rakan-rakan beliau sejak kecil lagi. Beliau juga menggunakan nama ini sewaktu Nadia menceburi bidang peragaan dan melangkah masuk ke bidang lakonan. Nama Brian yang digunakan juga diambil daripada nama datuk kepada ibu beliau iaitu Brian Goldring Abdullah sebagai tanda penghargaan Nadia kepada datuk beliau.[2]

Kehadiran Nadia dalam industri lakonan mula dikenali orang ramai selepas membintangi drama Akulah Balqis sebagai peneraju utama dalam drama tersebut bersama Puteri Balqis. Beliau memegang watak sebagai Milda dan digandingkan dengan Nazim Othman, Aeril Zafrel, dan Nabila Huda. Drama ini ditayangkan pada tahun 2015.

Nadia muncul dalam drama Sape Dari Itali arahan Hazali Ramli terbitan Bright Network yang bersiaran pada 23 Mac 2017 di TV2. Drama yang disiarkan dalam slot Selekta Prima ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 9.00 malam. Drama ini juga dibintangi oleh Syafie Naswip, Geoff Andre Feyaerts, Beego dan artis terkenal yang lain.[3]

Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Cik Serba Tahu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd sebagai pelakon pembantu, ditayangkan pada Mac 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD serta dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Kehidupan peribadi sunting

Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, pasangan ini bercerai pada April 2020.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Badang Puteri Bunian Filem pertama
Blok 404 Intan
2019 Bu, Kasih Suci Norimah
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Siti
Syif Malam Raya Halimah
2021 Rumah Madu Ku Berhantu Alia
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Elly

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Akulah Balqis Milda TV3
2016 Rumi & Jawi Maya Astro Prima
Kifarah Mistik Wawa TV3 Episod: "Nifaq"
Sweetie Nanie Nanie Nadira
2017 Sape Dari Itali Lisandra TV2
Cik Serba Tahu Fazlin Astro Ria
Mak Cun (Musim 3) Puteri TV3
My Sweet Lavender Sara TV9
Dendam Aurora Dr. Kamelia Astro Prima
Dia Fatimah (muda) TV3
Dekatkan Jarak Kita Della
2018 Teratai Kemboja Laila TV3
Nafas Alya NTV7
Shah & Zam Mila TV3
Mocha Kau Bahagia 2 Bibah Harun Penampilan khas
Rahasia Kasih Alina NTV7
Aku Cinta Dia Sarina TV3
2019 Cinta Tanpa Henti Zakiah
Lelakimu Yang Dulu Zana
Iktibar Khaisara Episod: "Maafkan Ibu Anakku"
2020 Titian Takdir Latifah
Leon Zalika Dayana TV Okey
2021 Aku Yang Kau Gelar Isteri Raihani TV3
Rudy Vs Jolie Jolie TV Okey
Scammer Tania Astro Ria Penampilan khas
Malaysian Ghost Stories Seroja Episod: “Penunggu Pohon Beringin”
Helena Episod: “Kellie’s Castle”
Kila Episod: “Bidan Nek Nah”
2022 Kuasa Delilah Astro Citra
Suri Hati Laila TV3
Chinta Arjuna Julia Penampilan Khas
2023 B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Agent K Astro Ria
Gamers Mangkuk Aleya Astro Premier Pelakon undangan
2024 Lelaki Itu Sharifah Bayirah TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Lamar Fara TV3
2017 Sayang Achu Ketat-Ketat Auliyah Insyirah Hypp Sensasi
2018 Super Menantu Qeyra Lyana NTV7
Haluan Wati TV2
2019 Cinta Paling Indah Latifah
Benua Sofea
2021 Epilog : Aku Yang Kau Gelar Isteri Raihani TV3
2022 Istikharahku Dya
Dari Hatiku Ke Hatimu
Bini-Bini Lockdown Tini
Air Mata Zulaikha Zubaidah TV9
2023 Hello Suri Tini TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2015 Bawang Putih, Bawang Merah[5] Melur
2016 Bikers Kental Inspektor Nora Zain
Mok Cun Diwalei[6][7] Julie

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Senang Terhibur Artis Jemputan TV3 Episod 13

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018
Anugerah Skrin ke-22
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Blok 404 Tercalon
2021 Anugerah Festival Film Malaysia ( FFM 31) Pelakon Pembantu Wanita Filem Bu, Kasih Suci Top 5

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Scha Al-Yahya yang lapan tahun lebih tua daripadanya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Nadia Brian, Pelakon Cantik Kacukan Melayu-Australia". Azhan.co. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Mac 2017.
  2. ^ Agenda Daily - Kisah di sebalik nama Nadia Brian Diarkibkan 2017-03-12 di Wayback Machine Agenda Daily (6 Januari 2016). Dicapai 10 Mac 2017.
  3. ^ "Gambar mesra dengan Nadia Brian hanya untuk promosi drama - Syafie Naswip". mStar Online. 30 April 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  4. ^ Zaidi Mohamad (9 November 2019). Nadia Brian bergelar isteri Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  5. ^ "Aura Nadia Brian". Sinar Harian. 30 Disember 2015. Dicapai pada 2 Mac 2017.
  6. ^ Teater Mak Cun D'Walei Tampil Pelakon Kacak Pakistan Youth Bernama. Dicapai pada 12 Mac 2017.
  7. ^ "Curi tumpuan". Utusan Online. 27 November 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.

Pautan luar sunting