Kenyalang I'm In Love

Kenyalang I'm In Love ialah siri drama romantik Malaysia 2018 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Frontrow Pictures, dibintangi oleh Hafeez Mikail dan Ain Edruce mengisahkan tentang percintaan disulami dengan keindahan budaya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak. Siri ini disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 26 Ogos 2018.[1]

Kenyalang I'm In Love
Genre
Ditulis olehSalwana Sawi
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Hafeez Mikail
Ain Edruce
Lagu pembukaan"Kenyalang I'm In Love" oleh Aepul Roza dan Mimie Haris
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Feroz Abd Kader
PenerbitMohd Feroz Abd Kader
Salwana Sawi
Basree Rakijan
PenyuntingAyu Habib
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Frontrow Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Tonton
Siaran asal26 Ogos 2018 – 7 Oktober 2018
Kronologi
MengikutiCik Sempurna
Diikuti olehIsteriku Mem Besar

Drama ini disiarkan secara eksklusif di Tonton empat bulan lebih awal dari tayangan di TV3.[2] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan AJ (Hafeez Mikail) dan Wanda (Ain Edruce) yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila Wanda pulang ke Sarawak setelah ibunya meninggal dunia. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul (Syaffiq Sahli).

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra (Intan Najuwa), yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ. AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Daniel oleh datuknya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Adakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Kuching, Sarawak dan mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Sarawak.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Romantis KENYALANG I’M IN LOVE di Tonton Sensasi Selebriti (19 April 2018). Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ 'Kenyalang I'm in Love' ditayangkan di Tonton empat bulan lebih awal dari tayangan TV Utusan Borneo' (21 April 2018). Dicapai melalui Pressreader pada 1 September 2018.
  3. ^ Kenyalang I'm In Love (2018): Episod Penuh. Tonton. TV3. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  4. ^ Kemelut cinta dalam Kenyalang I'm in Love Harian Metro' (21 April 2018). Dicapai melalui Pressreader pada 1 September 2018.