Ajak Oh Ijal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Syazwan Zulkifli dan Fikree Aznan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 6 Mei 2019 hingga 12 Jun 2019 menggantikan Kereta Sewa.[1]

Ajak Oh Ijal
GenreDrama, komedi
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Azmy Ariff
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Amnesia" oleh Mark Adam
Lagu penutup"Amnesia" oleh Mark Adam
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran21–22 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal6 Mei 2019 – 12 Jun 2019

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

sunting

Razak dan Rizal merupakan adik beradik yang menjalankan kegiatan haram di Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang Ramadan mereka berdua akan pulang ke kampung dan membantu ibunya menjual ayam bakar di bazar Ramadan. Mereka yang sentiasa bertelagah berjanji untuk berbaik sepanjang Ramadan namun janji itu tidak dapat ditepati apabila mereka jatuh cinta kepada orang yang sama. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk merebut hati Amani.

Pak Hassan akan membenarkan salah seorang daripada mereka untuk keluar dengan Amani, tetapi dengan pelbagai syarat. Kedua mereka berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dengan melakukan terawih, bergotong–royong dan melakukan pelbagai kebaikan demi memenangi hati Pak Hassan dan Amani.

Pelakon

sunting

Pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Ajak Oh Ijal (TV3) My Infotaip (4 Mei 2019). Dicapai pada 17 April 2020.
  2. ^ Ajak Oh Ijal (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 February 2020.