Raja Afiq

Pelakon lelaki Malaysia

Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali (lahir pada 19 Ogos 1994) atau lebih dikenali sebagai Raja Afiq (Jawi: راج أفيق) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Bakat lakonannya mula dicungkil melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2014. Afiq telah dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2017. Sebelum ini, beliau juga pernah dilantik menjadi duta untuk Syukur Selalu iaitu slogan TV3 sempena hari raya tahun 2016.[2]

Raja Afiq
Kelahiran
Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali

(1994-08-19) 19 Ogos 1994 (umur 26)
Nama lainRaja Afiq DFKL, Rafiq Razali
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2014–kini
Terkenal keranaSayangku Kapten Mukhriz
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)
PasanganFairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff (k. 2020)
SaudaraRaja Hakim (abang)

Kerjaya lakonanSunting

Bakat lakonan Raja Afiq mula dicungkil dalam uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014 yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9. Bagaimanapun, beliau hanya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan secara serius pada tahun berikutnya dengan menjadi watak sampingan dalam drama Hello, Mr. Perfect! yang diterajui Fattah Amin dan Ruhainies.

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Kapten Ustaz Mukhriz, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergelar ustaz yang cuba dipikat oleh Dr. Ariana Dahlia, seorang doktor lakonan Niena Baharun yang menjadi heroin dalam drama ini.[3] Pada 2 Disember 2016, Afiq bersama Janna Nick berlakon di samping Puteri Balqis dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah.[4]

Pada tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Afiq muncul dalam telefilem bertajuk Trauma, khas bersempena DFKL 2017 yang disiarkan pada 11 Mac 2017 di TV3 menerusi slot Cerekarama dan dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Idris Khan dan Zara Zya.

Kehidupan peribadiSunting

Raja Afiq dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus pada lewat 2016,[5] namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif dan tiada persefahaman.[6]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Cinta Ilahi Hanif TV3
2015 Suami Sebelah Rumah Sam
Hello, Mr. Perfect! Arif Fikri
2016 Sayangku Kapten Mukhriz Kapten Ustaz Mukhriz
Lara Cinta Ameena Radhuan
2017 Nazar Cinta Ramadan[7] Fendy TV2
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lukman Hakimi TV3
2018 Cinta Bukan Kristal Syafiq
Geng Tadarus Hamdan TV2
Cinta Koko Coklat Malik ntv7
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Hilman Astro Ria
Petua Nenek Nash TV3
2019 Jodoh-jodoh Annisa Roy Astro Prima
Cinta Non Grata Hakim TV3
Adam Chempaka Khairil
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Reyhan

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Lilinkah Aku Mahmud TV3
2016 Ok Bah Kalau Kau Azman
Hello, Mr. Perfect! Raya Arif Fikri
Tangisan Izara[8] Haikal
2017 Rombongan Marhaban Sesat Jalan TV9
Awak Kat Mana Farid
Cerita Seram Paya Hitam Kamal Astro Citra
Trauma Faz TV3
Pergilah Cinta[9] Fazley
2018 Din Sardin Beraya Umar
Sir Danial Amin ntv7
Neraka Kasih Maisarah Zakuan TV3
2019 Dia Tak Berdosa Hisyam TV1

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Apa Nak Makan Ni ? Artis Jemputan TV3 10 Jun bersama Wan Sharmila
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 14 Jun

RujukanSunting

  1. ^ Nurul Fadila Awaludin (15 April 2017). Raja Afiq mahu perbaiki mutu lakonan Kosmo!. Dicapai pada 27 April 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (19 Jun 2016). Jadi mangsa ejekan, Raja Afiq nekad turunkan berat badan Berita Harian. Dicapai 2 Mac 2017.
  3. ^ Kapten Mukhriz dulu gempal, kini jejaka sado My News Hub (10 Ogos 2016). Diperoleh pada 2 September 2016.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (29 September 2016). "Pelakon baru taruhan Tangisan Izara". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  5. ^ Zaidi Mohamad (24 November 2016). Raja Afiq enggan terburu-buru dalam soal cinta Berita Harian. Dicapai pada 27 April 2018.
  6. ^ Mohd Nazllie Zainul (16 Oktober 2016). Raja Afiq putus cinta dengan Anis Al-Idrus Berita Harian. Dicapai pada 27 April 2018.
  7. ^ Budiey (20 Mei 2017). Drama Bersiri NAZAR CINTA RAMADAN Lakonan Raja Afiq & Niena Baharun Sensasi Selebriti. Diperoleh pada Dicapai 2 Mac 2017.
  8. ^ Norhidayyu Zainal (3 September 2016). Titian populariti Raja Afiq, Niena Baharun Sinar Harian. Dicapai 6 Mac 2017.
  9. ^ Budiey (11 Jun 2017). Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Sensasi Selebriti. Diperoleh pada Dicapai 2 Mac 2017.

Pautan luarSunting