Bukan Puteri Lindungan Bulan

Bukan Puteri Lindungan Bulan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Janna Nick, dan Amar Baharin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 21 Mac 2023 menggantikan Serpihan Sayang. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di aplikasi IQIYI.[1]

Bukan Puteri Lindungan Bulan
Genre
Berdasarkan daripada
Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik.
Ditulis olehEenaz Mokhtar
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanTulus - Adi Priyo feat Nabila Razali
Lagu penutupTulus - Adi Priyo feat Nabila Razali
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Mac 2023 – 16 Mei 2023
Kronologi
MengikutiSerpihan Sayang
Diikuti olehBunga, Aku Tunggu
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Puteri Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.

Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon remaja sunting

  • Nur Laily Balqis
  • Danish Iskandar
  • Shah Faris
  • Aufa Ardinee

Pelakon bayi sunting

  • Baby Nik Arfa Mariam
  • Baby Daniella Qabeela
  • Nur Qarisya Erdina

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan mcentralmy. Dicapai pada 17 April 2023.