Cinta Teruna Kimchi

Cinta Teruna Kimchi merupakan sebuah siri televisyen Malaysia yang diarahkan oleh Heykal Hanifah[1] dan diterbitkan oleh Layar Consult untuk siaran menerusi Slot Zehra di TV3 yang bersiaran dari 28 Januari 2016 hingga 25 Februari 2016.[2] Ia dibintangi oleh Nazim Othman, Johan As'ari, Nur Risteena dan Niena Baharun.[3][4]

Cinta Teruna Kimchi
GenreDrama
Agama
Cinta
Ditulis olehUmmu Hani Abu Hassan
Hanafi Sarif
Heykal Hanifah
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Nazim Othman
Johan As'ari
Nur Risteena
Niena Baharun
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitAbu Hassan Morad
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Layar Consult
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format audioStereo
Siaran asal28 Januari 2016 – 25 Februari 2016

Sinopsis sunting

Mengisahkan suratan di sebalik satu pencarian apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman),[5] mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia, cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar. Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Hasil pembacaannya, agama Islam yang paling kuat di Asia Tengara adalah Malaysia dan Indonesia, ini mendorong Kang Ye Jun menguasai bahasa Melayu dan Indonesia. Dia mahu mengetahui sikap orang Islam yang sebenarnya. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah.

Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga. Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As'ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia, Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Pada masa yang sama, Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani). Berjayakah dia?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Cinta Teruna Kimchi merupakan idea asal oleh Ummu Hani Abu Hassan yang turut menulis lakonlayar bersama Hanafi Sarif dan Heykal Hanifah. Ia diarahkan oleh Heykal dan diterbitkan oleh Abu Hassan Morad untuk Layar Consult Sdn. Bhd. Penggambaran dijalankan pada musim luruh di sekitar Universiti Hankuk Seoul, bandar raya Seoul, Sungai Han, Masjid Itaewon, Lapangan Terbang Incheon Seoul serta kawasan kampung. Ia turut menggunakan khidmat pelakon dari Korea Selatan.

Muzik dan runut bunyi sunting

No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Lagu Cinta"Frozen, Panic RoomAsmara4:02


Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Aktor Pilihan Nazim Othman Cinta Teruna Kimchi Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (4 Februari 2016). "Heykal terkesan drama arahannya dilabel sampah". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2016.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Februari 2016). "'Lihat dulu isinya'". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2016.
  3. ^ "Drama Cinta Teruna Kimchi (TV3)". My Infotaip. 26 Januari 2016. Dicapai pada 26 Januari 2016.
  4. ^ Budiey (8 Februari 2016). "Drama Bersiri Cinta Teruna Kimchi Lakonan Nazim Othman". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Februari 2016.
  5. ^ Zaidi Mohamad (31 Januari 2016). "Nazim perjelas isu berlakon watak Korea". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2016.

Pautan luar sunting