Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool (lahir 1 Ogos 1966) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan boyband Kool.

Kool 101
Kelahiran
Zulkifli bin Mohamad

(1966-08-01) 1 Ogos 1966 (umur 57)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganNur Ziyani Mohd Jilani
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, hip hop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Kool

Kehidupan awal sunting

Zack dilahirkan pada 1 Ogos 1966 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tangga Batu,Melaka, Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka. (Tkt 1 - Tkt 5), Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Melaka (Tkt 6 ) dan seterusnya menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[1]

Kerjaya sunting

Sebelum menjadi penyanyi, Zack terlebih dahulu memulakan kerjaya awal sebagai penari sebaik sahaja tamat Tingkatan 6. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[1] Zack telah diminta oleh Jaafar Onn untuk menghadiri ujibakat dan menjadi anak didik di studio milik Jaafar,[1] seterusnya mengikuti kelas tarian di bawah bimbingan Bad Latiff.[1]

Beliau kemudian dipertemukan dengan Jay yang akhirnya membawa kepada menubuhan kumpulan Kool yang turut disertai oleh Hairee dan Riot, seterusnya diterima sebagai artis rakaman di Sony Music.[1] Kool telah menerbitkan 3 album studio dan sejak itu kesemua ahli kumpulan ini terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.Pada tahun 1998 Zack telah menubuhkan kumpulan V3, yang di anggotai oleh Zack, Zaini dan Ariff . Sebuah album berjudul Album V3.Sekian lama mendiamkan diri dalam nyanyian akhirnya kembali dengan Album Single pada tahun 2009 Cinta Tiga Segi, dan yang terbaru beliau telah mengeluarka sebuah Album (2021) di Youtube yang berjudul Bisikan Kalbu di mana terdapat 7 buah lagu , di ataranya Bisikan Kalbu, Makbulkanlah, Dari Tanah ke Tanah, Maafkanlah, Kirimkan Sebuah Salam, Tak Kekal Lama dan Doa Makan . Genre lagu berbagai dan berkonsipkan lagu Ketuhanan.

Zack juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sehingga Januari 2019. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi tiga filem dan puluhan drama. Antara kredit lakonannya termasuk GK3 The Movie, Lagenda Budak Setan 2: Katerina dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Apabila Kool menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-6, Zack mengumumkan telah meninggalkan kumpulan itu sambil mengatakan beliau ingin mendalami ilmu agama termasuk menyertai tabligh.[2][3] Zack turut berkata seorang lagi ahli, Jay juga tidak lagi bersama Kool, meninggalkan dua ahli asal Hairie dan Riot meneruskan perjuangan dalam kumpulan itu.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Zack berkahwin dengan Nur Ziyani Mohd Jalani dan dikurniakan 3 anak.[5] Pada 26 Disember 2016, Zack sekeluarga terselamat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka. Kejadian itu berlaku di Air Paabas pada jam 6:30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.[6]

Diskografi sunting

Kool sunting

  • KOOL (1995)
  • Fantasi (1997)
  • Satu Arah (1998)

Filemografi sunting

Filem sunting

Drama sunting

Telefilem sunting

  • Pendekar: The Movie (2002)
  • Orang Kasar (2003)
  • Tiada Galang Ganti (2020) sebagai Haji Shahril

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Zack Kool menari dalam majlis kahwin". Utusan Malaysia. 22 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-08. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  2. ^ Amri Hassan (17 Oktober 2019). ""Keluar kumpulan tahun lepas" - Zack Kool sertai tabligh, tolak GV2019 cara baik". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ "Zack tinggal Kool sertai tabligh". Harian Metro. 15 Oktober 2019. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  4. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Noor (14 Oktober 2019). "Saya mahu berkarya melalui cara islamik - Zack". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2017). "Isteri Zack Kool kemalangan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2018.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Disember 2016). "Kami sekeluarga selamat". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2017.

Pautan luar sunting