URTV

majalah di Malaysia

Utusan Radio & Televisyen (atau lebih dikenali sebagai URTV) merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini asalnya diterbitkan secara dwibulanan, namun pada tahun 2015 ia telah diubah konsepnya menjadi majalah bulanan.

Utusan Radio & Televisyen (URTV)
Salah satu kulit majalah URTV
Pengarang Majalah URTVHuzz
KategoriMajalah hiburan
KekerapanBulanan
Penerbit
  • Utusan Binders Sdn Bhd (bermula 2019)
  • Utusan Karya Sdn Bhd (hingga 2018)
Isu pertama15 Januari 1970 (1970-01-15)
SyarikatUtusan Karya Sdn. Bhd.
NegaraMalaysia
Bertapak diBandar Baru Bangi, Selangor
BahasaBahasa Melayu
Laman webutusantv.com/category/urtv/

Majalah ini juga mengkhusus berita dan perkembangan artis dalam industri hiburan. Memaparkan cerita-cerita eksklusif daripada artis-artis popular tanah air dan luar negara.

Sehingga kini URTV tetap bersemangat, berwarna-warni dan menghiburkan sebagaimana ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1970. URTV tidak pernah lapuk ditelan zaman kerana ia mampu bertahan sebagai salah sebuah majalah hiburan yang popular di Malaysia yang mengikuti dengan rapat, kalau pun tidak menerajui, perubahan zaman. 

Menjaminkan kekaguman kepada pembaca, URTV membuat liputan yang tajam dan tegas, serta pantas terhadap berita dan peristiwa terkini sekitar dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Gambar-gambarnya yang menarik mencuit hati pembacanya. Bergaya dan juga menguja.

Syarikat penerbitan bagi majalah ini ialah Utusan Karya Sdn. Bhd.[1]

Sidang Redaksi (Terkini) sunting

Pengarang : HUZAINI A.R. KAMALUDIN (HUZZ)

Wartawan:

  • FADHIL ABDOLLAH (DEEL ANJER)
  • TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN

Pereka Grafik

  • HASWADI ABU HASSAN
  • NOR ASMAH HITAM

Sejarah percetakan sunting

MAJALAH Utusan Radio & TV (URTV) kini sudah berusia 45 tahun. Masih kekal menjadi wadah kepada peminat seni dan hiburan tanah air dengan paparan personaliti serta diari hiburan dari semasa ke semasa.

Ternyata keputusan pihak pengurusan Utusan Melayu (M) Bhd. menerbitkan sebuah majalah hiburan dengan terbitan perdana pada 15 Januari 1970 satu keputusan tepat.

Pihak pengurusan pada masa itu memikirkan perlunya ada sebuah majalah hiburan kerana tidak banyak majalah genre tersebut di pasaran ketika itu.

Sementelah pada masa itu majalah Utusan Film & Sport yang juga terbitan Utusan Melayu sudah diberhentikan penerbitan.

Untuk penerbitan URTV itu sekumpulan wartawan kanan di Utusan Melayu diberi tanggungjawab mengendalikannya dengan AR Kamaludin mengepalainya.

Sarimah Kian Improve. Itulah tajuk utama dengan seniwati Sarimah dipilih sebagai penghias muka hadapan dengan harga pengenalan 30 sen. Pada masa itu Sarimah antara pelakon hebat dunia perfileman Malaysia.

Sesuai dengan namanya, pengisian URTV pada edisi terawal juga mengangkat program televisyen (TV) yang ada pada masa itu. Program Juara Kugiran antara yang mendapat liputan meluas.

Sementelah program itu sendiri diilhamkan apabila melihat semaraknya kugiran yang mahu melangkah ke dunia muzik. URTV antara yang banyak mempromosikan kugiran yang muncul.

Antara kugiran tempatan yang mendapat liputan termasuk Orkes Nirwana, The Zurah, De Fictions dan banyak lagi. Penghibur di kelab turut mendapat tempat dalam URTV.

Pada tahun yang sama URTV juga membuat perubahan untuk memberikan kepuasan kepada pembaca dan harga dinaikkan kepada 40 sen senaskhah.

Dari semasa ke semasa, majalah dwi bulanan itu turut dinaikkan harga dengan harga terkini RM5.00 termasuk GST. Sejak Januari tahun ini URTV kini terbit secara bulanan.

URTV juga mengalami perubahan masthead sesuai dengan perubahan zaman yang dilalui. Daripada Utusan Radio & TV pada era 70-an diberi wajah baharu dengan singkatan URTV sejak era 1980-an hingga sekarang.

Perubahan masthead dianggap perlu untuk menjadikan URTV terus relevan dari zaman ke zaman dan nampak sentiasa segar untuk cita rasa remaja pada zamannya.

Motto URTV juga turut berubah. Kali pertama dengan motto Majalah Hiburan Untuk Semua dan pada era 1980-an hingga sekarang ditukar kepada Majalah Hiburan Paling Popular.

Tahun 1980-an boleh dianggap zaman kemuncak URTV. Pada masa itu golongan selebriti juga semakin bercambah dengan adanya stesen televisyen swasta dan pertambahan bahan tempatan di kaca TV.

URTV menjadi lebih selektif dengan hanya memilih nama-nama popular sebagai penghias muka depan dan pengisian dalaman. Sebab itu artis turut berasa tempias populariti apabila menghiasi dada majalah URTV.

Sepanjang 45 tahun ini banyak nama besar dalam bidang kewartawanan hiburan memberi sentuhan mereka kepada URTV. Antaranya Bahyah Mahmood (BAM), Juwie, Rosie Hashim, Norshah Tamby, Mustafa AR, Norbaya Musa, Muzlina Abu Bakar, Huzz, Fatimah Hassan dan ramai lagi.

Bahyah atau BAM menjadi nama yang sangat sinonim dengan URTV. Dia antara yang menjadi wartawan sejak awal dan menjadi peneraju URTV daripada pertengahan era 1970-an hingga 1990-an.

URTV Edisi Khas Aidilfitri sunting

Setiap tahun majalah URTV akan menampilkan artis-artis popular bagi menghiasi wajah sampul bagi edisi khas sempena Hari Raya Aidifilfitri. Tradisi ini bermula sejak awal penerbitan sehinggalah ke era lewat 2010an. Pemilihan wajah sampul biasanya berdasarkan populariti semasa artis-artis yang dipilih. Beberapa edisi juga diterbitkan secara bumper dengan tambahan halaman muka surat dengan kisah-kisah sambutan hari raya artis dan selebriti secara padat.


Rekod Kemunculan

Berikut adalah wajah sampul URTV Edisi Khas Aidilfitri

Tahun (Jilid)
Wajah Sampul
Nota
1981 15 Ogos (279) Rahim Maarof
Aman Shah
Yasmin Yusuff
Yunizar Hussein
1982 15 Jul (301) Aman Shah
Rohana Jalil
1984 1 Jul (384) Rafeah Buang
1985 15 Jun (371) Sheila Majid
Mazuin Hamzah
Shah Rezza
Raja Ema
1986 1 Jun (394) Fauziah Ahmad Daud
Sudirman Arshad
Amy
Noor Kumalasari
1987 1 Jun (418) Sharifah Aini dan anak lelakinya Alif Ali
1988 1 Mei (440) Siti Fairuz
Zaiton Sameon
Salwa Abdul Rahman
1988 15 Mei (441) Fauziah Latiff
Man Bai
Erma Fatima
Ziela Jalil
1989 1 Mei (464) Mazuin Hamzah dan suami, Pengiran Sufri Bolkiah
1989 15 Mei (465) Ramlah Ram
Awie
Edika Yusof
Wann
Salwa Abdul Rahman
1990 15 Apr (xx) Amy
Awie
Ziela Jalil
Ramona Rahman
1991 Fauziah Latiff
Raja Ema
Shah'rin Razali (Blackrose)
Alim (Kris)
Kuza Muzani
1992 15 Mac (533) Alim (Kris)
Shima
Baggio Damasutra
1992 1 Apr (xx) To'ki
Jijoe
Didie Alias
Kuza Muzani
1993 15 Mac (xx) Jamal Abdillah
Haleeda Mazlin
Ruhil Amani
Mas Anizan
1994 15 Feb (xx) Zainalabidin
Sheila Majid
1994 1 Mac (xx) Sofia Jane
Joe Wings
Sharmaine Farouk
Isu Bumper
1994 15 Mac (xx) Awie
Ziana Zain
Ning Baizura
1995 1 Feb (XX) Feminin Isu Ramadan
1995 15 Feb (xxx) Amy Mastura
Sofia Jane
Azhar Sulaiman
Hans Isaac
Isu Bumper
1995 1 Mac (xxx) Norman Abdul Halim
Ruhil Amani
Linda Rafar
1996 1 Feb (xxx) Amy Mastura
Amelina
Ziana Zain
Norman Abdul Halim
1996 15 Feb (xxx) Yusry Abdul Halim
Eizlan Yusof
Nourul Depp
Sasha Saidin
1997 1 Feb (450) Amy Mastura
Siti Nurhaliza
Lan (A To Z)
1997 15 Feb (451) Awie
Ziana Zain
Nourul Depp
1998 1 Jan (472) KRU Isu Ramadan
1998 15 Jan (473) Amelina
Siti Nurhaliza
Arni Nazira
1998 1 Feb (474) Ziana Zain
Senario
Isu bumper
1999 15 Jan (497) M. Nasir
Erra Fazira
Nasha Aziz
1999 15 Dis (XX) Ziana Zain Isu Ramadan
2000 1 Jan (x) Erra Fazira
Nasha Aziz
Abby Abadi
Juliana Banos
2000 15 Dis (xx) Ziana Zain
Siti Nurhaliza
Siti Nordiana
Isu bumper
2001 15 Dis (xx) Erra Fazira
Yusry Abdul Halim
Abby Abadi
Tomok
2002 1 Dis (590) Ziana Zain
Ella
Siti Nurhaliza
2002 15 Dis (xx) Erra Fazira
Yusry Abdul Halim
2003 1 Nov (612) Siti Nurhaliza Isu Ramadan
2003 15 Nov (613) Siti Nurhaliza
Erra Fazira
Nasha Aziz
Aleeza Kasim
2003 1 Dis (614) Misha Omar
Fasha Sandha
Lisdawati
Zahnita Hussein
2004 15 Nov (637) Misha Omar
Maya Karin
Farid Kamil
Hetty Sarlene
2005 15 Nov (659) Misha Omar
Maya Karin
Mawi
2006 15 Okt (xx) Erra Fazira
Ziana Zain
Umie Aida
2007 1 Okt (706/707) Fasha Sandha
Pierre Andre
Mila Jirin
Dafi Ismail Sabri
2007 1 Nov (708) Nur Fazura
Maya Karin
2008 (XX)
2009 15 Sep Stacy Anam
Kamal Adli
Aizat Amdan
Fouziah Gous
2010 1 Sep Azlee Khairi
Bienda
Diana Amir
Dafi Ismail Sabri
2011 15 Ogos & 1 Sep (798) Aaron Aziz
Erra Fazira
Fizo Omar
Fouziah Gous
Mia Sara Nasuha
Isu bumper
2012 15 Ogos (820) Qi Razali
Siti Saleha
Fatiya Latiff
Dafi Ismail Sabri
Mia Sara Nasuha
2012 1 Sep (821) Aiman Hakim Ridza
Anne Ngasri
Aliff Aziz
Miera Leyana
2013 1 Ogos (843) Maya Karin
Erra Fazira
Siti Nurhaliza
Umie Aida
Izara Aishah
2013 1 Sep (844) Aaron Aziz
Anzalna Nasir
2014 15 Jul (865) Erra Fazira
Fauziah Latiff
Neelofa
Izara Aishah
2014 1 Ogos Saharul Ridzwan
Izzue Islam
Zara Zya
Erin Malek
Johan As'ari
2015 1 Jul (882) Siti Nurhaliza
2016 1 Jun (983) Saharul Ridzwan
Amyra Rosli
Redza Rosli
Isu Ramadan
2016 1 Jul (894) Siti Nurhaliza Isu Aidilfitri
2017 1 Jun (905) Fattah Amin Isu Ramadan
2017 I Jul (906) Aiman Tino
Wany Hasrita
Tajul Ariff
Nadia Brian
Khai Bahar
Isu Aidilfitri
2018 1 Jun (917) Umie Aida
Khai Bahar
Syafiq Farhain
Wany Hasrita
Farah Nabilah
Isu Ramadan
2018 1 Jul (918) Nabila Razali
Daler Yusuf
Aishah Azman
Faez Nick
Isu Aidilfitri

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

URTV melangkau lima dekad http://www.utusan.com.my/hiburan/urtv-melangkau-lima-dekad-1.138132