Amai Kamarudin

Pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak dan model Malaysia

Muhammad Kamal "Amai" Kamarudin (lahir 4 Julai 1988) ialah seorang pelakon filem, penyanyi, pengacara, pelawak, dan model Malaysia. Beliau banyak bergiat aktif dalam televisyen, filem, telefilem, iklan dan teater.[1][2][3]

Amai Kamarudin
Amai K, Onset Iklan KFC
Kelahiran
Muhammad Kamal bin Kamarudin

(1988-07-04) 4 Julai 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganElanie Aidid (k. 2018)

Kehidupan awal sunting

Beliau dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur dan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Pada 2006, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Dusun Nanding, Amai menyertai Program Latihan Khidmat Negara PLKN selama 3 bulan di Setiu, Terengganu.

Setelah itu beliau bekerja di kilang aksesori kereta di waktu pagi dan mencari duit tambahan dengan bekerja sambilan di Jusco sebagai pemotong ikan di sebelah malam.

Walaupun Amai bercita-cita untuk menjadi artis sejak kecil tetapi peluangnya hanya tiba pada tahun 2008 setelah mengikuti rakannya yang mengajak beliau untuk menemani di set penggambaran.

Kerjaya sunting

Bakat Amai mula menyerlah pada tahun 2008 dalam telefilem bertajuk "Murabi" yang diarahkan oleh Fauziah Ahmad Daud dengan memegang watak sebagai Tajul. Setelah itu beliau memberikan sepenuh perhatian dan berlakon sepenuh masa semenjak tahun 2008 dengan pelbagai filem dan drama seperti "Nenek Kebaya", "Akademi Polis", "Hero Bomba", "Kanang Anak Langkau","Bukan Kerana Aku Tak Cinta", "Suamiku Paling Sweet", "Isteri Untuk Diiktiraf", "Raya Semanis Madu", dan banyak lagi.

Daripada tahun 2008 sehingga kini, Amai Kamarudin mula dikenali atas keberkesanan wataknya sebagai antagonis dalam filem, drama, dan iklan di Malaysia seperti filem "Volkswagen Kuning", dan paling menyerlah dalam filem "Temuan Takdir" sebagai Omar sehingga dicalonkan dalam Top 6 Antagonist, "Los Angeles Film Festival 2016" bertanding dengan pelakon-pelakon Hollywood.

Sehingga tahun 2020 lebih dari 100 iklan komersial telah dilakonkan oleh Amai Kamarudin dan antara yang paling diingati adalah iklan Wonda Coffee, Maggi Letup dan V Asia Collagen. Terbaru di tahun 2019, Amai berlakon dalam iklan Peace Collection, Shieldtox dan Mudah.my.

Pada tahun 2019 sehingga tahun 2021 ada beberapa filem Amai yang sudah dan bakal ditayangkan seperti filem "Polis Evo 2", filem "Tiada Tajuk", filem "Hero", filem "Tantiana", filem "Mawas", filem "Showtime 1958", filem "Sumpahan Syaitan" dan banyak lagi.

 
Amai Kamarudin, sebagai P. Ramlee Jun 2019

Antara watak penting yang Amai Kamarudin pegang pada tahun 2019 adalah dalam filem muzikal "Showtime 1958" sebagai watak Tan Sri P. Ramlee yang menjalani pengambaran pada 18 Jun 2019. Amai mengambil masa selama 1 bulan untuk berlatih dan menghayati watak sebagai P. Ramlee dan menghabiskan masa mengkaji filem-filem Seniman Negara itu.

Mulai Julai 2019, Amai terlibat dalam telefilem komedi "Osman Baku" bersama pelakon Kazar Saisi, Azhan Rani dan ramai lagi. Yang menariknya ini adalah pertama kali Amai memegang watak orang bisu.

Pada 1 Ogos 2019, Amai menjalani pengambaran dalam filem maritim "Coast Guard Malaysia: Ops Helang" terbitan Arie Zahari Production sebagai watak antagonis "Tamas" di Langkawi.

Sepanjang bulan September 2019, Amai Kamarudin memegang watak sebagai Zamarul dalam drama Viu bertajuk "Black".

Pada masa sama, Amai menjalani iklan promosi untuk Anugerah Skrin 2019 (ASK2019).

Pada 3 Oktober 2019, filem "Hero: Jangan Bikin Panas" terbitan NStar Production yang turut melibatkan Amai Kamarudin telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Pada 10 Oktober 2019, Amai memulakan pengambaran sebagai pelakon undangan dalam drama kepolisan Gerak Khas 2019 terbitan Skop Productions dalam episod bertajuk "Sally", memegang watak antagonis Remy dan bergandingan bersama isterinya Elanie Aidid.

Amai juga sibuk mempromosikan Filem "7 Hari" yang dibintangi Amai Kamarudin arahan Dr Anwardi Jamil yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Oktober 2019.

Pada November 2019, Amai terlibat dalam pengambaran telefilem "Gadis Vroom Vroom" terbitan Skop Productions sebagai Nik.

Pada Januari 2020, Amai terlibat dalam drama one off 30 minit RTM, Episod 1 "Oh My Netizen" bersama pelakon Mak Engku.

Selepas PKP tamat dan pengambaran dibenarkan semula mulai 10 Jun 2020, Amai Kamarudin kembali berlakon dalam filem aksi seram "Sumpahan Syaitan" terbitan Redfires sehingga bulan September 2020 di Johor Bahru.

 
Amai Kamarudin menjiwai watak sebagai JM Aziz yang buta

Setelah itu, Amai Kamarudin dan isteri melalui syarikat penerbitan mereka Millionaire Films Production Sdn Bhd (MFP) mula menyiapkan perancangan untuk telefilem kenegaraan Sasterawan Negara "JM Aziz : Penyu Menangis", arahan Anwardi Jamil. Kisah benar tentang JM Aziz, penulis dan penyair yang buta berasal dari Terengganu. Sebuah teaser filem ini sudah disiapkan pada September 2020 dan dirancang dalam penerbitan dalam bentuk telefilem pada masa akan datang.

Lakonan Amai sebagai "Bidin" dalam telefilem Osman Baku juga telah ditayangkan di TV1 RTM pada 3 Oktober 2020.

Iklan "Kopi Malaysia" yang dijayakan Amai Kamarudin bersama Remy Ishak ditayangkan di TV3 mulai 23 Oktober 2020.

Pada 24 - 27 Oktober 2020, filem "Showtime 1958" lakonan Amai Kamarudin sebagai P. Ramlee arahan Anwardi Jamil tercalon dalam kategori Filem Cereka Asing di Cardiff International Film Festival, Wales, United Kingdom.

Pada 29 November 2020, Amai mula menjalani pengambaran sebagai "Fateeh" dalam drama 13 Episod inspirasi kisah hidup penyanyi Siti Nordiana bertajuk "Aku Seorang Perempuan". Drama bersiri ini tamat pengambaran pada 31 Disember 2020.

Mulai Disember 2020 juga, Amai memulakan pengambaran filem "Biko" terbitan produksi Multimedia Entertainment sebagai booker perlawanan "Goji".

Sepanjang 2021 Amai kembali sibuk berlakon dalam pelbagai iklan seperti iklan GoPayz, telefilem "Isyarat Cinta Alya" untuk siaran RTM, filem "5 Saudara vs 6 Jahanam" sebagai Hang Kasturi, drama "Cinta Yang Tertangguh" bersama isteri, Elanie Aidid dan anak Aariz Ebrahim, drama "Misi Cinta Cik Cupid" untuk tayangan IFLIX dan filem "Maharaja Bomoh" di bawah produksi RedFires serta persembahan teater "Perang Musuh Bisik" sambil menguruskan pra produksi projek di bawah syarikatnya sendiri apabila Industri Kreatif terpaksa menghentikan pengambaran selama lima bulan dari April 2021 - September 2021.

Amai memulakan tahun 2022 dengan menjadi bintang undangan dalam drama One Off "Sut Putih" Episod 4 sebagai Zharif, peguam syariah terbitan RD Pictures Sdn Bhd untuk siaran RTM.

 
Amai Kamarudin, Gerak Khas Undercover 23 Januari 2022

Amai menjalani pengambaran selama 8 hari pada 23 Januari 2022 untuk produksi Skop Production iaitu drama kepolisan "Gerak Khas Undercover" Episod : Man Rimau sebanyak 3 bahagian sebagai "Jack" dan akan bersiaran di TV3 tak lama lagi.

Pada 31 Januari sehingga 6 Februari 2022, Amai telah diundang sebagai Artis Jemputan untuk berada di Langkawi selama 7 hari sempena Celebrity Week di Festival Nat @ Telaga Walk, Chenang Langkawi bagi memeriahkan majlis dan mempromosikan jenama baju batik miliknya "Udara Batik".

Sepanjang Februari 2022 sehingga Jun 2022 Amai telah melancarkan dua single bersama duo pasangannya Elanie Aidid yang dinamakan "AmaiEl" dengan lagu "Kuasa Cinta" berentak Rock Thai dan "Raikan Hari Raya". Lagu "Raikan Hari Raya" menembusi sehingga ke negara seberang dan mendapat anugerah "Lagu Pop Duo Terfavourit" di RAKA Music Awards 2022. Duo ini juga bernaung di bawa anak syarikat Astro iaitu Rocketfuel Entertainment di bawah label Indie Space Station mulai April 2022 sehingga 2025. Kini, duo ini sedang dalam perancangan menghasilkan single ketiga yang juga akan dijadikan salah satu OST untuk filem terbitan Amai dan Elanie.

Selepas Duo AmaiEl selesai membuat persembahan di Pesta Thailand di Beletime Mall pada Ogos 2022, Amai ditemubual oleh Mbuzz Tv3 di mana Amai menyatakan hasrat untuk menerbitkan filem sendiri melalui syarikat produksi Amai.

Filem lakonan Amai dalam Coastguard juga telah ditayangkan pada tahun 2023.

Amai kembali berlakon pada tahun 2023 dengan drama "My Lovely Driver' untuk tayangan di Tv3.

Selain dari berlakon Amai aktif bidang usahawan dengan memenuhi undangan menyertai booth selebriti di seluruh Malaysia dan membawakan produknya sendiri iaitu "UDARA Batik".

Salah satu event yang Amai sertai adalah Putra Fest yang dianjurkan di Sg Petani pada 4,5,6 dan 7 Mei 2023. Serta beberapa siri jelajah My Event Karnival Jualan Lelong Utara salah satunya di Bandar Baharu Kedah pada Jun 2023.

Pada Julai 2023, Amai melalui syarikat produksi Millionaire Films Production (MFP) (M) Sdn Bhd yang dimiliki bersama Elanie Aidid menerima Dana Filem Fame dari FINAS untuk terbitan filem sulung syarikat mereka iaitu "Misteri Fraser 1910" yang dijangka menjalani pengambaran pada November - Disember 2023.

Kehidupan peribadi sunting

 
Amai dan Elanie Aidid, 2021

Pada 7 Julai 2018, Amai mendirikan rumahtangga[4] dengan pelakon baru Elanie Aidid . Pasangan ini menyambut kelahiran cahayamata lelaki sulung pada 23 Februari 2021 di Hospital Shah Alam. Pada 30 November 2022, pasangan ini sekali lagi menyambut cahayamata lelaki yang kedua di Hospital Shah Alam.

Selain berlakon, Amai aktif dalam dunia keusahawanan dan mengasaskan beberapa produk jenama sendiri.

Sejak Disember 2018, Amai membuka syarikat "Udara Batik", jenama pakaian berasaskan batik seperti kemeja, dress, baju kebaya yang direka oleh Amai sendiri sebagai penggemar Batik. Amai kerap dijemput untuk menyertai booth-booth usahawan di Malaysia bagi mempromosikan baju batik seperti Jom Heboh TV3 dan Syiok Fest.

Amai juga dikenali atas penglibatannya yang aktif dalam aktiviti kebajikan dan aktiviti permotoran.

Amai dilantik sebagai Kapten Bersekutu (P.A) Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) sejak 2017. Ketika Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Amai telah terlibat bersama dengan APM dalam pengagihan topeng muka dan kawalan di tempat-tempat awam.

Sejak Disember 2018, Amai Kamarudin dilantik menjadi Ikon Spark Malaysian Club, kelab permotoran yang diasaskan oleh pelakon dan pengarah Zulhuzaimy

Amai juga aktif dengan Persatuan Seniman dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan persatuan tersebut seperti aktiviti "Jom Cuci Masjid", "Fun Run With Seniman" dan banyak lagi.

Selain itu Amai Kamarudin menyertai persatuan usahawan untuk selebriti dan artis iaitu GTAS yang diasaskan oleh pelakon Anne Abdullah. Amai aktif menyertai booth-booth jualan yang ditawarkan GTAS untuk artis dan selebriti seperti Karnival Merdeka di Puncak Alam.

Selain itu, Amai juga memiliki dan mengusahakan perniagaan "Cheesekut Cheesebae" (biskut keju) yang dibekalkan di kedai-kedai serbaneka seperti rangkaian Petronas dan menyertai pesta-pesta makanan seluruh Malaysia.

Amai juga memiliki syarikat penerbitan filem yang berdaftar di bawah Finas iaitu Millionaire Films Production M Sdn Bhd bersama isterinya untuk menerbitkan filem cereka, drama, iklan dan sebagainya mulai 2020.[5]

Idola yang diminati dan menjadi inspirasi Amai ialah pelakon P. Ramlee, Salleh Kamil, Mawi, Luke Evans dan Johnny Depp serta berhasrat untuk menembusi pasaran Hollywood pada satu hari nanti. Selain daripada berlakon Amai juga meminati hobi konvoi bermotor, mengumpul koleksi Hot Wheels dan juga aktiviti berbasikal.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Temuan Takdir Omar
Volkswagen Kuning Salleh (muda)
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Renjer Kotap bin Buang
2018 Polis EVO 2 Andre
2019 Hero: Jangan Bikin Panas
Tiada Tajuk
2022 Showtime 1958 P. Ramlee
Biko Booker
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Tamas
Sumpahan Syaitan Bidin
War On Terror: KL Anarki
2024 Tan-Ti-Ana Bobo

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Nenek Kebaya TV3
AkademI Polis TV9
2013 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Astro Mustika HD
2016 Hero Bomba TV2
2017 Suamiku Paling Sweet TV3
2018 Isteri Untuk Diiktiraf TV1
2019 Gerak Khas Remy TV2 Episod: "Sally"
2019–2021 Black Zamarul Viu
2021 Oh My Netizen TV2
2022 Aku Seorang Perempuan Fateh TV9
Gerak Khas Undercover (Musim 2) Jack TV3 Episod: "Man Rimau"
2023 Cinta Yang Tertangguh Arash TV1
2024 My Lovely Driver Chai TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Murabi Telefilem pertama
2012 Taubat Seorang Samseng Astro Oasis
2013 Mulut Murai Tempayan Astro Prima
2018 Raya Semanis Madu Astro Ria
2019 Osman Baku Bidin TV1
2020 Gadis Vroom Vroom Nik TV2

Rujukan sunting

  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 April 2019). "Amai kecewa dibayar rendah". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  2. ^ Zulaikha Yusof (16 Oktober 2019). "Bayaran Hanya Cukup Untuk Isi Minyak Kereta, Amai Kamarudin Lebih Peka Sebelum Terima Tawaran Berlakon". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  3. ^ Ashraf Nasser (1 Ogos 2016). "Amai Kamaruddin harap diberi peluang bawa pelbagai watak". Cinema Online. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  4. ^ "Amai Kamarudin nikah Wan Nur Ilani petang ini". URTV. 7 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-26. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (9 Ogos 2019). "Bukan karya 'syok sendiri'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.

Pautan luar sunting