Tumpang Lalu Bang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eoon Shuhaini. drama bersiri ini dibintangi Tomok, Kilafairy, Black Hanifah dan Aidil Aziz. Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra, (TV9) bermula 2 Februari 2022 menggantikan Oh My Hantaran. [1]

Tumpang Lalu Bang
Genre
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahEoon Shuhani
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tumpang Lalu" nyanyian Tomok & Kilafairy
Lagu penutup"Tumpang Lalu" nyanyian Tomok & Kilafairy
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Februari 2022 – 28 Mac 2022
Kronologi
MengikutiOh My Hantaran
Diikuti oleh30 Hari Sebelum Raya

Sinopsis sunting

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Tumpang Lalu Bang. MyInfoTaip. Dicapai 2 Februari 2022