Syazwan Zulkifly

Pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Syazwan Zulkifli)

Mohd Syazwan bin Zulkifly (lahir 20 Mei 1987)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Beliau mula dikenali umum selepas menjayakan watak pesalah juvana bernama Apek dalam siri TV popular TV3, Juvana.[3]

Syazwan Zulkifly
Kelahiran
Mohd Syazwan bin Zulkifly

(1987-05-20) 20 Mei 1987 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2011–kini

KerjayaSunting

Peranan lakonan profesional Syazwan pertama ialah menerusi watak pembantu sebagai Apek, pesalah juvana dalam siri drama Juvana arahan Faisal Ishak yang bersiaran di Slot Aksi TV3. Drama ini turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Johan As'ari. Beliau menjayakan kembali wataknya dalam versi filem yang ditayangkan pada 2013. Beliau memegang watak sampingan Muiz dalam drama romantik Soffiya lakonan Tiz Zaqyah.

Syazwan kemudian berlakon bersama Beto, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka. Kembali digandingkan bersama Johan yang memegang watak Irwan Zaid, Syazwan menjayakan watak Kenji dalam drama aksi TV3, Karlos yang mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama sekali oleh bapanya sendiri. Syazwan dan Johan menjayakan kembali peranan mereka dalam telefilem khas, Karlos Bolos.[4]

Beliau berlakon di samping Lisa Surihani dan Aaron Aziz dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abd Kader, memegang watak sebagai Syed Muzaffar; kemudian diikuti oleh peranan sebagai Haris dalam filem Gamatisme arahan Yeop Hitler Zami. Bermula 28 November 2016, Syazwan digandingkan bersama Puteri Aishah dalam siri TV Cinta Roller Coaster di Slot Dahlia TV3.

Kehidupan peribadiSunting

Syazwan dianggap sebagai seorang yang bersikap baran oleh sesetengah media. Namun beliau sebenarnya seorang yang pendiam. Beliau mengulas dalam temuramah bersama Kosmo!: "Kisah baran ini mungkin tidak akan habis. Barangkali disebabkan wajah saya dan watak antagonis yang saya bawakan, label baran itu telah menjadi sebati dalam diri,".[5]

Pada Mei 2017, Syazwan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah. Beliau ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating, Pahang untuk menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul Sehangat Cinta Antasha. Ini merupakan kali kedua beliau terlibat dalam kemalangan selepas kemalangan pertama bersama pelakon Nabila Huda pada 2013.[6]

Sekitar 2015, Syazwan dilaporkan bercinta dengan penyanyi dan pengacara TV, Shenthy Feliziana Sudirman (bekas anggota Dynda), namun hubungan mereka berakhir gara-gara tindakan Syazwan memukul kekasihnya dan Shenthy membuat laporan polis pada Oktober tahun sama, selepas mendakwa dia dicederakan oleh Syazwan selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka. Namun Syazwan mengakui masih sayangkan Shenthy.[7] Sekitar Januari 2017, Syazwan dilaporkan di'gam' oleh Astro gara-gara kontroversi yang melanda dirinya bersama bekas kekasihnya,[8][9] menyebabkan beliau ingin berhenti berlakon.[10]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Juvana Apek Faisal Ishak Filem pertama
2014 Laga Sabri Ismail Yaacob
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Syed Muzaffar Feroz Kader
Sunti @ Facebook Adan James Lee
Gamatisme Haris M. Hitler Zami
Transformers: Age of Extinction[11][12][13] James Savoy Michael Bay Alih suara BM
2019 Warkah Sufi Opie Zami
Kron Arwan Tidak kreditkan
Wangi Azlan M. Hitler Zami
2020 Bikin Filem Suresh

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gemilang Ringgo TV3
Juvana Apek
Soffiya Muiz/Wadi
Wasiat Astro Prima
2012 Jangan Ambil Padang Kami Arai Astro Ria
Indera Joned Izzi TV3
Darjat Haziq
Mana Hilangnya Juwita Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 5) Jalil Astro Oasis Episod: "Saka"
2013 Tanggang Ayu Astro Prima
6 Progresif (Musim 2) Rempit TV9
Jodoh Itu Milik Kita Syafiq Astro Mustika HD
Karlos Kenji TV3
2014 Bunga Merah Punya Lima TV9
Aku Isterinya Adam TV3
PLAN B Neo Penampilan khas
Istikharah Cinta Hanafis
Tanah Kubur (Musim 14) Salleh Astro Oasis Episod: "Air Kaki Ibu"
Cinta Ibadah Irfan Astro Prima
2015 Orang Gaji IQ TV2
Bidadari Lukman TV3
Andai Bumi Tulip Takdirku Bakhtiar TV AlHijrah
Padamu Aku Bersujud Amin TV3
Awek Merah Jambu Qayyum TV2
Kondominium
2016 Kifarah Mistik TV3 Episod: "Panas"
Lelaki Macam Dia Astro Ria
2000km ke Al-Haram Hadi TV1
7 Hari Mencintaiku Helmi TV3
Cinta Roller Coaster Syakir
2017 Nahu Rindu Zamani
Menantu Bilal Rahman
Isteri-Isteri Ayah Nizam
Sedingin Cinta Antasya Syarfan HyppTV
Mocha Kau Bahagia Zikry TV3
Misteri Jenazah Astro Prima
2018 Kalis Kasih Bard TV3
Halalkan Hati Yang Ku Curi Syazwan
Pujaan Hati Kanda Pali
2019 Cinta Tanpa Henti Daniel
Kereta Sewa
Ajak Oh Ijal Razak
Rumah Siti Khadijah
2020 Budak Tebing Abang Lan
7 Hari Mencintaiku 2 Helmi
Alergi Mamat Romantik Bakhtiar TV Okey
Cinta Kalut Reza RTM

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Maafkan Aku TV3
2013 Di Bawah Satu Langit Khai
Wasilah Cinta Shahrol TV2
Karlos Bolos Kenji TV3
Dendam Rindu
2014 Cinta Hati Suri
Dia Al-Amin Amin TV9
Ada Apa Dengan Raya Azlan Astro Ria
2015 Kalung Kak Dara TV3
Bila Ajal Menanti Budi TV AlHijrah
Melrose Palau Astro Citra
Akhil Yang Bakhil Akhil TV9
2016 Ku Haramkan Susu Itu Hazim
Bila Tiba Saatnya Ruzman TV3
Stailista Cinta Farid TV2
2017 D'Kayangan
Menanti Pelangi Hafiz TV1
Kung Fu Kaw Bakar TV3
Musafir Lalu Shidi TV9
Angka Cinta Adam TV2
2018 Simpang Sejenak Hanif TV3
Kebaya Mek Hwa Dani
Lalang Embong TV1
Akil & Juan Fahmi TV3
2019 Rengkat Bard
Pujaan Hati Kanda Raya Pali
Hantu Don Hassan
Saka Zain Jusoh Astro Citra
Insan Terpilih Firdaus TV3
Lafaz Izra RTM
2020 Tragedi Balik Kampung Pian @ Pie TV3
Saka Viral TV3
Man Santan Azman TV2
Kala Malam Khaled Astro Citra

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Anugerah Lawak Warna 2013 Peserta Astro Warna
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pencalon Astro Ria
2015 Festival Filem Malaysia ke-27
2017 Perang Bibir Peserta TV9
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pencalon TV3

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Juvana Tercalon
2015
Festival Filem Malaysia ke-27
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Laga Tercalon
2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon Watak Antagonis Popular Pujaan Hati Kanda Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Biodata Syazwan Zulkifly". Encik Shino. 3 Februari 2015. Dicapai pada 18 April 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (9 Januari 2017). "Syazwan Zulkifly masih anggap diri baharu". Berita Harian. Dicapai pada 18 April 2018.
  3. ^ "Syazwan Zulkifly Lebih Terbuka Bicara Soal Cinta". My News Hub. 26 Mei 2016. Dicapai pada 3 April 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2013). Drama ‘Karlos’ papar contoh sebenar kes buli mSTAR Online. Dicapai pada 10 Jun 2013.
  5. ^ "Saranan Syazwan Zulkifly". Kosmo!. 9 Mac 2017. Dicapai pada 17 April 2018.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (1 Jun 2017). "Detik cemas Syazwan". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2018.
  7. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (3 Ogos 2016). "Syazwan Zulkifly Masih Sayang Kekasih Lama". mStar Online. Dicapai pada 18 April 2018.
  8. ^ Ramlah Zainal (16 Oktober 2017). "'Tak gam pun'". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2018.
  9. ^ Kemalia Othman (12 Januari 2017). "Syazwan Zulkifly Kesal Digam Sebuah Stesen TV". mStar Online. Dicapai pada 18 April 2018.
  10. ^ "Sudah Putus Asa, Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Berlakon". My News Hub. 30 Oktober 2016. Dicapai pada 18 April 2018.
  11. ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  12. ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015. (Inggeris)
  13. ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. 16 Julai 2015. Dicapai pada 16 Julai 2015.

Pautan luarSunting