Elanie Aidid (lahir Wan Nur Ilani Wahed; 21 Jun 1988) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis, penerbit dan pengasas produk di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon filem Malaysia, Amai Kamarudin.[2]

Elanie Aidid
Kelahiran
Wan Nur Ilani binti Wahed

(1988-06-21) 21 Jun 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2017–kini
PasanganAmai Kamarudin (k. 2018)

Kehidupan awal sunting

Elanie Aidid telah dibesarkan di Shah Alam dan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Elanie telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di Shah Alam, Selangor pada tahun 2005, dan menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2007 dan seterusnya Sarjana Undang-Undang pada tahun 2012.[1]

Setelah menamatkan pengajian di UiTM, beliau telah bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama dua tahun iaitu dari tahun 2011 sehingga 2013 sebelum berhenti kerja bagi menumpukan masa dalam bidang perniagaan iaitu percetakan baju t.[1][3][4]

Pada tahun 2003, Elanie telah menyerlahkan bakatnya apabila dia telah terpilih bersama-sama dengan 50 orang penulis yang lain sebagai salah seorang peserta untuk menjalani kursus Minggu Penulis Remaja yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Tanah Tinggi Genting, Pahang.[1]

Kerjaya sunting

Kerjaya lakonan sunting

Elanie mempunyai minat dalam bidang seni sejak kecil lagi. Dalam kerjaya lakonan, dia telah membuat kemunculan pertama dalam drama Taman Diva yang menjalani pengambaran pada April 2017 dan diterbitkan pada tahun 2019 oleh CMA Media Sdn Bhd di TV1. Dalam drama tersebut, Elanie telah memainkan watak Syasya.[1]

Seterusnya Elanie berlakon dalam drama Seramedi "Kisah Yang Hilang" di Tv3 yang menampilkan kisah hantu yang berbeza bagi setiap 40 minit siaran dan memegang watak wanita bunian bernama "Kesuma" di episod 14 yang mula ditayangkan pada Disember 2017.[5]

Pada 13 Februari 2018, drama "Melankolia" lakonan Elanie ditayangkan di slot Samarinda TV3. Elanie memegang watak sebagai "Linda", seorang budak kolej yang nakal.[6]

Pada 24 Mac 2018, lakonan Elanie sebagai kekasih Syafie Naswip dalam telemovie "Tiket Cinta" telah ditayangkan di Tv3 slot Cerekarama.[7]

Pada 26 November 2018, drama "Waliuddin 2 Ringgit" lakonan Elanie sebagai Lina, bini yang boros telah ditayangkan di Tv2.[8]

Elanie juga membuat penampilannya dalam panggung Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ditayangkan pada 31 Disember 2018 di TV1, iaitu Hujan Manik sebagai watak utama. Dalam drama karya Hisyamudin Ahmad itu, Elanie telah memegang watak Balqis iaitu seorang wartawan dan cucu yang telah menemukan kembali kedua-dua neneknya yang terpisah semasa perang komunis berlangsung.[9]

Pada Mac 2019, Elanie menjalani pengambaran sebagai "Helena" dalam drama "Dia Random Guy" bersama Afiq Muiz dan Tania Hudson yang seterusnya ditayangkan di slot Drama Okey.[10]

Pada Jun 2019, Elanie telah berlakon bersama suaminya iaitu Amai Kamarudin bersama-sama dengan Bell Ngasri, Shah Iskandar dan ramai lagi sebagai seniwati Saadiah dalam filem arahan Dr Anwardi Jamil yang bertajuk Showtime 1958.[11]

Pada 22 Ogos 2019, drama lakonan Elanie "Mimpi Yang Sempurna", 26 Episod, ditayangkan di Tv1 Slot Widuri.[12]

Seterusnya pada Oktober 2019, Elanie Aidid dan suami telah menampilkan diri sebagai bintang undangan dalam drama kepolisan iaitu Gerak Khas 2019 terbitan Skop Productions dalam episod bertajuk "Sally"

Malah, Elanie telah tampil sebagai "Mahirah" dalam Episod 13 "Cerita Dalam Kain : Haruan Makan Anak" yang ditayangkan di Astro Prima yang menampilkan kisah hidup yang berbeza bagi setiap episod 40 minit siaran.[13]

Pada 28 Januari 2020, Elanie Aidid telah menampilkan diri dalam drama 30 minit RTM iaitu, Oh My Netizen dalam episod lapan drama tersebut dan memegang watak Felina, seorang wanita yang menyamar sebagai bomoh moden bagi mendapatkan wang.[14]

 
Elanie (kiri) bersama-sama dengan Aariz (tengah) dan Amai (kanan) pada tahun 2022.

Sepanjang Oktober 2020 sehingga Julai 2021 iaitu selama sembilan bulan, Elanie telah berehat dari kerjaya lakonan dan peragaan selama sembilan bulan bagi menumpukan perhatian kepada kandungan dan melahirkan anak sulungnya bersama Amai Kamarudin.

Pada Oktober 2021, Elanie kembali meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di TV1 sebagai Hanani bersama-sama dengan suaminya iaitu Amai yang memegang watak Arash dan anak sulung mereka yang memegang watak Syaqir dalam drama tersebut.

Pada Disember 2021 pula, Elanie telah menjalani pengambaran drama Adakah Engkau Menungguku sebanyak 15 episod terbitan Orangretree Production arahan Azmi Hatta. Drama tersebut ditayangkan di TV3 menerusi Slot Lestary dan Elanie memainkan peranan dalam drama tersebut sebagai Miss Suzy.

Pada awal tahun berikutnya iaitu Januari 2022, Elanie telah membintangi drama 3 Nota Cinta sebanyak 14 episod terbitan Orangetree Production sebagai antagonis Suze, yang disiarkan di TV3 melalui Slot Akasia.

Kerjaya muzik sunting

Pada Februari 2022, Elanie bersama-sama dengan Amai telah melancarkan sebuah single dari lagu yang bertajuk "Palung Ngahn Jon" (Bahasa Thai: พลังงานจน) dari kumpulan Labanoon yang telah dialihbahasa kepada bahasa Melayu Malaysia dan dinamai sebagai "Kuasa Cinta".[15]

Pada 15 Mac 2022, Elanie dan Amai telah merakamkan sebuah lagu dengan tema hari raya bertajuk "Raikan Hari Raya" hasil kerjasama dengan Javs Production. Musik video telah dirakam dan dilancarkan pada 15 April 2022 dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Lagu ini turut menembusi sehingga ke seberang dan dimainkan di stesen Raka Radio Indonesia.[16]

Mulai April 2022, Amai dan Elanie melalui duo AmaiEl telah menandatangani kontrak pengedaran di bawah Rocketfuel Entertainment di bawah label Indie Space Station sehingga 2025.[17]

Pada 25 Disember 2022 melalui media sosial Raka Radio Streaming Indonesia, Amai & Elanie diumumkan sebagai pemenang bagi Acara RAKA Music Awards 2022 bagi kategori "Lagu Pop Duo Terfavourit" untuk lagu Raikan Hari Raya / Rayakan Hari Raya di Indonesia.[18]

Pada 29 April 2023, Amai & Elanie telah mempersembahkan lagu "Raikan Hari Raya" dan temubual di slot Selamat Pagi Malaysia,Tv1 bagi segmen Santai Selebriti Raya.[19]

Kerjaya Penerbitan

Pada 24 Julai 2019 bertempat di RUANG, Elanie dan suaminya Amai Kamarudin memperkenalkan syarikat produksi mereka iaitu Millionaire Films Production dalam satu sidang media bersama wartawan dan menyatakan hasrat untuk menerbitkan sebuah filem bergenre seram.[20] Kini penerbitan filem seram itu disambung semula dengan pembiayaan DKD FAME 2023 dari FINAS[21] dengan tajuk baru iaitu "Misteri Fraser 1910" dan dijangka menjalani pengambaran pada November 2023.[22]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 7 Julai 2018, Elanie Aidid telah berkahwin secara rasmi dengan pelakon Amai Kamarudin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dan mengadakan resepsi pada 5 Ogos 2018 di Dewan Alihall Wangsa Maju.[23][24] Setelah perkahwinan, mereka bersama telah bergiat aktif dalam perniagaan, Elanie bergiat aktif dalam perniagaan baju kemeja-T pasangan,[25] manakala Amai pula bergiat aktif dalam syarikat Udara Batik.

Pasangan ini telah menyambut kelahiran cahaya mata sulung lelaki secara pembedahan pada 23 Februari 2021 di Hospital Shah Alam dan dinamakan Aariz Ebrahim. Pada 30 November 2022, Elanie Aidid dan Amai Kamarudin menimang cahaya mata kedua secara pembedahan di Hospital Shah Alam yang dinamakan Arfan Eshmail.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f KR (2021-08-16). "Dugaan Hamil Di Musim Pandemik Uji Semangat Pengasas, Pelakon & Penerbit Elanie Aidid". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-25.
  2. ^ "URTV Ogos 2018 E-Magazine | PDF". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-25.
  3. ^ @elanie_aidid (27 Disember 2021). "The best decision i ever Made in my life is to quit my permanent job as Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 back in 2013" – melalui Instagram.
  4. ^ Hajahfarhana Tarmudi (9 Mei 2014). "Tinggalkan kerja makan gaji". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 25 Ogos 2023 – melalui KLiK.
  5. ^ Kisah Yang Hilang, 2022-10-31, dicapai pada 2023-08-27
  6. ^ "Wikiwand - Melankolia (drama)". Wikiwand. Dicapai pada 2023-08-27.
  7. ^ "Tiket Cinta (TV3)". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-24. Dicapai pada 2023-08-27.
  8. ^ "Drama Waliuddin 2 Ringgit (TV2)". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-27. Dicapai pada 2023-08-27.
  9. ^ "Kisah adik-beradik yang terpisah lama dalam Panggung RTM 2018 'Hujan Manik'". Utusan Borneo. 31 Disember 2018. Dicapai pada 2023-08-25 – melalui pressreader.com.
  10. ^ Drama Okey, 2023-06-11, dicapai pada 2023-08-27
  11. ^ Labur, Majalah (2022-05-10). "Filem 'SHOWTIME 1958' Karya Anwardi Jamil Rancak Distrim Di Netflix Seluruh Dunia". Majalah Labur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-25.
  12. ^ Team, Discuz! Team and Comsenz UI. "WIDURI TV1: Mimpi Yang Sempurna (Aqasha , Tiz Zaqyah , Farahdiya , Keith Foo , Elish - Drama & Realiti TV - Hiburan - Forum". CARI Infonet. Dicapai pada 2023-08-27.
  13. ^ "Mak Bapak dan Abang bersubahat merogol sehingga mengandung. Bila bersalin baby tu dijual dengan harga tinggi. Tak tau nak panggil apa dekat keluarga ni.... | By Metafora Anafora | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-08-27.
  14. ^ SinarPlus, Wartawan (2021-05-25). "Oh My Netizen kongsi kisah benar laporan polis". Sinar Plus (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-27.
  15. ^ "Amai & El viralkan Lagu Hit Thai Labanoon!" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-27.
  16. ^ "Lirik Raikan Hari Raya - Amai & Elanie - Lirik Lagu Malaysia". www.liriklagumalaysia.com. Dicapai pada 2023-08-27.
  17. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-08-27.
  18. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-08-27.
  19. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-08-27.
  20. ^ "Bukan karya 'syok sendiri' | Harian Metro". www.hmetro.com.my. Dicapai pada 2023-08-27.
  21. ^ Baharu, Media (2023-08-28). "RM18.3 juta untuk Dana Kandungan Digital - Fahmi". Portal Berita RTM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-28.
  22. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-08-28.
  23. ^ "Urtv September 2018 E-Magazine | PDF" (dalam bahasa Inggeris). URTV. Dicapai pada 2023-08-25 – melalui Scribd.
  24. ^ "Amai Kamarudin nikah Wan Nur Ilani petang ini". URTV. 7 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
  25. ^ Ardini Sophia Sina (9 Ogos 2019). "Bukan karya 'syok sendiri'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.

Pautan luar sunting