Juliana Banos

Bekas penyanyi dan pelakon Malaysia

Datin Juliana binti Azman Banos (juga dikenali sebagai Juliana Banos, June & Jose), merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia.


Juliana Banos
Kelahiran
Juliana binti Azman Banos

(1979-03-26) 26 Mac 1979 (umur 44)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1997–2006
PasanganDato’ Mokhtar Ahmad (k. 2005)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
KRU Records

Beliau juga mempunyai darah kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol.

Beliau dilahirkan pada 26 Mac 1979 berasal dari Jerantut, Pahang.

Juliana telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Dato’ Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru dengan berwalikan hakim kerana bapa kandungnya berada di Perancis dan tidak dapat hadir.[2]

Juliana melahirkan anak keduanya pada 1 Februari 2011.[3]

Antara filem lakonannya adalah filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Gerak Khas The Movie II.

Diskografi sunting

  • Mana Satu (1997)
  • Juliana Banos (2001)
  • Mutiara Jun (2005)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Gerak Khas The Movie II Inspektor Julia Filem pertama
2003 MX3 Julia
Gila-Gila Pengantin Wanda
2004 Gila-Gila Pengantin Remaja Anita
2005 Sembilu 2005 Julia
Pontianak Menjerit Julia Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Julia TV3 Episod: "Musika"

Rujukan sunting

Pautan luar sunting