Juvana (drama)

Siri drama televisyen Malaysia 2011

Juvana (digayakan sebagai JUVANA)[3] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Faisal Ishak, dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan Johan As'ari. Ia berkisarkan tentang Daim yang berusia 17 tahun dihantar ke Sekolah Juvana Wira Bakti di Hulu Langat, Selangor atas tuduhan membunuh ibunya sendiri, sedangkan beliau tidak bersalah. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Aksi TV3 dari 25 April 2011 hingga 18 Julai 2011.

Juvana
GenreAksi
Drama
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Zahiril Adzim[1]
Bront Palarae
Beto Kusyairy
Izreen Azminda
Johan As'ari[2]
Lagu pembukaan"Babak Pertama" oleh Drama Band
Lagu penutup"Babak Pertama" oleh Drama Band
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMd. Alfie Palermo
PenerbitKabir Bhatia
Mira Mustaffa
Francis Foo
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 April 2011 – 18 Julai 2011
Kronologi
MengikutiGemilang
Diikuti olehSupermak
Pautan luar
Laman sesawang

SinopsisSunting

Kisah bermula apabila Daim Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan As'ari). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin (Beto Kusyairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan istimewaSunting

Watak tambahanSunting

  • Talha Harith sebagai Black
  • Fimie Don sebagai Kedah
  • Liza Shahdan sebagai Ibu Ayam
  • Fathil Dani sebagai Bapa Gaban
  • Kismah Johar sebagai Ibu angkat Komeng (tidak dikreditkan)
  • Roslee Sako sebagai Bapa Botak (tidak dikreditkan)
  • Zulkifli Mohd Salleh sebagai Cikgu Sekolah (tidak dikreditkan)
  • Amai Kamarudin sebagai pengedar dadah (tidak dikreditkan)
  • Nor Amisah Abdullah sebagai Ibu Apek (tidak dikreditkan)
  • Aizad Ahmad sebagai Pengawas Sekolah (tidak dikreditkan)

Maklumat amSunting

  • Shukri Yahaya berlakon dalam siri drama Juvana sebanyak 6 episod. Watak Fit lakonannya dimatikan dalam episod 6 kerana Fit meninggal dunia akibat dos dadah berlebihan.
  • Nama pemain tenis No. 1 Amerika, mendiang Arthur Ashe disebutkan dalam episod 6 drama ini apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) memberikan gambar Ashe yang diberikan oleh bapanya kepada Daim (Zahiril Adzim). Seperti yang diterangkan oleh Cikgu Zakiah kepada Daim, selepas beberapa tahun memenangi Wimbledon, Ashe dijangkiti AIDS, ini kerana doktor tersilap memasukkan darah ke dalam tubuhnya, doktor memberikannya darah HIV positif.
  • Dalam episod 13, Warden Raja (Bront Palarae) ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penyelewengan wang, Warden Raja menggunakan wang milik Sekolah Juvana Wira Bakti untuk kegunaan peribadinya. Dalam filem Juvana The Movie, Warden Raja muncul pada babak akhir.
  • Dalam episod akhir, Daim dibebaskan kerana beliau didapati tidak bersalah, 10 tahun kemudian, beliau menjadi tenaga pengajar di Wira Bakti.

Adaptasi filemSunting

Kejayaan Juvana membawa kepada penerbitan adaptasi filemnya - Juvana The Movie yang dikeluarkan pada 2013, diikuti oleh dua filem susulannya, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Juvana 3: Perhitungan Terakhir (2016).

PenarafanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR ATAS TALIAN JUMLAH TONTONAN SUMBER
2.4 juta
4.2 juta
N/A
6.6 juta
[4]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Drama Rantaian Terbaik Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Zahirl Adzim masih dibayangi watak Daim". mStar Online. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (2 Jun 2020). "Imbau kenangan bintangi Juvana, Johan As'ari ucap terima kasih kepada TV3 - "Aku tiada nama ketika itu, jauh sekali bergelar artis popular". mStar Online. Dicapai pada 19 September 2020.
  3. ^ Budiey (15 April 2011). "Drama Juvana lakonan Zahiril Adzim dan Izreen Azminda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2013.
  4. ^ "Juvana: Episod kemuncak cecah 4.2 juta penonton". TV3. 19 Julai 2011. Dicapai pada 30 April 2014.

Pautan luarSunting

TV3: Isnin, 9 malam
Sebelumnya Juvana
(25 April – 18 Julai 2011)
Berikutnya
Gemilang Supermak
(jenama slot Aksi dipulihkan)