Intan Najuwa
Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau juga telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak di dalam Kekasih Paksa Rela sebagai Hanan Khaira. Beliau juga dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki bersama pelakon terkenal Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.
Intan Najuwa | |
---|---|
Kelahiran | Intan Najuwa binti Abdul Wahid 18 Ogos 1997 |
Pekerjaan | Pelakon, model, penulis blog |
Tahun aktif | 2015–kini |
KerjayaSunting
Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.[1] Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.[2] Pada tahun 2019 beliau digandingkan dengan hero malaya Zul ariffin dalam drama Setelah ku dimiliki . Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka nampak seperti bukan dalam lakonan.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau bertunang dengan seorang usahawan Razrul Anwar pada 18 Ogos 2019.[3] Pertunangan mereka berakhir pada 26 Februari 2020 kerana tiada persefahaman selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.[4]
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Hantu Punya Bos | Abby | TV3 |
2017 | Khabar Dari Casablanca | Sharina | TV2 |
Kekasih Paksa Rela | Hanan Khaira | TV3 | |
2018 | Gantung The Series | Tasha | Astro First |
Kenyalang I'm In Love | Sutera | TV3 | |
2019 | Suamiku Mr Blind | Wani | Unifi TV |
Ajak Oh Ijal | Amani | TV3 | |
Semua Salahku | Mira | ||
Tuan Danial | Tengku Ismahanim | ||
Setelah Ku Dimiliki | Sarrafia | ||
2020 | Ironi Kasih | Kasih | |
Pink Smile | Rysa | ||
2021 | Tak Sempurna Mencintaimu | Siratul | |
Mencantum Cinta | Ameera | Astro Ria | |
TBA | Budak Intern | Izzy | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cinta Sesungguhnya | Farisha | TV3 |
Mana Ada Hantu Malam Raya | Sarah | TV2 | |
2020 | Pemuja Rahsia | Hawa | TV3 |
Nurul Najwa | Fatin | TV2 |
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Tahir Alhamzah (29 Disember 2016). TELLY TALK: The Boss from hell New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Ramlah Zainal (10 Januari 2018). Intan gementar jadi 'isteri' Remy Harian Metro. Dicapai pada 19 Ogos 2018.
- ^ Azlina Mazli (19 Ogos 2018). Jarak usia 16 tahun Intan Najuwa bertunang dengan usahawan dari Kedah] mSTAR Online. Dicapai pada 12 September 2019.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (26 Februari 2020). Intan Najuwa putus tunang Sinar Harian. Dicapai pada 28 Februari 2020.