Tomok

penyanyi lelaki Malaysia

Shah Indrawan "Tomok" Ismail (lahir 17 Mei 1984) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau mula bertapak dalam bidang muzik pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.

Tomok
Tomok (Shah Indrawan).jpg
Tomok semasa mengadakan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24.
Latar belakang
Nama lahirShah Indrawan bin Ismail
Kelahiran (1984-05-17) 17 Mei 1984 (umur 36)
Negeri Sembilan, Malaysia
GenrePop rock, Balada
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1999-kini
Syarikat rakaman
Suria Records (1999-2009)
Monkey Bone Records (2009-kini)
Pengkarya berkait
New Boyz

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 17 Mei 1984 di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Tomok merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik dan salah seorangnya ialah Ismaliza Ismail atau Isma yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam. Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun. Abang iparnya, Zulkefli Majid atau nama penanya, Aiman merupakan anggota kumpulan 2 By 2 dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan New Boyz ketika menjadi A&R di Suria Records.

KerjayaSunting

New BoyzSunting

Tomok boleh dikatakan sebagai tonggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana Tomok merupakan satu-satunya anggota New Boyz yang kekal dari awal kemunculan sehingga kini biarpun ahli yang lain sering bersilih ganti. Sepanjang bersama New Boyz, Tomok telah melahirkan enam buah album studio iaitu New Boyz (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2002), Bermulanya Satu Evolusi (2004) dan Semula Padaku (2007) beserta satu album kompilasi iaitu The Best Of New Boyz (2003).

Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai penyanyi, pemuzik mahupun pencipta lagu. Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album keenam New Boyz, Semula Padaku dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta.

Selepas melahirkan album tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka dengan Suria Records (SRC). Selepas itu, Tomok dan New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan realiti, One In A Million (OIAM) musim ketiga pada tahun 2009.

One in a MillionSunting

Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan. Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang dari industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Peluang yang diberikan digunakan oleh Tomok sebaik mungkin. Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia. Nama Tomok menjadi sebutan sebagai peserta yang menonjol dan mampu membuat kelainan pada setiap persembahan yang dilakukan setiap minggu. Kebolehan Tomok memberi persembahan yang bertenaga dan memberi suntikan segar untuk setiap lagu yang dia tukar cara penyusunan untuk setiap lagu sering menjadi pujian dari pihak juri mahupun penonton.

Minggu demi minggu Tomok lalui setiap cabaran dengan sabar dan tekun sehinggalah ia membawa Tomok ke peringkat akhir pertandingan itu, bersama Esther dan Aweera. Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S. Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %.[1] Tomok berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang berjaya menjadi Juara OIAM.

Persembahan dan keputusanSunting

Minggu # Tema Lagu pilihan Penyanyi asal Arahan # Keputusan
Top 80 N/A Jeritan Batin Ku P. Ramlee N/A Mara
Top 60 NA Juwita (Citra Terindah) M. Nasir NA Mara
Top 40 NA Mentera Semerah Padi M. Nasir NA Mara
Top 20 NA Belaian Jiwa Carefree NA Mara
Top 12 Pilihan Peserta Cuba Faizal Tahir 10 Selamat
Top 11 Memori Tercipta Rahsia Pohon Cemara Exist 8 Selamat
Top 10 Pilihan Peserta Crazy in Love Beyoncé 10 Selamat
Top 9 Minggu Penulis Lagu La La La Kerjalah Meet Uncle Hussain 5 Selamat (Pemenang Imuniti)
Top 8 Tarikan Gantung Melly Goeslaw 1 Selamat
Top 7 Pilihan Peserta Ingin Bersamamu Syafinaz 7 Selamat (Pemenang Imuniti)
Top 6 Pilihan Peserta Umbrella Rihanna 1 Selamat
Top 5 Lagu Sheila Majid Aku Cinta Padamu Sheila Majid 5 Safe
Top 4 Dalam Konsert Alleycats' Medley
Jika Kau Bercinta Lagi
Sekuntum Mawar Merah
Kerana Kau
Alleycats 2 Selamat
Top 3 Pilihan juri
Pilihan penonton
Crazy in Love
Cuba
Beyoncé
Faizal Tahir
1
3
Selamat
Pusingan akhir Pilihan peserta
Lagu baru
Hanya Kau Yang Mampu
Rindu Terhenti
Aizat Amdan
Shah Indrawan
3
6
Juara

Pasca OIAMSunting

Kini Tomok selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz. Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee. Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As'Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.

Selain bergelar sebagai penyanyi, Tomok juga sudah bergelar pelakon apabila dia telah diberi kepercayaan untuk malakonkan watak hero bagi filem Mantera yang dijangkakan akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2010 - awal tahun 2011. Filem ini mendapat usaha sama produksi Malaysia dan Rusia.[2]

Berkat usaha yang gigih dengan sedikit pengalaman dalam berlakon ketika bersama kumpulan Newboyz dimana mereka telah berlakon untuk telemovie Pulau Inspirasi dan Meraung dan pernah berlakon untuk beberapa buah drama sebagai penampilan istimewa, ia sedikit sebanyak dapat membantu Tomok menempuhi detik-detik dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon.

2012 merupakan tahun dimana hasil lakonan Tomok sebagai pelakon filem di tayangkan. Bermula dengan Mantera yang kurang mendapat sambutan memberangsankan Istanbul Aku Datang pula sebaliknya. Filem yang membariskan pelakon-pelakon seperti Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu menjadi buah mulut penyokong filem di Malaysia. Lakonan Tomok sebagai orang baru dalam industri perfileman dianggap berjaya. Lakonan yang bersahaja dan penjiwaan watak yang sangat berkesan berjaya mencuri perhatian penonton.

Juara ParodiSunting

Beliau ingin nyanyi sambil parodikan lagu itu. Beliau akan bergandingan dengan Rahim R2 dalam kumpulan (Cuba Teka)

Kehidupan peribadiSunting

Pada 1 Julai 2011, dengan sekali lafaz sahaja Tomok sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu binti Abas yang berusia 32 tahun pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas bin Mohd Saidon.

Rahayu Abas menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senaskah Al-Quran, sebiji kek dan telekung. Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dijangkakan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media akan memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas itu. Sementara itu, pasangan pengantin Tomok dan Rahayu Abas telah melangsungkan tiga majlis resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).[3]

DiskografiSunting

Album studioSunting

Muzik Video Latar Belakang KhasSunting

  • Klip Video Lagu Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020 Dari YouTube Rasmi (Stats Malaysia)

Lagu soloSunting

  • Rindu Terhenti (Aubrey Suwito & Tinta S)
  • Berlari (Shazee & Tomok)
  • Arjuna (Edry KRU)
  • Bagaikan Bidadari (Aubrey Suwito & Tomok)
  • Aku Datang (Tomok & Rafidah)
  • Cinta Tak Pergi ft. Yana Samsudin (Tomok)
  • Rempuh ft. Black (OST J Revolusi) (Omar K, Ezra Kong & John Jeevasingham/Hael & Zel)

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran
2002 New Boyz The Telemovie Tomok (watak utama) Telemovie
2002 Pulau Inspirasi Tomok (watak utama) Telemovie
2003 Meraung Tomok (watak utama) Telemovie
2003 Makar Ali (cameo) Filem
2004 Sembilu Shahril (cameo) TV2
2004 Cinta Apa Di Pagi Raya watak pembantu TV2
2008 Lodeh Raya watak pembantu TV2
2011 Cer Citer Cinta Komot Astro Ria
2012 Mantera Azman (watak utama) Filem
2012 Istanbul Aku Datang Azad (watak utama) Filem
2012 Lemang Sebatang watak pembantu Astro Prima
2012 Sofazr The Movie : Jiwa Kacau cameo Filem
2013 Suamiku Jururawat Mikael/Toyol (watak utama) TV3
2013 Mentolku Amran/Mentol (watak utama) TV3
2013 Diari Kampus Biru Zakhrul (watak utama) TVi
2019 TQ Captain Amsyar Astro Ria

RujukanSunting

  1. ^ Tomok jutawan OIAM musim ketiga mStar online
  2. ^ [Filem Mantera
  3. ^ "Nikah: Tomok & Rahayu Abas Majlis Perkahwinan Persandingan".

Pautan luarSunting