Akulah Balqis
Akulah Balqis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Fazli "Pali" Yahya yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 dari 18 November 2015 hingga 29 Disember 2015.[1] Dibintangi oleh Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nazim Othman dan Nadia Brian.[2]
Akulah Balqis | |
---|---|
![]() | |
Genre | Drama |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | Puteri Balqis Aeril Zafrel Nabila Huda Nazim Othman Nadia Brian Bella Dally |
Lagu pembukaan | "Semua Tentang Kita" oleh Asfan |
Lagu penutup | "Semua Tentang Kita" oleh Asfan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit | Erma Fatima |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar |
|
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 18 November 2015 – 29 Disember 2015 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
SinopsisSunting
Mengisahkan tentang seorang anak kecil bernama Balqis yang terpaksa menguruskan kehidupannya sendiri dan melupakan zaman persekolahannya setelah ibu dan bapanya ditangkap.
Yamin, yang merupakan ayah kepada Balqis menjadi tertekan setelah kehilangan pekerjaan. Akibat dari itu dia mula terjebak dengan dadah. Balqis tinggal sebatang kara, dan dihantar ke rumah kebajikan. Suatu hari Balqis melarikan diri dan mulai hidup sebagai gelandangan.
Hendak dijadikan cerita, ada seorang model bernama Milda yang kerap kali bermimpi tentang Balqis. Suatu hari, mimpi yang kerap menghantui Milda bertukar menjadi realiti bila dia secara tidak sengaja telah terlanggar Balqis dan membuat keputusan untuk membawa Balqis pulang ke rumahnya. Apa akan terjadi kepada kehidupan Balqis selepas itu? Dapatkah ibu dan ayah Balqis bertemu semula dengannya?
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Puteri Balqis sebagai Balqis/Aqish
- Aeril Zafrel sebagai Yamin, bapa kepada Balqis
- Nabila Huda sebagai Seri, ibu kepada Balqis
- Nazim Othman sebagai Adi, ayah angkat Balqis
- Nadia Brian sebagai Milda, ibu angkat Balqis[3]
Pelakon pembantuSunting
- Bella Dally sebagai Cikgu Nur, guru Balqis
- Puteri Aishah sebagai Jenny
- Amai Kamarudin sebagai Zali
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Jun
Maklumat amSunting
- Puteri Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi slot Akasia
- Gandingan sulung Balqis dan Nabila Huda sebelum digandingkan dalam Makrifat Cinta (2018)
RujukanSunting
- ^ Zaidi Mohamad (17 November 2015). Akulah Balqis di TV3 mulai esok Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2015.
- ^ "Cabaran Drama Akulah Balqis". Malaysian Access. 22 November 2015. Dicapai pada 6 Februari 2016.
- ^ Nadia Brian terima lakonan dalam Akulah Balqis dikritik mStar Online (1 Januari 2016). Dicapai pada 16 Mei 2018.
Pautan luarSunting
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:02 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Akulah Balqis | Berikutnya |
Hello, Mr. Perfect! | Cinta Si Wedding Planner |