Isteri-Isteri Ayah

Isteri-Isteri Ayah ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite dan Faye Kusairi.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 3 Julai 2017 hingga 3 Ogos 2017 menggantikan Budak Ijat.

Isteri-Isteri Ayah
GenreDrama komedi
Komedi keluarga
Ditulis olehRina Khan
Rosmadewi Zin
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Madu 3" oleh TRIAD
Lagu penutup"Madu 3" oleh TRIAD
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitSofia Arshad
Tempoh siaran20–21 minit
Syarikat penerbitan
SRS Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal3 Julai 2017 – 3 Ogos 2017
Kronologi
MengikutiBudak Ijat
Diikuti olehTauke Jamu

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa dibatalkan apabila Zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki pelayaran makan angin ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki pelayaran tersebut.

Nizam dan Farah berasa kasihan melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun, keadaan menjadi kacau-bilau apabila tiga orang wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka ialah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bernama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana ialah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar apabila mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar dari rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah antara mereka yang akan diceraikan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu dan undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Isteri-Isteri Ayah (TV3)". My Infotaip. 1 Julai 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  2. ^ Isteri-Isteri Ayah (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Disember 2019.