Niena Baharun

Pelakon dan model Malaysia

Datin Amaniena Kamarul Baharun (lahir 14 April 1993) merupakan seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3.[1]


Niena Baharun
Kelahiran
Amaniena binti Kamarul Baharun

(1993-04-14) 14 April 1993 (umur 31)
PendidikanKejuruteraan Awam
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Terkenal kerana1. Demi Dia
2. Sayangku Kapten Mukhriz
3. Jangan Benci Cintaku
PasanganDato' Aliff Firdaus Abdul Hadi (k. 2018)
Anak-anak2

Selain itu, Niena juga mempunyai perniagaan secara atas taliannya sendiri iaitu Se7enScarves by NienaBaharun yang menjual telekung, rantai leher dan tudung.

Kehidupan awal

sunting

Niena dilahirkan pada 14 April 1993 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua dari empat beradik.

Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran beliau dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLIUC).

Kerjaya

sunting

Niena bermula dengan dunia peragaan sebagai model sebaik sahaja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ditawarkan berlakon dalam drama slot Akasia TV3, Demi Dia arahan Aziz M. Osman lakonan Elfira Loy dan Zoey Rahman pada tahun 2013. Dalam drama ini, Niena membawakan watak Shiela, watak antagonis yang diupah untuk memisahkan Zack dan Azura.[2]

Di awal penglibatannya, Niena belum mengenakan tudung sehingga kemudian mula berhijab sepenuhnya pada awal 2014. Setelah berhijab, rezeki Niena dalam bidang peragaan dan lakonan makin bertambah. Niena kemudiannya berlakon dalam drama adaptasi novel iaitu drama Rindu Awak 200% bersama pelakon utamanya, Ayda Jebat dan Zul Ariffin di mana beliau memegang watak sebagai Jaesliyatul, kawan baik Esyana. Kemudian, Niena membintangi bersama Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan dalam drama slot Akasia Hati Perempuan sebagai Maisara, teman baik Yuhanis lakonan Mia. Niena juga pernah membawa watak sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernama Murni, bergandingan bersama Mira Filzah yang menjadi watak utama sebagai Che Ta dalam telemovie Din Sardin pada tahun 2015. Selain itu, Niena juga berlakon sebagai Saidah, peminat K-Pop dalam drama Cinta Teruna Kimchi bersama Nur Risteena, Nazim Othman dan Johan As'ari di TV3 dan telemovie Cik Sayur Encik Seafood di TV9.

Bagaimanapun, Niena hanya memegang watak pembantu dalam kebanyakan drama dan telemovie yang dibintanginya, menyebabkan Niena masih kurang dikenali peminat. Bagaimanapun, lakonannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Dr.Ariana Dahlia, isteri kepada Kapten Ustaz Mukhriz, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergelar ustaz lakonan Raja Afiq, merupakan yang pertama kali sebagai heroin drama.[3]

Pada Mei 2017, Niena sekali lagi bergandingan bersama Raja Afiq dalam drama Nazar Cinta Ramadan arahan Zek Zukry. Beliau memegang watak utama sebagai Nadia dalam drama terbitan Open Echo ini dan disiarkan di saluran TV2 setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 29 Mei.[4] Pada 5 Jun 2017, Niena membintangi telefilem bertajuk Wanita Luar Biasa bersempena Ramadan yang disiarkan di TV9. Selain itu, beliau juga bakal muncul dalam drama bersiri Setia Menunggumu dan menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Faye Kusairi. Drama arahan Rusdi Ramli ini ditayangkan di HyppTV (kini Unifi TV) melalui saluran Salam HD 113 bermula 16 Jun.

Pada 25 Jun 2017, Niena membintangi telefilem Terhentinya Doa yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama. Telefilem terbitan JS Pictures ini juga, menampilkan Saharul Ridzwan, Ozlynn, Raja Hakim DFKL dan ramai lagi.[5]

Niena muncul di dalam drama Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan di slot waktu perdana iaitu Slot Akasia TV3 di mana Niena membawa watak antagonis bernama Husna dalam drama tersebut pada akhir Jun 2018.

Drama tersebut berakhir dengan penuh fenomena di seluruh Malaysia yang melonjakkan nama Niena akibat watak Husna lakonannya yang digambarkan sebagai seorang perampas suami dan perosak rumah tangga. Kegedikan wataknya juga menghidupkan drama ini walaupun menerima kecaman akibat wataknya serta pujian atas mutu lakonannya yang berkesan sehingga mencapai rating 12 juta penonton sepanjang 28 episod, berkongsi rekod bersama-sama drama 7 Hari Mencintaiku dan Pujaan Hati Kanda.

Kehidupan peribadi

sunting

Niena selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan hatinya, Aliff Firdaus Abdul Hadi, di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada pagi Khamis, 1 Februari 2018.[6]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rajawali[7] Umairah Filem pertama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Demi Dia Shiela TV3 Antagonis pembantu
2014 Rindu Awak 200% Jaesliyatul Watak pembantu
2015 Hati Perempuan Maisara Watak pembantu
2016 Cinta Teruna Kimchi Saidah Heroin
Sayangku Kapten Mukhriz Dr.Ariana Dahlia/Arin Heroin
2017 Nazar Cinta Ramadan Nadia TV2 Heroin
Setia Menunggumu Aida HyppTV
Ops Cinta Din Sardin Murni TV9
2018 Dia Anak Jeneral Syirin TV2
Doa Ku Mohon TV3
Jangan Benci Cintaku Nurul Husna Antagonis
2023 Bukan Puteri Lindungan Bulan Tengku Farah Waheeda (Farah)

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Din Sardin Murni TV9
2016 Cik Sayur Encik Seafood Leeya
Cinta 3 Rasa Che Sue
2017 Teman Pengganti Aisyah TV3
Bila Tiba Saatnya
Alamak Laila TV9
Wanita Luar Biasa Nuraisya
Terhentinya Doa TV3
Manja Intan TV1

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Apa Nak Makan Ni? Artis Jemputan TV3

Rujukan

sunting
  1. ^ NORHIDAYYU ZAINAL (3 September 2016). Titian populariti Raja Afiq, Niena Baharun Sinar Harian - Dicapai 6 Mac 2017.
  2. ^ Siapa Niena Baharun Diarkibkan 2016-07-18 di Wayback Machine Extra Tonton
  3. ^ Kemalia Othman (23 Julai 2016). "Niena Baharun Sahut Cabaran Jadi Pelakon Baharu". mStar. Dicapai pada 24 Julai 2016.
  4. ^ Budiey (20 Mei 2017). "Drama Bersiri NAZAR CINTA RAMADAN Lakonan Raja Afiq & Niena Baharun". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Mei 2017.
  5. ^ Budiey (11 Jun 2017). "Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  6. ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2018). Niena Baharun bernikah pagi tadi? Berita Harian. Diperoleh pada 1 Februari 2018.
  7. ^ Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein Diarkibkan 2017-07-30 di Wayback Machine Kosmo! (27 Ogos 2013). Diperoleh pada 4 Oktober 2016.

Pautan luar

sunting